Friday, November 28, 2025

LANGKAH KEEMPAT PELABUR BEGINNER

FASA KEEMPAT PELABUR ZERO - FASA FTT

Anda dah melepasi fasa pertama dengan mencari ilmu, menyediakan modal dan membuka akaun saham.

Anda sudah melalui fasa kedua seperti yang FY dah terangkan dalam artikel sebelum ini dengan membeli dan menjual IPO.

Anda juga sudah melepasi fasa ketiga tatkala melabur di pasaran terbuka dan dah punya saham dalam portfolio anda. Ada yang untung dan ada yang rugi. Itu lumrah.

Fasa seterusnya ini ialah untuk anda belajar menjadi trader, scalperswing traderBTST dll yang boleh menjana keuntungan secara konsisten pada masa yang sama anda tak tinggalkan pelaburan dalam saham-saham IPO.

Jadi anda akan masuk ke fasa ketiga, nak jadi full time trader! Dah taknak kerja! Nak jadikan trader sebagai kerjaya! Namun ini adalah fasa yang paling advance!

Kalau dah boleh trade sendiri dan jumpa strategi yang sesuai dengan diri anda teruskan! Tapi kalau tidak, team FY boleh membantu anda kongsikan ilmu menjadi trader FTT ini.

Team FY di Kenanga punya ilmu FTT dan bagi trading ideas hampir setiap hari kepada client kami di Kenanga.

Jadilah client FY di Kenanga untuk mendapatkan khidmat nasihat dan trading ideas ini.

Anda nak belajar semua ini? Fasa 1, 2 dan 3? Jemputlah datang ke seminar saham From Zero to Hero bersama FY untuk menimba semua ilmu ini. Bermula dari ZERO! Layari www.seminarsaham.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Follow. Like. Subscribe dan Share andai bermanfaat.

Sekian dulu,

Terima kasih.

Haji Faizal Yusup @ FY

“Haji Faizal Yusup @ FY adalah Top Performing Remisier di Kenanga Investment Bank Berhad, Mantan Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Pernah menjadi Speaker InvestSmart Suruhanjaya Sekuriti dan Pemenang 7 Anugerah Bursa Malaysia.”

“Seminar Saham From Zero To Hero (FZTH) ialah program pendidikan saham Bursa Malaysia untuk semua, diasaskan oleh Haji Faizal Yusup, remisier berpengalaman lebih 30 tahun dan ia diiktiraf Bursa Malaysia.”

Layari www.seminarsaham.my untuk keterangan lanjut.


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY nie…
Tekan jer link bawah ni ;

#seminarsahamFZTH

#faizalyusup


Thursday, January 30, 2025

APA ITU SAHAM TERBITAN AWAM?

 PERIHAL SAHAM IPO


Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awam adalah saham yang pertama kali dijual kepada pelabur umum oleh sebuah syarikat sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia. IPO merupakan proses di mana syarikat swasta "menjadi awam" dengan menawarkan sebahagian kepemilikannya kepada pelabur melalui pasaran modal.

APA ITU IPO?

1. *Definisi*:  
   - Tahap di mana syarikat mengumpul dana dengan menjual saham terbitan baru kepada pelabur runcit dan institusi.  
   - Saham ini kemudiannya akan mula didagangkan di bursa saham.
2. *Tujuan IPO*:  
   - *Mengumpul modal* untuk pengembangan syarikat, membayar hutang, sebagai modal kerja atau membiayai projek baru.  
   - *Meningkatkan profil syarikat* di pasaran (publicity).  
   - Memberi peluang kepada pelabur awal (seperti pemegang saham private) untuk "exit" dengan menjual saham mereka.  

PROSES IPO

1. Pra-Penyenaraian:
   - Syarikat bekerjasama dengan penaja jamin (underwriter) seperti bank pelaburan (contoh: Maybank Investment, CIMB) untuk menetapkan harga saham dan jumlah saham yang akan ditawarkan.  
   - *Prospektus* dikeluarkan untuk menerangkan tentang maklumat syarikat (prestasi kewangan, risiko, dan penggunaan dana IPO).  

2. Kaedah Permohonan :
   - Pelabur boleh memohon saham IPO melalui:  
     - *Bank* (contoh: Maybank2u, RHB).  
     - *Platform broker* (contoh: MPlus, CGS-CIMB).  
     - *MITI* (untuk pelabur Bumiputera melalui website MITI).  

3. *Penentuan Harga & Penyenaraian*:  
   - Harga IPO akan dinilai dan ditetapkan oleh Bank Penasihat (contoh: RM0.50–RM1.00 sesaham).  
   - Setelah proses permohonan IPO selesai saham mula didagangkan di bursa pada *hari penyenaraian* (listing day).  

CIRI-CIRI SAHAM IPO

1. *Potensi Keuntungan*:  
   - Harga saham mungkin naik mendadak pada hari pertama penyenaraian (contoh: KOPI ORIENTAL naik melebihi 100% pada hari penyenaraiannya).  
2. *Risiko*:  
   - Harga juga boleh jatuh atas pelbagai sebab. (contoh: Carlo Rino merosot selepas disenaraikan).  
   - Permintaan berlebihan boleh menyebabkan *saham sukar diperoleh* (kadar allotment rendah).  
Pada tahun 2024, Dalam 52 IPO disenaraikan, hanya 1 sahaja yang dibuka rendah iaitu saham Carlo Rino.

CONTOH IPO TERKENAL DI MALAYSIA

- *CTOS Digital Berhad* (2021): IPO pada RM1.10, naik ke RM1.78 pada hari pertama.  

- *KOPI ORIENTAL* (2025): IPO pada RM0.44, popular dalam kalangan pelabur runcit dan Institusi. Kini didagangkan pada harga RM0.86

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN IPO

Kelebihan

- Peluang membeli saham pada harga rendah. 
- Potensi kenaikan harga jangka pendek.
- Risiko kerugian yang rendah.
- Akses kepada syarikat "baru" di pasaran.

Kekurangan

- Risiko harga turun selepas penyenaraian.
- Maklumat kewangan terhad untuk dinilai.
- Kebarangkalian permohonan tidak berjaya (balloting).

TIPS MELABUR SAHAM IPO

1. Baca Prospektus: Fahami model perniagaan, hutang dan penggunaan dana IPO.  
2. Analisis Nisbah Kewangan: Contoh: ROE > 15%, Debt-to-Equity < 1.  
3. Elak FOMO (Fear of Missing Out): Jangan ikut hype tanpa kajian.  

Saham IPO boleh menjadi peluang menarik, tetapi ia memerlukan penelitian mendalam. Dapatkan ilmunya sebelum melabur! 📊


Sekiranya anda ingin menimba ilmu pelaburan saham dan menjana keuntungan darinya jemputlah sertai Seminar Saham From Zero To Hero!

Hubungi Hajah Azila di talian 0166641755 untuk keterangan lanjut atau layari 

www.seminarsaham.my untuk lihat jadual seminar yang seterusnya.

Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY nie…
Tekan jer link bawah ni ;

Jom! 

KAEDAH MEMOHON SAHAM IPO DI MITI

 MACAMANA NAK BELI SAHAM IPO DI MITI


Saham IPO yang ditawarkan di MITI diperuntukkan khas buat para pelabur bumiputera baik individu mahupun institusi.

Pada fasa ini anda TAK BOLEH BELI KAT MAYBANK2U dll kerana ia BELUM lagi ditawarkan kepada pelabur awam!

Caranya, pertama anda perlu mendaftar sebagai pelabur di MITI. Anda cuma perlu layari laman web -www.sahamonline.miti.gov.my

Bagi yang kali pertama dan belum mendaftar, isikan semua biodata yang diperlukan termasuklah no akaun CDS anda dan memuatnaik salinan Kad Pengenalan secara online.

Setelah siap anda akan ada username dan password untuk masuk ke dalam laman sahamonline MITI tersebut. 

Apabila ada tawaran saham IPO di MITI maka bolehlah anda memohonnya secara online dalam laman web yang sama.

Semasa memohon anda perlu memuatnaik segala dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan bukti kewangan dan sebagainya.

Pihak MITI akan menjalankan saringan bagi menentukan siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Proses ini akan mengambil masa minima 3 minggu dari tarikh tutup permohonan.

Setelah itu keputusan akan dikeluarkan pihak MITI dan anda boleh melayari laman web yang sama untuk menentukan samaada anda berjaya atau tidak. 

Adakalanya harga tawaran saham tidak disertakan kerana ia belum finalise lagi namun anda boleh sahaja memohon saham tersebut berapa yang anda mahu. Pihak MITI akan menilai dan membuat keputusan samaada anda berjaya atau tidak nanti berdasarkan bukti kewangan yang anda sertakan.

Lebih lanjut jemputlah ke kelas atau seminar saham FZTH bersama FY kerana garispanduan ini disampaikan oleh FY remisier di Kenanga dan bukan remisier anda di broker yang lain... Hawhawhaw...

Sekian dulu.

FY Al Haj
0166667430
Top Performing Remisier 
Kenanga Investment Bank Berhad 

PS - Saham IPO Cookoo dan Eco sedang ditawarkan di MITI pada ketika artikel ini ditulis.

Jom join seminar From Zero to Hero secara bersemuka atau online untuk belajar semua ini secara komprehensif…


Hubungi Hajah Azila 0166641755 atau tempah slot anda dengan menekan link di bawah ini ;


Jom join group saham FY kalau anda berminat nak belajar melabur saham dengan cara yang betul dengan ilmu yang menyeluruh!
Ada global dan business news, ada update tentang IPO, ada video saham terkini, ada trading ideas, khidmat nasihat yang pantas dan tuntas atau apa sahaja mengenai pelaburan saham!
Kalau anda pelabur saham anda wajib berada dalam group saham Team FY nie…
Tekan jer link bawah ni ;