Wednesday, January 29, 2014

PENJELASAN MENGENAI PERMOHONAN IPO DI MITI





Assalamualaikum. Semoga anda semua ceria hendaknya.

Kebelakangan ini FY banyak menerima aduan dari pelabur malah terbaca di blog dan media sosial mengenai kenyataan yang sebegini ;


  • -   Kita hanya perlukan 10% duit untuk mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -  Kita boleh dapat loan / pinjaman dari pihak MITI untuk bagi mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
  • -   Atau yang lebih kurang dengan kenyataan-kenyataan ini.
Bagi mengelakkan kesalahfahaman kepada pelabur maka dalam isu ini biarlah FY membuat penjelasan mengenainya bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebenarnya sama seperti memohon IPO Awam anda perlukan ada duitnya terlebih dahulu sebelum anda memohonnya. Kalau memohon IPO Awam, Bank Draf atau duit tersebut akan terus didebit daripada akaun anda tetapi dalam permohonan IPO di MITI anda perlu buktikan kedudukan kewangan berdasarkan permohonan yang anda buat.

Ini bermana sekiranya anda memohon sejumlah saham bernilai RM100,000.00 maka anda perlu tunjukkan kedudukan duit dalam akaun sebanyak itu baik dalam Akaun Bank, ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Pihak MITI juga akan menawarkan saham berdasarkan kedudukan kewangannya anda itu.

Sekiranya anda memohon saham bernilai RM100,000.00 sedangkan anda hanya punya duit sekadar 10% atau RM10,000.00 maka jumlah saham yang diperuntukkan hanyalah sekadar RM10,000.00 sahaja. Ini berdasarkan pengalaman para pelanggan FY juga pelanggan Persatuan remisier Bumiputera yang memohon dari pihak MITI selama ini.

Dalam ertikata lain TIADA DUIT TIADA SAHAM yang akan diperuntukkan.

Namun demikian terdapat pengecualian di sini. Bilamana penawaran saham tersebut melebihi permintaannya sebagai contoh saham PETRONAS CHEMICAL dahulu dengan tawaran melebihi 900 juta saham pada harga melebihi RM6 maka ramai pelabur bakal mendapat saham melebihi dari apa yang mereka pohon. Namun ini jarang-jarang berlaku.

Kemudian, bila anda telah menerima tawaran dari pihak MITI katalah saham ABC BERHAD bernilai RM100,000.00 dan anda tidak mahu mengeluarkan duit RM100,000.00 itu dari akaun bank/ ASB/ Tabung Haji anda, maka anda bolehlah buat pinjaman share financing dari bank-bank pelaburan.

Bawa surat tawaran dan pergilah ke Investment Bank, dan InsyaAllah mereka akan memberikan pinjaman antara 60 hingga 90% bergantung kepada saham yang ditawarkan kepada pihak anda. Dalam hal ini anda perlukan modal antara 10 hingga 40% atau antara RM10,000.00 hingga RM40,000.00 bagi mencukupkan pembayaran tawaran saham IPO MITI anda.

Setakat yang FY tahu hanya pada masa penyenaraian Felda Global Ventures sahaja para pelabur mendapat pinjaman 100% dari beberapa Bank Pelaburan yang terlibat dengan penyenaraiannya.

Ada juga Syarikat Broker yang boleh memberi pinjaman 100% untuk IPO di MITI ini tetapi mereka akan meminta profit sharing 50:50, 60:40, 70:30 antara pelabur dan syarikat dengan syarat-syarat lain antaranya saham itu mesti dijual pada hari pertama disenaraikan dan sebagainya.

FY harap huraian ini cukup jelas bagi menerangkan akan isu ini.

Sekian dulu buat kali ini.



FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

Tuesday, January 28, 2014

PANDUAN MEMBUKA AKAUN CDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis sebuah artikel bagi memudahkan anda mengetahui cara bagaimana untuk membuka akaun CDS di sesebuah syarikat Broker dan dalam contoh ini membuka akaun CDS dan Trading dengan Kenanga Investment Bank Berhad.

Pada FY akaun CDS merupakan akaun yang boleh dibuka oleh setiap individu berumur 18 tahun ke atas. Kosnya cuma RM10.00 sahaja. Inilah yuran yang dikenakan oleh Bursa Malaysia. Pun begitu ada syarikat broker yang menanggung yuran ini bagi pihak anda. Akaun CDS ini boleh digunakan bagi memulakan portfolio pelaburan saham di Bursa Malaysia sekiranya anda ;

  • Mendapat ESOS
  • Mendapat Pink Form
  • Mendapat Blue Form
  • Memohon IPO Awam
  • Memohon IPO di MITI
  • Memohon Private Placement
Ia boleh digunakan untuk setiap urusniaga yang melibatkan saham di Bursa Malaysia.

Harus diberi perhatian sekiranya anda membuka akaun CDS di Maybank Investment Bank, selalunya mereka akan bukakan akaun CDS Nominees buat anda dan bukannya akaun personal. Ketahuilah yang akaun CDS nominees ini boleh digunakan untuk transaksi jual beli saham di broker tersebut tetapi ia tidak boleh digunakan untuk memohon IPO Awam, IPO di MITI, ESOS dan yang lainnya.  

Jadi di sini FY terangkan panduan lengkap untuk membuka akaun CDS ini.

Pertamanya untuk mendapatkan borang-borangnya anda boleh pergi ke mana-mana broker saham di negara ini atau anda boleh juga menghubungi FY di talian 016 666 7430 sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini. Untuk makluman borang ini TIDAK BOLEH dihantar melalui EMAIL mahupun di PHOTOCOPY.

Kad Spesimen Tandatangan - 2 Salinan.

Isikan nama penuh, no kad pengenalan dan turunkan tandatangan. Kad spesimen ini perlu di isi 2 salinan.



Borang CDS - 

Isikan nama penuh dan alamat sepertimana dalam kad pengenalan. Isikan maklumat berkaitan dan turunkan tandatangan. Oleh sebab ia 3 ply, tandatangan hanya di mukasurat yang pertama dengan sedikit tekanan supaya tandatangan anda kelihatan di mukasurat yang kedua dan ketiga. Gunakan pen hitam atau biru bagi tujuan pengisian borang-borang ini.


Borang 2 - Borang E Dividen.

Isikan nama, no akaun bank yang lengkap, nama bank yang lengkap sepertimana yang terdapat dalam penyata / buku bank, no hp kemudian turunkan tandatangan.

Borang E Dividen ini digunakan bagi tujuan mendeposit dividen yang diterima dari saham-saham yang anda pegang terus ke dalam akaun bank anda.


Borang Pengemaskini Butiran Akaun -

Isi borang ini sekiranya anda pernah mempunyai akaun CDS sebelum ini dan ada butiran yang ingin anda pinda. Kemudian turunkan tandatangan.

Sekiranya tiada sebarang pindaan maka borang ini tidak perlu diisi.


Borang Akaun Trading MS 1 -

Sama seperti borang CDS yang terdahulu pengisian maklumat dalam borang ini adalah lebih kurang sama. Isikan juga alamat emel anda sekiranya anda berminat untuk menjalankan urusniaga melalui online.


Borang Akaun Trading MS 2 - 

Isikan maklumat penuh pekerjaan anda, alamat panuh tempat anda bekerja, maklumat kewangan, maklumat suami atau isteri tuan-tuan dan puan-puan. Tandakan juga objektif pelaburan anda.


Borang Akaun Trading MS 3 -

Kemudian isikan maklumat yang perlu dalam mukasurat ini.


Borang Akaun Trading MS 4 -

Baca dan tandakan Perakuan dan turunkan tandatangan.


LAMPIRAN YANG DIPERLUKAN

- Yuran RM10.00


- Salinan kad pengenalan yang jelas


Salinan Penyata Akaun Bank Komersial yang diterima adalah seperti berikut samaada ;

1. Muka Depan Buku Bank


2. Penyata Bank


ataupun Notification Bank sebegini bagi mereka yang tak punya buku bank mahupun penyata bank.


Tetapi salinan penyata Maybank2U seperti di bawah ini TIDAK DITERIMA dan tidak boleh digunapakai.


Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk memuat turun penyata bank dengan menekan butang - DOWNLOAD / PRINT sepertimana yang terpapar di bawah ini ;


Bagi sesetengah broker mereka juga mungkin meminta anda melampirkan salinan lesen memandu atau salinan penyata gaji untuk membuka akaun ini.

Apapun itu sahaja langkah-langkahnya. Akaun CDS boleh dibuka secara terus sekiranya ada pergi ke pejabat Broker yang berkaitan tetapi akaun Trading mengambil sedikit masa untuk diluluskan permohonnya.

AKAUN CDS BERSTATUS SYARIAH

Mengenai isu ini, akaun CDS hanyalah umpama tabung menyimpan duit. Dari mana kita mendapat duit itulah yang menentukan kedudukan halal atau haramnya. Dalam hal ini kedudukan syariah CDS anda adalah ditentukan dengan saham-saham yang anda beli. Kalau kita beli dan simpan saham syariah maka syariahlah CDS tersebut. Ia semudah itu.

Anda boleh ke pejabat FY di Kenanga Investment Bank Berhad, Bangunan Quattro West, Lorong Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, bersebelahan Hotel PJ Hilton untuk membuka akaun CDS ini dan memulakan portfolio pelaburan saham anda. 

Sekian dulu buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii


Artikel ini dikemaskini pada 5 Februari 2014

Monday, January 27, 2014

BE HUMBLE TO THE MARKET


Assalamualaikum...

Pasaran saham jatuh menjunam hari ini. KLCI jatuh 23.69 mata kepada 1778.88 mata. Kejatuhan yang secara langsung mengikut kejatuhan Dow Jones melebihi 300 mata hari sebelumnya. Kejatuhan ini dikatakan disebabkan oleh beberapa perkembangan, isu tapering di USA iaitu pengurangan bajet pembelian Bond Kerajaan, isu di China, isu nilai matawang di Australia, Turkey dan Argentina dan sebagainya.

Semua ini merupakan sentimen negatif kepada pasaran saham serantau dan ini termasuklah Bursa Malaysia. Pada FY koreksi (correction) pasaran telah lama dinantikan memandangkan kenaikan pasaran yang berterusan sejak sekian lama tidak dapat diteruskan lagi. Pasaran perlu bernafas dan berehat dan technical correction ini sebenarnya bagus kepada pasaran.

FY telah bertemu dengan keadaan banyak kali dan ia bukanlah satu masalah. InsyaAllah pasaran akan kembali ceria nanti.

Sebenarnya pasaran begini boleh menyebabkan ramai pelabur mengalami kerugian kalau kita tak tahu apa yang kita laburkan. Ia merupakan satu ujian ketahanan. Pelabur yang dapat bertahan adalah pelabur yang baik dan berhemah.

Kali ini FY ingin berkongsi serba sedikit pengalaman FY dalam bidang pelaburan saham ini dengan harap ada satu dua perkara yang anda baca di sini boleh membawa manfaat kepada anda.

Setelah mendapat diploma Analisa Pelaburan dari UITM pada tahun 1991 FY meneruskan pengajian dalam bidang yang sama di peringkat ijazah di University of Nebraska Lincoln. Menjelang tahun 1996 FY telahpun memasuki pasaran. FY mendapat lesen pada tahun 1997 dan di sini bermulalah langkah FY “berperang” dengan Bursa Malaysia. Sepanjang 17 tahun dalam pasaran saham ini pelbagai suka duka pahit maung telah dilalui dan yuran pelajarannya amat mahal. Yuran dalam bentuk kerugian dalam pasaran saham adalah perkara biasa.

Pada masa itu terdapat ramai pemegang lesen yang seangkatan dengan FY. Katalah 2000 orang yang permulaannya sama dengan FY baik dia melayu mahupun bukan. Pada ketika ini terdapat ramai juga Remisier Cina yang dalam pasaran saham ini.

Naik turun pasaran saham adalah perkara lumrah dalam mana-mana pasaran saham. Mereka yang dapat bertahan adalah mereka yang tidak berputus asa. Bila jatuh mereka akan bangkit mengambil iktibar dan meneruskan perjalanan kehidupan. 

Namun demikian ujian besar krisis kewangan 1997-1998 telah membunuh ramai trader, investor dan remisier yang melabur dalam pasaran saham. Pasaran yang telah mencecah 1300 mata jatuh menjunam hingga ke paras 268 mata pada satu ketika. Ia menyebabkan ramai yang kecundang tak kiralah betapa expertnya mereka dalam pasaran saham. Pada ketika ini separuh telah meninggalkan pasaran mencari kerjaya yang lain mahupun kembali kepada kerja asal mereka sebelum mereka menjadi remisier. Ada yang kembali kerja bank, kilang, menjadi pekebun kelapa sawit, nangka dan pisang, membuka perniagaan, memandu teksi, menjual insuran dan saham amanah serta banyak lagi.

Kemudian pasaran saham berada dalam momentum menaik selepas tahun 1999. Menjelang tahun 2006 dalam pasaran yang menaik ramai pelabur-pelabur baru dan lama telah kembali ke pasaran saham.

Tanpa disedari krisis tahun 2007-2008 disebabkan oleh isu Sub Prime di Amerika Syarikat sekali lagi membawa impak yang serupa. Pasaran jatuh dari 1300 mata hingga ke 800 mata. Pasaran hilang 500 mata pada masa ini. Kali ini lebih ramai trader, remisier dan investor yang mengambil keputusan berundur memandangkan kerugian yang tidak lagi dapat ditanggung. Sejak tahun 1996 itu hinggalah kini jumlah remisier dan dealer, ini termasuklah investor dan trader telah serik lantas meninggalkan pasaran. Yang masih tinggal boleh dikira dengan jari dan FY adalah salah seorang yang tinggal dan masih tidak berputus asa.

FY masih di sini kerana memegang sebuah kisah motivasi 95% pendaki gunung kecundang tanpa mereka sedari sebenarnya mereka hanya tinggal 5% sahaja pendakian yang perlu dijalankan. Kepada 5% yang meneruskan perjalanan maka mereka akan sampai ke puncak jaya. Itu FY percaya dengan penuh keyakinan.

Ada dua sebab kenapa segelintir dari kami masih berada di sini. Pertamanya kerana terpaksa. Terpaksa meneruskan kerjaya kerana faktor umur yang tidak mengizinkan kami ke tempat lain. Sebab yang satu lagi ialah ganjaran besar yang dikecapi oleh mereka yang tidak berputus asa ini hasil dari ketabahan selama ini. Alhamdulillah FY adalah salah seorang yang berada dalam rangkuman yang kedua ini.

Terus terang pelaburan saham bukanlah mudah. Ia sukar dan terlalu banyak yang perlu dipelajari dan dilalui sebelum kita akan dapat memahami apatah lagi menguasainya. Setahun dua sebenarnya masih belum memadai. Bayangkanlah para remisier Cina yang handal ramai juga kecundang inikan pula kita pelabur baru dalam pasaran.

Percayalah apa yang FY katakan ini. Sejarah akan berulang dan ramai pelabur baru dalam yang memasuki pasaran dewasa ini akan mengalami semua ini. Apapun FY percaya belajar dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain juga adalah salah satu jalan pintas untuk belajar. Apa yang penting ialah untuk belajar dengan orang yang betul. Kalau tidak dugaan kerugian dalam pasaran saham ini bakal menjadi makanan ruji diri anda.

Oleh itu berhati-hatilah. Sebagai penutup artikel ini FY ingin mengambil kata-kata seorang sahabat seorang pelabur berpengalaman – “Be humble to the market or the market will humbled you.”

Sekian dulu.



FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
PS – FY ada menjalankan seminar saham dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mengetahui akan tarikh-tarikh seminar yang akan datang.

Saturday, January 25, 2014

PANDUAN MENDAFTAR / MEMOHON IPO DI MITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melayari blog ini.

Salah satu cabang pelaburan saham yang pada FY wajib diketahui oleh semua pelabur Bumiputera ialah pelaburan melalui permohonan IPO atau Saham Terbitan Awam di MITI. Hakikatnya adalah lebih baik untuk pelabur Bumiputera memohon saham IPO di MITI kalau dibandingkan dengan memohonnya melalui kaedah IPO Awam baik melalui Online Banking, menghantar borang, mahupun melalui ATM kepada pihak Issuing House memandangkan kebarangkalian untuk mendapatkan saham-saham IPO baru ini adalah jauh lebih tinggi peratusannya di MITI.

Ini kerana peratusan IPO yang diperuntukkan kepada Bumiputera hanyalah sekitar 12.5% jadi hanya 1 hingga 2.5% diperuntukkan kepada Awam itupun dibahagi pula 50:50 antara Bumi dan Non Bumi dan antara 10 hingga 11% pula diperuntukkan kepada pelabur bumiputera di MITI. Dengan ini jelaslah memohon di IPO di MITI adalah lebih baik walaupun kaedah permohonannya mungkin agak sulit kalau dibandingkan dengan kaedah permohonan IPO Awam.  

Sebenarnya pihak MITI telah dua tiga kali menukar kaedah permohonan IPO ini memandangkan telah banyak penipuan dan manipulasi yang berlaku sebelum ini. FY rasa tak perlulah FY huraikan dengan panjang lebar mengenai hal ini dalam artikel kali ini. Dari kaedah manual, ditukar kepada kaedah online sepertimana yang pernah FY tulis dalam Ebook yang terdahulu. Namun kali ini sekali lagi pelabur di MITI perlu mendaftar nama dan profil mereka sebagai rujukan pihak MITI bagi memastikan yang pelabur tersebut ada pelabur yang genuine

Apapun di sini FY akan huraikan langkah-langkah mendaftar nama anda sebagai pelabur di MITI.

Layari sahamonline.miti.gov.my dan anda akan sampai ke page berikut ;


Clik pada butang - PELABUR BARU, SILA DAFTAR SEKARANG dan masukkan pilihan samaada anda pelabur Individu, Koperasi mahupun Syarikat. Tekan butang - DAFTAR. Bagi pelabur Individu page berikut ini pula akan terpapar ;


Jadi isikan butir-butir peribadi anda dalam kesemua ruang-ruang yang disediakan. Soalan yang punya asterix berwarna merah itu wajib dipenuhkan.


Isikan alamat tempat anda bekerja, alamat emel dan sebagainya.


Isikan no CDS, kalau anda belum ada nombor CDS maka anda boleh meletakkan no dummy. Kalau anda ingin membuka CDS dengan FY anda boleh menghubungi Staff FY En Yasin di talian 019 334 6570 untuk mendaftar di Kenanga Investment Bank Berhad. FY akan secara automatik menjadi remisier tuan-tuan dan puan-puan. Kemudian isikan maklumat suami atau isteri anda.

Setelah itu anda perlu muat naik salinan kad pengenalan. Apa yang perlu dalam hal ini ialah anda perlu scan Kad Pengenalan anda depan dan belakang kemudian COPY PASTE ke dalam applikasi PAINT dan SAVE dalam bentuk fail JPEG. Pastikan ia jelas dan bewarna sepertimana di bawah ini.


Sahkan pengakuan dan  kemudian tekan pada butang - HANTAR.


Selepas itu anda akan mendapat satu emel di mana terdapat KATA LALUAN yang akan diberikan. Anda boleh menggunakan kata lalaun tersebut atau menukar kata laluan tersebut mengikut selera anda. Selepas itu anda perlu cetak borang permohonan PDF, isikan dan lampirkan bersama segala penyata kewangan yang disahkan pegawai yang berkenaan serta salinan kad pengenalan yang jelas hitam putih / bewarna kepada pihak MITI melalui POS. Dokumen ini akan dijadikan dokumen rujukan asas oleh pihak MITI bagi mengetahui kesahihan status pelabur mahupun status permohonan nanti.




Itu sahaja. Anda sudah selesai. Pihak MITI akan memberitahu melalui Emel samaada permohonan anda telah berjaya atau sebaliknya.

Selepas itu bilamana ada tawaran saham IPO di MITI pihak MITI akan memberitahu melalui emel samada anda ingin memohonnnya ataupun tidak.

Dalam setiap permohonan nanti anda perlu mencetak borang di atas ini, melengkapkannya dan menghantar semua penyata beserta salinan IC kepada pihak MTI.

Begitulah kaedahnya.

InsyaAllah FY akan mengemaskini Ebook panduan lengkap memohon IPO di MITI ini untuk kemudahan anda kelak.

Sekian sahaja buat kali ini.

Semoga ia membawa menfaat kepada anda.



FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

Wednesday, January 22, 2014

JEMPUTAN KE SEMINAR SUPERTRADER

JEMPUTAN KE SEMINAR SUPERTRADER



Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan Seminar SUPERTRADER bagi trader dan investor ekuiti Bursa Malaysia. Seminar ini berkongsi ilmu Software SuperTrader serta aplikasinya dalam pasaran Ekuiti Bursa Malaysia bagi menjana keuntungan di Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.

2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.

3.   SEMINAR SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

MAKLUMAT SEMINAR SUPERTRADER

Tarikh : 
AHAD, 26 JANUARI 2014

Masa:
9:00 pagi -5:00 petang

Tempat:
DE PALMA HOTEL, AMPANG POINT, KUALA LUMPUR.

Yuran : RM900.00

KELEBIHAN SOFTWARE SUPERTRADER

* Mempelajari cara melabur di pasaran , Bursa Malaysia,
* Bagaimana cara mengguna teknik SuperTrader dengan terbaik,
* Cara bagaimana MK Experience selaku panduan di dalam dunia Saham,
* Menilai dan mengkaji kaedah baru SuperTrader,
* Cara-cara nya pilihan kaunter,
* Cara-cara nya menentukan harga beli yang terbaik,
* Cara-cara nya membuat keputusan "beli" pada saat yang sesuai,
* Mengenalpasti samaada mengambil untung / rugi / simpan.

KELENGKAPAN YANG WAJIB (SEBELUM HARI SEMINAR) :-

* Standard-size Laptop computer (14" at least or larger)
* Must have the Full version Microsoft Office
* Create your own dropbox (before the seminar)
* Provide your 
1) Full name, 
2) Facebook name, 
3) Contact number
4) Occupation/Profession & 
5) E-mail address

Untuk pendaftaran selanjutnya, sila hubungi talian atau Whatsapp di talian HP - 019 777 5527, MK

Sekian. Harap Maklum.

Faizal Yusup

JEMPUTAN KE KURSUS SUPERTECH INVESTOR

JEMPUTAN KE KURSUS SUPERTECH INVESTOR


Pihak Advance Forward Training & Consultancy sekali lagi menganjurkan kursus untuk trader dan investor ekuiti Bursa Malaysia untuk mendalami ilmu Analisa Teknikal serta aplikasinya dalam pasaran Ekuiti Bursa Malaysia. Kursus ini menyediakan satu lagi cara bagaimana untuk berdagang atau melabur dalam pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

Berikut ini adalah 3 seminar saham utama yang dianjurkan oleh Advance Forward Training and Consultants ;

1.   SEMINAR SUPER INVESTOR
BASIC INVESTOR / TRADER
Untuk pelabur newbie dan beginner. Menyampaikan overview pasaran saham serta kaedah-kaedah menjana keuntungan dalam pasaran Bursa Malaysia. Yuran penyertaan hanya RM490.00.
2.   SEMINAR SUPERTECH INVESTOR
INTERMEDIATE INVESTOR / TRADER
Untuk Investor dan Trader intermediate dengan menggunakan kaedah analisa teknikal iaitu dengan menganalisa carta bagi menjalankan urusniaga dalam pasaran. Yuran penyertaan hanya RM700.00.
3.   SEMINAR SUPERTRADER
ADVANCE INVESTOR / TRADER
Untuk Trader Advance level dengan menggunakan Software Supertrader bagi mendapatkan signal beli dan jual jangkamasa pendek mahupun panjang. Yuran penyertaan hanya RM900.00.

Kursus SUPERTECH INVESTOR ini menggunakan carta sebagai satu alat penting untuk membuat keputusan pelaburan dan dagangan. Kami bukan hanya mengajar konsep tetapi juga aplikasi dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pihak kami telah permudahkan teknik dagangan menggunakan analisis teknikal untuk anda untuk mengurangkan risiko dan memaksimumkan keuntungan. Teori sahaja tidak mencukupi oleh itu pihak kami akan mengajar anda langkah demi langkah dengan menggunakan perisian carta profesional. Dengan mempelajari teknik ini anda akan dapat menjadi 'stock trader' yang baik dan berpeluang untuk menjana pendapatan pasif dari pasaran saham. Anda juga dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar apabila berlaku tekanan jualan yang kuat apabila berlaku putaran ekonomi yang tidak sihat.
  
Antara isi kandungan kursus yang penting selain dari yang dipaparkan di template adalah:

1. Sistem Trading

2. Pengurusan Risiko

3. Psikologi Trading

Di sana juga kami akan mengajar tuan-puan untuk memaksimakan platform online trading platform anda untuk mendapat informasi yang penting.

Kursus ini sesuai untuk trader dan investor baru dan lama dalam pasaran saham yang telah punya sedikit sebanyak ilmu asas Analisa Teknikal.

Tenaga pengajar kami terdiri daripada Penganalisis pasaran berlesen dari Broker terkemuka yang berkelayakan penuh dan trader sepenuh masa pasaran ekuiti Bursa Malaysia.

MAKLUMAT
KURSUS SUPERTECH INVESTOR

Tarikh : 
SABTU, 25 JANUARI 2014

Masa:
09:30 pagi -17:30 petang

Tempat:
8-1B JLN BOLING PADANG G13/G, SEKSYEN 13, SHAH ALAM (ATAS SALON REVE)

Keperluan :

1. Laptop
2. Perisian carta (akan dimaklumkan mengenai cara untuk memasang) atau boleh menggunakan carta di Kentrade.com.my apabila menjadi pelanggan kami di Kenanga Investment Bank  ataupun mana-mana Online Trading Platform Broker berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Perhatian: Untuk menyertai kelas ini perisian carta adalah satu keperluan. Peserta yang berminat digalakkan mendaftar awal sekurang-kurangnya 5 hari awal supaya kami boleh membantu mengisi perisian carta di laptop.

Jika ingin trial charting professional Bursa Station untuk 2 minggu boleh mendaftar di www.bursastation.com , klik di trial sign up dan isi data peribadi untuk mendapat ID sementara dan password.

Yuran: RM 700.00 setiap peserta, sila bank in salah satu Acc di bawah ;

Advance Forward Training and Consultants Maybank Acc No:
5051 0340 5396

Muhammad Zuhri Mohd Zain, CIMB Acc No:
1271 0009 4045 21
  
(Sila SMS ke talian HP 012-6290407 Zuhri Zain selepas membuat pembayaran)

Tempat adalah terhad.

Sekian, Harap Maklum.


Faizal Yusup