Thursday, November 26, 2015

TEAM FY BERPINDAH KE THE CURVE, DAMANSARA

PENGUMUMAN :

Setelah 14 tahun beroperasi di Kenanga Investment Bank Berhad, Petaling Jaya Branch, Team FY akan berpindah ke pejabat baru di the Curve, Mutiara Damansara mulai Isnin ini.

Untuk makluman anda, operasi di Branch Petaling Jaya akan berakhir petang ini dan operasi di The Curve akan bermula pada pukul 8:30 pagi hari Isnin 30 November 2015.

Segala surat menyurat sila hantar ke alamat kami yang baru seperti berikut ;

Kenanga Investment Bank Berhad,
Lot 240, Second Floor, The Curve
No. 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel : 03 7725 9095
D/L : 03 7727 0804
Fax : 03 77259079

No HP Team FY masih sama sepertimana berikut ;

FY - 016 6667430
Zuhri Zain - 012 629 0407
Yasin - 019 334 6570
Ramzie - 017 373 0513

Segala kesulitan amat dikesali. Kami harap penghijrahan ini akan membawa keberkatan dari Allah Taala.

Sekian dulu, Harap maklum.

FY

P.S. -  FY akan menjalankan seminar INVESTSMART anjuran SIDC (Suruhanjaya Sekuriti) di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru pada hari Sabtu 28 November pada jam 9:00 pagi hingga 1 petang. Masuk PERCUMA! Buat Warga Johor datanglah beramai-beramai kerana banyak yang akan FY kongsikan disamping terdapat cenderahati dan jamuan makan yang disediakan oleh pihak penganjur.

    

Wednesday, November 18, 2015

RED SENA BERHAD SPAC F&B PERTAMA DI BURSA MALAYSIA



Assalamualaikum...

Semalam FY dijemput ke majlis pelancaran prospektus Red Sena Berhad yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre.

Red Sena adalah SPAC (Special Purposes Acquisition Company) kelima yang akan disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia selepas HIBISCUS, SONA, CLIQ DAN REACH ENERGY. Bezanya inilah SPAC F&B yang pertama memandangkan yang sebelum ini semuanya adalah SPAC dalam industri berkaitan Oil & Gas. 

Melihatkan kepada barisan Top Management syarikat Red Sena ini yang terdiri daripada mereka-mereka yang berpengalaman dan arif dalam bidang F&B ini juga protfolio pemegang sahamnya yang bagus-bagus belaka maka FY percaya ia merupakan satu syarikat yang berpotensi untuk maju andai ia berjaya mendapat mengambil alih QA (Qualifying Asset) yang bagus. Ini kerana sektor makanan halal di rantau ini amat besar pasarannya dan pastinya ini merupakan satu faktor kejayaannya. 

Apapun 92% daripada modal yang diterima dari proses IPO ini akan disimpan dalam trust sehingga ia berjaya mendapat QA tersebut. Sekiranya dalam masa 3 tahun ia tidak berjaya berbuat demikian maka wang para pelabur itu akan dikembalikan semula.

Dalam hal status Syariah, buat masa ini menurut kata Top Management Red Sena, mereka belum memohonnya meskipun memang dalam agenda mereka untu berbuat demikian di masa mendatang setelah mendapatkan QA tersebut. InsyaAllah status syariah selepas QA pastinya akan membawa masuk pelabur-pelabur Institusi seperti Tabung Haji dan sebagainya yang mana akan meningkatkan lagi kebagusan syarikat ini.

Oleh sebab melalui peruntukkan Private Placement yang memenuhi kriteria jumlah pelaburan bagi segmen Bumiputera maka saham ini tidak diperuntukkan di MITI. Ia hanya boleh dibeli melalui peruntukkan Private Placement dan selebihnya peruntukkan kepada pelabur Awam.



Untuk pengetahuan anda Burger King sebenarnya bermula dari SPAC. Ia merupakan salah satu SPAC yang paling berjaya di dunia ini. Begitupun harus diingat banyak juga yang gagal dan wang para pelabur dikembalikan namun demikian kalau dibuat kajian kepada para pelabur yang mendapat saham ini diperingkat IPO maka keuntungan akan menjadi milik mereka kerana dalam kebanyakan SPAC ia menguntungkan pada hari penyenaraiannya.


Oleh yang demikian, pohonlah saham Red Sena ini yang dibuka permohonannya sekarang sehingga 27 November ini. InsyaAllah keuntungan bakal menjadi milik anda!  



Berikut adalah maklumat permohonannya ;

Jumlah Peruntukkan : 80 juta saham
Harga Tawaran : RM0.50 sesaham 
Tarikh permohonan dibuka : 18 November 2015 
Tarikh tutup : 27 November 2015
Tarikh disenaraikan : 10 Disember 2015

Setiap pembelian saham IPO ini anda akan mendapat saham warrant Red Sena ini secara percuma. Keuntungan pelaburan ini dikira dengan mencampurkan kedua-duanya sekali tatkala dijual nanti.

Beli! Jangan tak beli!

Seperti biasa FY sarankan para pelabur untuk memohonnya dengan kaedah permohonan melalui Online Banking di Maybank2U contohnya. Garispanduan dan prosesnya pernah FY tulis dalam blog ini sebelum ini.

Oh Ya, jangan lupa FY akan berada di Johor Bahru pada hari Sabtu 28 November ini untuk menjalankan seminar SmartInvest anjuran Suruhanjaya Sekuriti. Kepada warga Johor yang ingin memulakan pelaburan saham, jemputlah hadir ya!


Sekian dulu buat kali ini,


FY
0166667430

Sunday, November 15, 2015

SEMINAR SAHAM BERSAMA FY DI JOHOR BAHRU

Assalamualaikum...

Nampaknya dewasa ini pasaran saham Bursa Malaysia kelihatan agak lemah selari dengan kejatuhan harga komoditi dan pasaran saham. Oleh sebab kita hanya boleh buat duit sehala dalam pasaran saham iaitu dengan kaedah membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi maka keadaan pasaran yang begini pastilah tidak memberansangkan buat para pelabur mahupun pedagang.

Apapun kepada yang ingin memulakan pelaburan di Bursa Malaysia FY akan berada di Johor Bahru pada 28 November ini atas tiket SmartInvest anjuran pihak Suruhanjaya Sekuriti. Berikut adalah maklumatnya ;

Tajuk : STOCK MARKET INVESTING FOR THE FIRST TIME INVESTORS
Tarikh : Sabtu, 28 November 2015
Masa : 9 pagi - 12 Tengahari
Tempat : Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru
Yuran : PERCUMA!


Jamuan makan dan cenderahati disediakan buat semua peserta.

Berminat? Anda boleh mendaftar di laman web ini; 

Warga Johor jom! Kita jumpa di sana!

FY
0166667430

Sunday, November 1, 2015

ANAKKU PULANG DARI KOTA, ANAKKU BELIKAN KERETA...

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog ini FY nak cerita sikit tentang kisah FY. Kisah seorang anak pengawal keselamatan yang menjadi seorang remisier dan baru-baru ini dengan ini Allah Taala menghadiahkan sebuah kereta Honda City buat ibunya. Kenapa bukan kepada bapanya? Sebabnya bapa FY telah meninggal dunia tanggal 9 Mei 2001 semasa umurnya 53 tahun.

Well, kalau nak cerita perjalanan hidup FY ini panjang ceritanya. Tinggal di rumah setinggan di Pantai Dalam semasa kecil, tak cukup makan minum, keperluan dan pakaian itu semua perkara biasa. Perkara kecil. Alah bisa dek biasa. Bagi mencukupkan keperluan kami adik beradik maka ibu FY bekerja di kedai dobi dan di malam hari dia mengambil upah menjahit pakaian.

Gedek! gedek! Gedek! gedek! Bunyi mesin jahitnya berbunyi hingga adakalanya jam 4 pagi menyiapkan baju kurung yang orang tempah. Rumah kami tak pernah berkemas kerana kain perca berada di sana sini kecuali pagi hari raya. Masa itulah sahaja ia elok tersusun.

Apapun dalam rumah kami, pelajaran diutamakan. Kata ibu FY, "Kita tak ada harta,  bapa kamu tak kaya, kita tak punya apa-apa, jadi pelajaranlah yang akan menjadi modal kita". Kata-kata inilah yang FY pegang selama ini.

Jadi, walau dalam kesusahan dan kesempitan modal FY berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Amerika Syarikat di bawah tajaan MARA dalam bidang kewangan.

Segulung Ijazah sebenarnya tak menjanjikan apa-apa. Hakikatnya ia tidak menjanjikan kejayaan dan kekayaan. Yang pening ialah untuk berusaha dengan gigih, punya sifat dan sikap yang betul serta bersandar kepada Allah Taala atas segalanya.

18 tahun dalam pasaran saham dalam misi mencari rahsianya bukanlah mudah. Pahit getir kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit amat sukar untuk diatasi. FY percaya kalau kita tak cukup kuat kita akan mengalah dan meninggalkan pasaran saham. Ramai yang sudah kalah dan mengalah tapi FY ni jenis bebal agaknya dan mungkin juga FY bukan jenis yang berputus asa. Ujian kematian bapa, FY masuk ICU kerana sakit jantung, 2 orang anak FY yang menghidap penyakit jantung berlubang, ujian bebanan kewangan, kemalangan, patah tangan dan sebagainya menyulami perjalanan kehidupan.

Tapi Allah Taala Maha Kaya, Maha Mengetahui. Pencarian FY akhirnya mula membuahkan hasil. Menjelang umur 40 tahun, segalanya berubah. Yang susah jadi senang, yang tak faham jadi faham, yang tersorok kini terbuka terbentang luas di depan mata. Alhamdulillah. Kesenangan mengambil alih kesusahan. Apapun FY tahu ujian kesusahan lebih senang dari ujian kesenangan jadi dalam ujian kesenangan ini FY perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah Taala.

Dan atas sebab itulah menyedari yang ibu FY amat memerlukan kereta baru bagi menggantikan kereta lamanya yang semakin usang, FY mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut buatnya. Lagipun FY tahu yang inilah saranan Islam, untuk berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang dijanjikan Allah Taala amat banyak kepada anak yang mengembirakan orang tuanya. 


FY harap kisah ini bakal membawa iktibar kepada kawan-kawan di luar sana atau sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan kisah ini untuk terus-terusan berusaha tanpa putus asa, untuk berbakti kepada kedua ibubapa, untuk bersabar dengan dugaan atau apa-apa juga iktibar yang boleh diambil dari cerita FY ini.

Dan kalau anda ingin belajar melabur saham dan mendapatkan rahsia bagaimana FY boleh menjana pendapatan dari pelaburan saham, jemputlah datang ke Seminar Super Investor yang FY jalankan pada hari Sabtu 7 November ini. Di sini langkah untuk anda juga berjaya dalam pelaburan saham bermula. Di sini FY akan kongsikan rahsia-rahsianya. FY bukan Along! FY cuma nak tolong!

Untuk keterangan lanjut mengenai seminar ini layari; 


Sekian dulu.

Ikhlas dari,

FY
0166667430