Assalamualaikum...
FY sebenarnya selalu juga dijemput ke majlis itu dan ini tetapi jarang FY nukilkan dalam blog tapi mulai tahun 2013 ini FY mengambil keputusan untuk membawa kamera setiap kali menghadiri apa juga jemputan dan akan menukilkan apa yang yang FY rasakan penting dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama.
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Apapaun siang tadi FY mewakili Persatuan Remisier Bumiputera telah menghadiri majlis pelancaran buku 101 Saranan Salleh, buku yang kandungannya terdiri daripada himpunan artikel Allahyarham Datuk Salleh Majid dari tahun 2009 hingga penghujung 2011 sebelum Allahyarham menghambuskan nafas yang terakhir pada 3 Januari 2012.
Berikut ini FY sampaikan kronologi majlis tersebut yang bermula jam 9:30 pagi bertempat di Bursa Malaysia.
|
Penyampaian sepatah dua kata oleh Datuk Azlan bagi pihak Utusan Publications and Distributors penerbit buku 101 Saranan Salleh ini. |
|
Sebenarnya FY juga pernah menulis 2 buah buku iaitu buku Keluar Dari Tempurung 1 dan 2 dengan Utusan Publication. Dan siang tadi sempat berbual dengan Editornya Puan Faridah yang lama juga FY tak jumpa.
|
Pelancaran oleh Tun Dzaiddin Haji Abdullah. Pengerusi Bursa Malaysia Berhad. |
FY pernah berkawan dengan Azlan anak Tun Dzaiddin ini semasa dia bekerja di Kenanga Investment Bank Kuala Lumpur satu ketika dahulu.
|
Majlis pelancaran. |
|
Ulasan buku oleh Datuk Azman Ujang. |
|
Buku 101 Saranan Salleh yang berharga RM48 yang boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran. |
Walaupun kandungan buku ini agak berat dengan tajuk-tajuk seperti Sistem Kewangan Dunia, Daya Saing Gaji, Selok Belok Pasaran Saham, Model Baru Ekonomi dan Agenda Melayu, Budaya Kerja dan Transformasi dan Pakej Ransangan ekonomi, Datuk salleh majid mampu mengutarakan isu-siu tersebut secara bersahaja melalui penggunaan bahasa dan gaya penyampaian yang mudah.
Selain itu beliau juga menyentuh perihal isu terkini, politik, kewangan, ekonomi, sosial, agenda melayu dan sedikit sebanyak mengenai pengalaman kehidupannya.
Beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan di tempat FY belajar dahulu iaitu di UITM, dan menjadi Pengurus Besar Bursa Saham Kuala Lumpur dari tahun 1984 hingga 2003 kalau tak silap FY. Allahyarham juga pernah menjadi penasihat dan penaung Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia satu ketika dahulu.
Apapun pada FY buku ini bagus untuk bacaan khususnya mereka yang latarbelakangnya perniagaan, pelaburan, ekonomi dan kewangan.
Sekian dahulu.
FY