Wednesday, August 20, 2008

FAKTOR KEJATUHAN HARGA SAHAM

Salam bahagia,

Saham yang didagangkan di Bursa Malaysia terus-terusan merudum bermula pada penghujung tahun 2007 daritahap tertingginya iaitu 1550 mata ke 800 mata dewasa ini iaitu kejatuhan sebanyak melebih 40%.

Antara faktor luaran kejatuhan ini ialah kerana masalah sub prime issues di Amerika Syarikat, masalah kenaikan harga minyak dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai matawang Amerika Syarikat dan faktor dalaman pula adalah kerana ketidak stabilan politik negara.

Keadaan ini boleh dikatakan berlaku kira-kira 10 tahun sekali sepertimana yang berlaku di tahun 70an, 85-86, 97-98, dan sekarang 2008-2009. Jadi tidak ada apa yang hendak dihairankan lebih-lebih lagi kalau kita telah bersedia menghadapinya dengan simpanan yang mencukupi.

Kalau dahulu penanam kelapa sawit bersedih kerana harga pasaran yang rendah dan kontraktor binaan bergembira, sekarang keadaannya terbalik kerana harga kelapa sawit telah naik dan kontraktor binaan tak ada job, kalau adapun tak boleh nak untung sebab harga bahan mentah terlalu mahal dan terus-terusan naik.

Janganlah risau kerana every dogs has its days.. Hari merudum diganti dengan hari gemilang kelak dan hari gemilang pula diganti dengan hari merudum memang telah menjadi lumrah alam ini...


Saya rasa the worst is over malah kenaikan telahpun bermula dan mungkin keadaan akan menjadi lebih baik di tahun 2010. InsyAllah.

Kejatuhan melebihi 40% peratus ini juga merupakan paras yang baik untuk membeli kaunter-kaunter yang berkualiti dan murah ataupun bagi tujuan average down untuk merendahkan pukul rata harga belian kita dahulu. Kalau kita lihat kebanyakan pelabur dan yang berforum hanya mahu bercerita tentang saham bila ia naik tetapi berdiam diri bila ia turun sedangkan pelabur yang baik akan bercerita tentang saham bila ia berada pada paras yang rendah kerana mereka boleh membeli saham yang baik dan berkualiti pada harga yang rendah.

Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan pelabur yang kaya. Mereka menunggu peluang untuk membeli pada harga yang rendah dimana orang terpaksa mengikut emosi menjual pegangan saham yang mereka beli pada harga yang tinggi dahulu.

Sepertimana dalam apa juga hal dalam kehidupan kita mesti ikut akal dan buka emosi samalah kalau kita nak beli saham kita juga kena ikut akal dan bukan ikut emosi.

Sekian dulu,

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
0126540130

Thursday, August 14, 2008

BAGAIMANA SINDIKET SAHAM BERFUNGSI

Salam,

Sepertimana semua perkara dalam dunia ini yang mempunyai ciri-ciri tersurat dan tersirat begitu juga dengan pergerakan saham. Bukan semua pergerakan saham di Bursa Malaysia sebagai contoh dijalankan dengan sistem penawaran yang dan permintaan yang benar. Ada diantara syarikat-syarikat itu sebenarnya dikuasai oleh sindiket-sindiket yang tertentu yang mengambil keuntungan dari pelabur yang tidak mengetahui atau yang tidak peduli.

Sindiket-sindiket saham ini menjalankan kerja mereka dangan strategi yang sungguh teratur dan tersusun bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu oleh pihak yang berkuasa dan keuntungan yang mereka perolehi mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana caranya?

Dalam setiap syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia terdapat sejumlah 100% saham syarikat itu akan disenaraikan namun hanya lebih kurang 30% yang diapungkan di pasaran dan yang selebihnya dipegang oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk membuat satu bentuk perjanjian dengan para pengarah syarikat agar saham yang dipegang itu tidak dijual bila harganya mula dimanipulasikan. Semua ini dijalankan dengan duit bertukar tangan sebagai bagi memastikan perjanjian termeterai.

Kemudian para sindiket saham ini akan cuba menguasai saham yang terapung ini dan dalam bahasa Inggeris “corner” saham tersebut. Mereka membuka akaun margin di beberapa syarikat broker mahupun di syarikat-syarikat kewangan yang memberikan kemudahan tersebut bagi tujuan urusniaga saham syarikat yang bakal dimanipulasikan itu.

Syarikat yang pada dasarnya mengalami kerugian dari suku tahunan ke suku tahunan yang lain akan dipamkan dana ke dalamnya bagi menunjukkan keuntungan. Seterusnya, media dijadikan bahan untuk menarik minat pelanggan yang tidak tahu menahu dengan menceritakan tentang keuntungan syarikat serta projek-projek yang bakal dijalankan. Ini akan menarik minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut. Permintaan yang tinggi ini akan meningkatkan harga saham syarikat tersebut dan begitulah yang akan dilakukan seterusnya sehinggalah hari saham itu naik ke peringkat yang tinggi dan kemudiannya para sindiket saham itu akan mula menjualnya.

Kadangkala saham itu pula kemudiannya dipecahkan dengan pemberian “bonus issue” bagi mendapatkan keuntungan yang jauh lebih tinggi. Inilah secara kasarnya yang berlaku disebalik harga saham yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab.

Banyak syarikat sekuriti saham, syarikat yang memberikan kemudahan pembiayaan saham dalam bentuk margin mahupun mahupun syarikat pengurusan dana yang gulung tikar disebabkan oleh manipulasi ini.

Keadaan ini berlaku bukan hanya di Malaysia, malah di Bursa di seluruh dunia. Leeson pernah menjatuhkan syarikat Barring di Singapura tak lama dahulu, kejatuhan syarikat gergasi Enron, Tyco dan lainnya di Amerika Syarikat dan banyak lagi

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk memanipulasi harga saham ini. Ada yang memelihara harga saham tersebut dengan kenaikan yang perlahan-lahan, ada yang menaikkannya dan terus menjatuhkannya, ada yang menyimpan buat jangkamasa yang lama, ada yang menggunakan modal dari luar dan sebagainya. Apapun semuanya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Namun begitu bukanlah sesuatu yang kekal lama kerana kejatuhan harga saham pada tahun 1997 yang lalu telah menyebabkan banyak sindiket saham ini mengalami kerugian yang amat tinggi.

Sekian dulu..

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

KISAH TIP SAHAM

Salam,

Tip saham boleh datang dari sesiapapun juga namun demikian sebagai pelabur bijak kita hendaklah pandai menganalisisnya sebelum membuat sebarang tindakan.

Nasihat saya

1. Buat analisa fundamental, financial atau kewangan dan technical atau teknikal.

2. Tanya 2-3 orang yang lebih berpengalaman.

3. Buy on Rumors Sell on News

Bila cerita mengenai projek syarikat itu keluar dalam suratkhabar dan di lain-lain media sebaiknya kita terus menjual saham tersebut kerana selalunya terdapat anjakan harga pada pagi hari urusniaga saham tersebut.

4. Siapa yang bagi tip saham tersebut?
Selalunya maklumat saham itu akan bergerak sebegini :
Dari Pengarah syarikat kepada Company Secretary syarikat kepada Orang tertentu dalam Bursa Malaysia, kemudian kepada wartawan kemudian kepada Bloomberg dll dan akhir sekali di dada-dada akhbar.

Jadi mereka yang terdekat akan mendapat info yang terdahulu dan yang terbaik.
Tapi, Langkah ini sebenarnya dinamakan Insider Trading kerana mereka semua tak sepatutnya mendedahkan maklumat tersebut.

Namun, Berhati-hatilah kerana ada tips yang bertujuan untuk menyebarkan rumors supaya harga saham itu naik dan mereka yang menyebarkannya boleh menjual dan mendapat untung yang berlipat kali ganda.

Sekian dulu,

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

SAHAM TERBITAN AWAM @ IPO

Salam,

IPO atau saham terbitan awam ini begitu terkenal di zaman gemilangnya sekitar tahun 90an satu ketika dahulu kerana menjanjikan pulangan yang sangat tinggi tatkala ia disenaraikan di Bursa Malaysia.

Namun ia tidak lagi begitu dewasa ini, kenapa?

Sebelum kejatuhan ekonomi pada tahun 1997 begini peruntukkannya :
70 % kepada pelabur awam
10-15 % kepada pengarah dan pekerja dalam bentuk " pink form. "
10-15 % pelabur institusi termasuk MITI

Bila ia disenaraikan ia naik mendadak kerana pelabur intitusi bersaing untuk mendapatkan saham tersebut.

Kejatuhan ekonomi 1997 menyebabkan banyak saham terbitan awam tidak dibeli maka peruntukkannya bertukar jadi begini :
10-15 % kepada pelabur awam
10-15 % kepada pengarah dan pekerja dalam bentuk " pink form. "
70 % pelabur institusi termasuk MITI

Oleh itu disebabkan pelabur institusi telahpun mendapatkannya sebelum disenaraikan maka kenaikan harga saham itu bila disenaraikan tidaklah begitu banyak.

Sekian dulu.

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya di 012 654 0130

MEMBUKA AKAUN PELABURAN SAHAM CDS

Salam,

Pada masa ini terdapat banyak saham yang mempunyai asas yang baik diniagakan pada harga yang begitu rendah di Bursa Malaysia. Pasaran pula dijangka akan kembali pulih menjelang awal tahun hadapan.

Apapun, untuk memulakan pelaburan saham di Bursa Malaysia :

1.Kita perlukan salinan kad pengenalan
2.Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuan untuk menyimpan
3.Buka akaun trading dengan broker yang terlibat.

Tambahan :

4. Anda boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi melalui internet. ( Namun demikian saya tidak menggalakkannya bagi beginners kerana takut kesilapan semasa memasukkan urusniaga yang boleh menyebabkan kerugian. )

Sekian dulu,

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya di 012 654 0130