Tuesday, June 24, 2014

SAHAM ICON OFFSHORE DAN BOUSTEAD PLANTATION DALAM CDS

Assalamualaikum serta Salam Sejahtera...

Wah! Pasaran saham Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi ketika ini naik 8.37 kepada 1892.33 dan ini berita baik bagi syarikat-syarikat yang bakal tersenarai di Bursa Malaysia. Jumlah dagangan dan nilai dagangan juga berada pada paras yang memberansangkan dengan kecairan yang positif.

Ada 3 penyenaraian dalam papan Utama Bursa Malaysia dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Pertamanya ICON OFFSHORE, keduanya BOUSTEAD PLANTATION dan ketiganya ECONPILE.

Kepada pelabur yang mendapat saham ICON OFFSHORE dan BOUSTEAD PLANTATION BERHAD baik dari IPO Awam, MITI, Placement mahupun Pink Form, anda boleh menghubungi remisier anda mulai hari ini kerana saham-saham tersebut telahpun dikreditkan dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan.

Para pelabur yang punya akaun dengan FY pastinya telahpun mendapat sms mengenainya hari ini.

InsyaAllah keuntungan akan menanti anda sepanjang penyeneraian ini dan InsyaAllah cukuplah untuk buat belanja puasa dan Hari raya AidilFitri yang bakal menjelang.

Apapun FY ucapkan selamat Berpuasa menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba minggu depan.

Sekian dulu.

Wassalam.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Friday, June 20, 2014

Kota Kinabalu FY datang...

Assalamualaikum...

Hari ini FY menulis dari Hotel Oceania, Kota Kinabalu, Sabah, lokasi seminar Super Investor minggu ini. Kepada pelabur dan trader saham Bursa Malaysia yang ingin menimba satu dua ilmu rahsia menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia baik melalui Primary Market iaitu saham-saham IPO yang bakal disenaraikan mahupun Secondary Market iaitu saham-saham yang telah tersenarai di Bursa Malaysia jemputlah hadir. InsyaAllah seminar ini pasti akan mengutungkan anda.

Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my sekiranya ingin hadir.

Terkini Kejohanan Bolasepak Piala Dunia sedang berlangsung dan banyak juga kejutan yang berlaku dengan kekalahan beberapa pasukan pilihan. Apapun selalunya kejohanan bolesepak Piala Dunia akan diikuti dengan penurunan Bursa-Bursa Saham sedunia kerana duit keluar dari pasaran saham untuk dijadikan modal pertaruhan di Piala Dunia namun kali ini ia berbeza kerana nampaknya pasaran saham semakin hari semakin mengukuh. Bursa Malaysia juga nampak sihat.

Dari segi Primary Market saham Seven Eleven yang disenaraikan naik begitu tinggi dan memberikan pulangan yang baik kepada pelaburnya.

25 hb Jun ini Icon Offshore anak syarikat Ekuinas akan disenaraikan. Ini diikuti pula dengan Boustead Plantation Berhad pada 26 hb Jun kemudian saham Econpile pada 30 hb penghujung bulan ini. Terus terang FY yakin kesemua syarikat ini juga akan memberikan pulangan pelaburan yang baik.

Dalam Secondary Market pula saham-saham penny stock dan saham-saham berjajaran kecil nampak begitu aktif. Rotational Play kenaikan dari satu saham kepada satu saham yang lain bergerak dengan begitu cepat. FY percaya trader yang juga terpaksa bergerak secepat pergerakan duit itu bagi menjana keuntungan. Kalau ditunggu silap-silap saham itu akan turun kembali. Pengecualian diberikan kepada saham yang Fudamental kerana nilai dan harga sahamnya akan terus-terusan naik.

Selalu FY jelaskan kalau kita membeli buah di pasar malam kita akan memilih yang elok dan baik, kalau kita memilih isteri kita juga akan berbuat demikian atau apapun juga kita akan selagi daya memilih yang baik, bermutu dan bernilai. Jadi pemilihan saham juga sebenarnya begitu. Elaklah membeli saham-saham yang  mana syarikatnya mengalami kerugian, mempunyai hutang yang banyak, mengalami masalah tadbir urus dan sebagainya. Pilihlah saham yang punya nilai yang baik dan lebih baik lagi saham yang undervalue.

Kalau tak tahu bagaimana untuk membuat analisis ini jemputlah ke Seminar Super Investor kerana semua ini akan FY kongsikan.

Sekian dulu buat kali ini. Buat mereka yang mendapat saham Icon Offshore, Boustead dan Econpile baik dari syarikat dalam bentuk Pink Form, IPO Awam, IPO di MITI mahupun Private Placement FY ucapkan tahniah kerana InsyaAllah anda akan mendapat keuntungan darinya.

Sekian dulu.

FY
016 6667430


Tuesday, June 17, 2014

IPO MITI - SASBADI HOLDINGS BERHAD

Assalamualaikum... Kita bertemu lagi.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA
SASBADI HOLDINGS BERHAD:


- Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukan saham syarikat Sasbadi Holdings Berhad boleh disemak bermula 16 Jun 2014 (Isnin) dari jam 08.30 pagi - 5.00 petang.

- Surat peruntukan telah dihantar melalui pos kepada pelabur yang berjaya. Bagi pelabur yang memilih/menanda dalam borang permohonan untuk mengambil sendiri surat peruntukan/hantar wakil, boleh berbuat demikian seperti jadual di bawah :

Tarikh: 16.6.2014 (Isnin)
Masa: 2.30 Petang -5.00 Petang
Tempat: Business Advisory Centre Lobi Menara Usahawan, MITI Putrajaya Presint 2

Tarikh: 17.6.2014 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi -12.30 Tgh hari & 2.30 Petang - 5.00 Petang
Tempat: Business Advisory Centre Lobi Menara Usahawan, MITI Putrajaya Presint 2.

Sekiranya surat keputusan tersebut tidak dituntut dalam tempoh ditetapkan, surat akan terus di pos ke alamat seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.
Dokumen pembayaran dan Surat Akuterima boleh dimuat turun di website MITI http://www.miti.gov.my/Online Applications & Forms > Bumiputera Special Shares.

MAKLUMAT PENTING : Sila hantar Surat Akuterima kepada pihak bank selewat -lewatnya 23 Jun 2014 (Isnin) dan pembayaran boleh dibuat pada pihak bank BERMULA pada 7 Julai 2014 sehingga 9 Julai 2014.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Di Oceania Hotel, Kota Kinabalu 21 Jun
  • Seminar SuperTech Investor
  • Di Seksyan 13, Shah Alam 21 Jun
  • Seminar SuperTrader
  • Di De Palma Hotel, Kuala Lumpur 21 Jun
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.