Thursday, May 28, 2015

TIPS RAHSIA MEJEMPUT REZEKI FY

Assalamualaikum...

Banyak juga iktibar yang FY dapat ambil dari percutian di Jakarta tempohari. Antaranya ialah mengenai rezeki. Ini kerana di sana FY nampak pelbagai kesukaran yang terpaksa dialami manusia yang sama bangsa dan sama ugama dengan diri FY bagi mencari sesuap nasi. Apa juga yang boleh ditukarkan kepada duit pasti akan mereka usahakan. Menjual kotak, botol, plastik, besi terpakai, menjaga parking motorsikal dan kereta, servis porter membantu mengangkat barang di pusat membeli belah, servis umpama teksi menggunakan motosikal dan sebagainya.

Namun begitu usaha mencari rezeki begitu pada FY adalah jauh lebih mulia dari meminta sedekah.

Pada masa yang sama ramai yang hidup secara setinggan di tepi sungai, tepi jalan keretapi di bawah jambatan mahupun dimana-mana ruang yang begitu padat di kota yang penduduknya melebihi 12 juta orang itu. Pastinya persaingan, ruang dan peluang mencari rezeki menjadi sukar. Pun begitu andai Allah Taala berkehendak FY yakin semua manusia di muka bumi ini bolah sahaja Allah Taala jadikan kaya dan berjaya. Namun itulah antara set dugaan yang perlu kita lalui sebagai makhluk Allah bernama manusia.

Adakah kita bakal menghadapi dugaan ini dengan sebagai insan yang bersifat ehsan atau adakah kita bakal menjadi manusia tetapi sifatnya seperti binatang yang mengikut naluri dan nafsu untuk mencari rezeki tanpa melihat hukum halal dan haramnya.

Alhamdulillah FY lahir dalam negara yang bertuah ini dimana ruang dan peluang itu jauh lebih mudah dan terbuka. Maka mereka yang punya prinsip diri yang betul dengan izin Allah Taala boleh sahaja berjaya di bumi bertuah ini.

Rezeki sebenarnya bukan hanya bermaksud duit sahaja dalam konteks ini tetapi ia merangkumi satu aspek yang lebih meluas. Kelapangan, kebijaksanaan, iman dan ilmu, anak yang soleh, kesihatan tubuh badan dan sebagainya.

Jadi, FY mengambil keputusan untuk mula menulis serba sedikit tip-tip menjemput rezeki dalam ruang ini dan ruang Facebook semoga sedikit sebanyak ia bakal membawa manfaat kepada anda yang dijodohkan dengannya nanti. InsyaAllah...

1.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Jaga hubungan dengan Allah Taala... Selalu berdoa... Sentiasa berhubungan... Lagipun semuanya dariNya...

2.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Buat baik pada ibu bapa... Selalu mencari peluang untuk buat baik pada mereka... Minta doa mereka doakan akan kejayaan dan keberkatan, minta keizinan mereka dalam apa juga yang ingin kita lakukan... sayangi mereka penuhi permintaan mereka selagi terdaya...

3.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Bertakwalah... Allah janji rezeki dari tempat yang tak dijangka. Bertawakkallah... Allah janji akan mencukupkan. Bersyukurlah... Allah janji memperbanyakkan...

4.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Kurangkan tidur dan mulakan hari awal pagi... Orang yang banyak tidur akan melihat dunia dalam jangkamasa yang singkat...

Bersambung...

Kepada yang ingin mencari pendapatan sampingan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia jemputlah datang ke Seminar Saham Super Investor Sabtu ini 30 Mei 2015, di Bangunan Lembaga Getah Asli. Seminar sehari itu bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang dan yurannya cuma RM490.00 sahaja.

Selain FY, 2  lagi penceramah hebat yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam Bursa Malaysia akan FY bawa untuk berkongsi ilmu-ilmu serta rahsia-rahsia menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia. Zuhri Zain MSTA(UK) pakar chartist kaedah analisa teknikal juga Nabil Fikri MSTA (UK) Regional Technical Analyst untuk CIMB Invesment Bank, seorang penganalisa saham yang hebat!

Daftar sekarang dan sertai seminar saham Super Investor ini kerana selepas ini pihak kami akan berehat selama beberapa bulan sebelum menjalankan seminar yang seterusnya.


Atau

Hubungi Puan Azila Ismail di talian 0166641755.


Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

FY
0166667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker

Investsmart SC

Thursday, May 7, 2015

MENJADI TRADER ATAU INVESTOR DI BURSA MALAYSIA

6 langkah mudah menjadi trader atau Investor yang berjaya di Bursa Malaysia ;

1. Lawati http://faizalyusup.my atau www.faizalyusup.net dan baca artikel-artikel saham percuma di situ.

2. Download ebook setebal 134 mukasurat secara percuma di laman http://faizalyusup.my tersebut.

3. Datang Seminar Super Investor​ untuk memahami pelaburan di Bursa Malaysia secara keseluruhan.
  • Di sini akaun CDS untuk tujuan pelaburan saham akan dibuka, begitu juga dengan akaun trading dan akaun online.
  • Pelbagai rahsia menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia akan dibentangkan. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mengetahui tarikh seminar yang seterusnya.

4. Datang ke Woksyop Analisa Teknikal untuk belajar TIMING beli dan jual dengan kaedah analisa carta pergerakan harga saham. Hubungi Zuhri Zain MSTA 012 6290407 untuk mengetahui tarikh woksyop yang seterusnya.

5. Datang ke Personal Coaching untuk belajar STOCK SELECTION dengan kaedah IMANTAP. Hubungi Abdullah Ramzi 017 3730513 untuk menempah slot Personal Coaching anda.

6. Jadi ahli WhatsApp FY dan kami akan pantau semua jual beli anda sehingga anda menjadi pelabur yang berhemah dan trader yang bijak!

Itu sahaja langkah-langkahnya. Ia akan mengambil masa namun ia pasti berbaloi!

FY
Berlesen dengan Bursa Malaysia dan punya pengalaman lebih 18 tahun dalam Bursa Malaysia.
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad 
Naib Presiden 
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker 
Roadshow Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti


#SeminarSuperInvestors
#FYSuperInvestorsClub


Monday, May 4, 2015

CARA MEMOHON SAHAM IPO MELALUI MAYBANK2U.COM

GARISPANDUAN  LENGKAP MEMOHON SAHAM TERBITAN AWAM ATAU INITIAL PUBLIC OFFER YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK PELABUR AWAM MELALUI KAEDAH ONLINE BANKING.

Sebenarnya anda boleh menggunakan mana-mana online banking mana-mana bank komersial yang menyediakan perkhidmatan ini dan di sini FY menunjukkan langkah-langkahnya dengan menggunakan platform Maybank2U.

KEPERLUAN ;
  • ·     No akaun CDS, kalau belum ada anda boleh hubungi staff FY En Yasin di talian 0193346570 pada waktu pejabat untuk membukanya.
  • ·        Duit simpanan yang mencukupi.

Sebagai langkah pertama log in masuk dalam platform online banking anda dan anda akan dapat melihat paparan berikut. Di sini tekan butang INVESTMENT.




Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang berikut ;
Di sini tekan butang ESHARE untuk ke langkah yang seterusnya.




Di sini anda akan dapat melihat saham-saham yang sedang ditawarkan. Dalam contoh ini saham MALAKOFF sedang ditawarkan sedia untuk dipohon dengan tarikh tutup pada jam 5 petang 28 April 2015 dengan harga tawaran sebanyak RM1.80.

Buat pilihan dan tekan butang APPLY.



Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya.
Tandakan yang anda telah membaca prospektus saham ini dan tekan butang ACCEPT.



Seterusnya anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;


Pilih akaun bank anda, bangsa, jumlah unit saham yang ingin dipohon dan 15 digit no akaun CDS anda. Pastikan anda punya jumlah wang simpanan yang mencukupi. Ini kerana duit anda akan terus didebitkan sebaik permohonan selesai.

Dalam contoh berikut pelabur memohon sebanyak 110 x 100 unit saham iaitu menjadikan jumlahnya 11,000 unit. Setelah semuanya mengkap tekan butang CONTINUE.


Anda akan sampai ke paparan yang seterusnya ini. Paparan ini adalah bagi tujuan PENGESAHAN. Bila semua betul makan tekan butang CONTINUE bagi meneruskan permohonan anda. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan kembali semula ke paparan yang sebelumnya dengan menekan butang GO BACK.




Bila semuanya lengkap dan dengan menekan butang CONTINUE tadi paparan seterusnya akan menunjukkan yang permohonan anda telah berjaya!

Duit simpanan anda telahpun didebitkan dan hanya baki jumlah duit simpanan anda yang akan dinyatakan di sini.

Simpan penyata berikut ini dan cetak sekiranya perlu sebagai bukti permohonan anda.





Jadi begitulah langkah-langkah permohonan saham IPO Awam melalui online banking. Selamat mencuba, selamat melabur di Bursa Malaysia dan selamat menjadi pelabur yang bijak.

Persoalannya sekarang bagaimana pemilihan dijalankan, apakah Fair Value saham IPO yang sedang ditawarkan, apakah status syariahnya, apakah kaedah lain yang boleh digunakan, apakah rahsia bagi mendapatkan saham-saham ini, bilakah masa yang terbaik untuk menjualnya?

Semua jawapan bagi persoalan ini ada dihuraikan dalam Seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. FY juga akan menulis panduan lengkap permohonan saham IPO Awam ini dalam Ebook Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Pelaburan Saham IPO Awam yang akan diterbitkan tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini,

FY
016 666 7430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti

Download Ebook Investlah setebal 134 mukasurat secara percuma karya FY di http://faizalyusup.my

Mulakan langkah pertama pelaburan saham dengan menghadiri Seminar Saham Super Investor pada 30 Mei ini di ;