Wednesday, October 31, 2012

SAHAM IPO AIR ASIA X SEDANG DITAWARKAN DI MITI


SAHAM IPO AIR ASIA X TELAH DIBUKA UNTUK PERMOHONAN DI MITI

Jumlah Saham Khas     :       260,740,700 unit
Harga Par                  :       RM 0.15
Harga Tawaran           :       -
Aktiviti Utama Syarikat :       The Group is principally engaged in the business of providing low-cost, long-haul air transportation services
Penyenaraian Saham   :       Disenaraikan di Pasaran Utama
Bank Penasihat           :       CIMB Investment Bank Berhad

Tarikh Tutup Permohonan :        Pengisian Borang Permohonan Saham Secara Atas Talian (Online) bagi Individu adalah selewat-lewatnya 5 November 2012 (Isnin) jam 12.00 tengahari; dan

Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi & Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya jam 6 November (Selasa) jam 4.00 petang.


Harga indikatif dan status syariahnya setakat ini masih belum diketahui lagi.

Kepada mereka yang ingin melanggan mereka bolehlah berbuat demikian atau hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.

FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.

Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton berdekatan dengan Hotel Singgahsana.

Hubungi FY terlebih dahulu sebelum datang ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com



Tuesday, October 23, 2012

Peserta Seminar Saham Super Investor

Assalamualaikum,

Seminar Saham Super Investor bersama FY anjuran Advance Forward Training and Consultants nampaknya mula bertapak, melangkah dari satu fasa ke satu fasa yang lebih baik serta mula dikenali di kalangan pelabur Bumiputera memandangkan peserta datang dari seluruh pelusuk tanah air, dari Perlis hingga ke Sabah, dari Kelantan hingga ke Johor Bahru.

Seminar ini juga disertai dan disokong oleh Pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan En. Khalid bin Mohamed juga telah menyampaikan sepatah dua kata mengenai zakat pelaburan saham disamping menyumbangkan risalah zakat untuk setiap peserta.


 En. Khalid sedang beraksi

Lebih menggembirakan Seminar kali ini juga disertai oleh Sifu Ridzuan Ibrahim Sifu dalam bidang Analisa Teknikal yang tidak ketinggalan memberikan amanat yang amat berharga kepada peserta Seminar kali ini.


Sifu Ridzuan Ibrahim sedang beraksi   

Alhamdulillah, kepada para peserta, FY ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir, semoga perkongsian dan pencerahan di dalam seminar itu dapat dijadikan panduan dalam perjalanan pelaburan saham di Bursa Saham yang penuh liku itu. Harapan FY juga semoga para peserta bakal menjadi pelabur yang bijak. Bijak mencari ilmu pelaburan, bijak membuat keputusan pelaburan dan sebagainya. 


Seminar FY yang seterusnya InsyaAllah akan diadakan pada bulan Januari 2012 nanti. Apapun selepas ini pihak Advance Forward akan menjalankan Seminar Saham Supertech Investor yang dikhususkan kepada para pelabur yang ingin mempelajari kaedah analisa teknikal di pelaburan saham mahupun FCPO. Seminar ini akan dikendalikan oleh Sifu Shamsul Bahari MSTA juga Sifu Ridzuan Ibrahim InsyaAllah ia akan diadakan pada penghujung bulan November atau awal bulan Disember nanti.

Nantikan kehadiran kami nanti.


Sekian dulu.

Wednesday, October 17, 2012

Penyenaraian Astro dan Makluman Seminar Super Investor

Assalamualaikum, Semoga anda semua dikurniakan ketenangan dan kedamaian dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ini.

Besok Astro akan disenaraikan dan setakat ini harga sasaran hanya sekitar RM3.09 hingga ke RM3.53. Kepada para pelanggan FY, InsyaAllah FY akan smskan jumlah unit saham yang telah dimasukkan ke dalam CDS anda malam nanti. 

Kepada mereka yang ingin menjual saham-saham Astro ini besok bolehlah menghubungi FY 012 654 0130 atau Puan Azizah di talian 019-389 6353.

Berikut adalah FV yang disarankan pihak broker saham ;

1 ECM Libra 3.09
2 Affin Bank 3.12
3 OSK Research 3.37
4 TA Securities 3.53





Seterusnya, Alhamdulillah, 

Penyertaan Seminar Saham Super Investor kali ini juga amat memberansangkan dan peserta datang dari semua seluruh pelusuk negara. Apapun FY ucapkan terima kasih kerana sudi hadir, InsyaAllah FY akan sampaikan yang terbaik untuk anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Seminar Saham Super Investor kali ini juga akan dihadiri oleh Sifu Mustapha Kamal pengasas sistem MK Experience, Sifu Ridzuan Ibrahim - Sifu Analisa Teknikal, juga pihak PPZ Wilayah Persekutuan. Semua mereka akan berkongsi sepatah dua kata untuk manfaat kita semua.

Kepada peserta yang ingin membuka akaun cds bersama FY nanti, bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku bank (mana-mana bank komersial). Anda juga boleh membawa bersama lap top dan broadband namun ia bukanlah satu kemestian.

Kepada yang lain yang masih ingin menghadiri Seminar Super Investor bersama FY ini, anda bolehlah mendaftar di laman web berikut


InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.

Sekian dulu.

FY


Thursday, October 11, 2012

Fair Video Astro


Assalam...

Target Price / Fair Value Astro setakat ini...

ECM Libra – RM3.09
M&A – RM3.15
OSK Research – RM3.37
TA – RM3.53


Thursday, October 4, 2012

Bagaimana Memohon Saham Terbitan Awam / IPO di Bursa Malaysia

Keputusan Undian IPO Astro


Di sini FY sertakan keputusan Undian IPO Astro di MIH siang tadi bagi Segmen Bumiputera. Selain itu semua permohonan Borang Biru masing-masing mendapat 3000 units setiap seorang.

Oversubscription Rate atau lebihan langgan sebanyak 6.08 kali. bagi Bumiputera 3.09 kali dan bagi Bukan Bumiputera 9.07 kali.

Sekian dulu.

FY

PS- Sertai Seminar Saham Super Investor Bersama FY pada 20 Oktober ini. Untuk mendaftar layari -

Wednesday, October 3, 2012

IPO MITI TERKINI - ELK - DESA RESOURCES BERHAD


IPO MITI TERKINI - ELK - DESA RESOURCES BERHAD

·                     Jumlah Saham Khas Bumiputera yang diperuntukkan sebanyak - 15,625,000 UNIT
·                     Harga Par : RM1.00
·                     Harga Tawaran : Hubungi FY
·                     Aktiviti Utama Syarikat : Perkhidmatan Pembiayaan Sewa Beli Kereta Terpakai
·                     Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad
·                     Bank Penasihat : MIDF Amanah Investment Bank Berhad
·                     Tarikh Tutup Permohonan : 09 OKTOBER 2012

Kepada pelabur yang ingin membeli peruntukan saham IPO di MITI ini bolehlah berbuat demikian. FY berkata demikian memandangkan pasaran IPO nampaknya masih baik walaupun adakalanya saham yang ditawarkan kurang baik asas kewangannya. Saham Pasuk Khas contohnya naik melebihi 400 peratus pada hari penyenaraiannya.

Jadi ia terpulanglah kepada pihak anda untuk membuat  keputusan samaada untuk membeli atau tidak.

Sekian dulu.

FY
www.faizalyusup.net

PS – FY juga akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah perihal IPO MITI ini. Ia sangat baik kepada newbie dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan pada 20 Oktober 2012 nanti. Kepada yang berminat sila layari ;



Bagaimana Membuka Akaun Saham CDS