Monday, March 31, 2014

COVER LETTER PERMOHONAN IPO DI MITI

Assalamualaikum...

Ramai yang bertanya dan meminta FY emelkan contoh cover letter setiap kali adanya tawaran IPO di MITI. Kali ini FY mengambil keputusan untuk memaparkan contoh cover letter permohonan IPO di MITI ini bagi memudahkan anda pelabur yang berminat untuk melanggan saham-saham peruntukan khas Bumiputera di MITI ini.


Di sini nyatakanlah berapa banyak saham yang ingin anda pohon. Permohonan itu akan bergantung kepada kedudukan kewangan anda. Ini kerana pihak MITI akan menawarkan saham berdasarkan kedudukan kewangan pelabur.

Harap artikel ini membawa manfaat kepada pihak anda.

Sekian dulu. Wassalam.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor - Sabtu 19 April 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Trading
  • Membuka akuan Trading Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

PANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI SECARA MANUAL

PANDUAN MEMOHON SAHAM IPO DI MITI SECARA MANUAL

Assalamualaikum...

Oleh sebab ramai yang bertanya kepada FY mengenai bagaimana untuk memohon saham IPO di MITI maka FY mengambil keputusan untuk menulis satu artikel langkah-langkah memohon saham IPO di MITI ini.

Buat masa ini saham IPO BOUSTEAD PLANTATION sedang ditawarkan di MITI khas untuk pelabur bumiputera.


Pergi ke www.miti.gov.my dan anda akan dibawa ke paparan berikut ini.


Pilih butang TRANSFORMING INDUSTRY DAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA. 


Dengan menekan butang tersebut anda akan dibawa ke paparan ini. Di sini anda boleh lihat saham-saham IPO yang ditawarkan di MITI ini.  


Turun atau scroll down pada paparan ini maka anda akan nampak butang untuk muat turun borang-borang permohonan saham MITI ini.  


Dengan menekan butang BORANG PERMOHONAN INDIVIDU ia akan memuat turun borang-borang berikut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencetak dan kemudiannya mengisi borang-borang tersebut dengan mengunakan pen hitam atau biru.

Sediakan dokumen lampiran sepertimana yang diminta dalam senarai semak ini bagi menunjukkan kemampuan kewangan anda bagi melanggan saham-saham yang berkenaan.  






Kemudian sediakan satu COVER LETTER sepertimana contoh yang FY sediakan di bawah ini bagi menunjukkan anda berminat untuk melanggan saham-saham tersebut.


Kemudian lampirkanlah bersama dokumen-dokumen seperti Kad Pengenalan, penyata Bursa Malaysia serta dokumen-dokumen bukti kewangan yang lain. Anda telahpun siap! Selepas itu bolehlah anda menghantarnya kepada pihak MITI di Menara Usahawan di Putrajaya.

Apapun FY harap artikel ini membantu dan memudahkan anda untuk memohon saham-saham IPO di MITI ini.

Kalau takpun jemput datang pejabat FY di Kenanga Investment Bank Petaling Jaya atau hubungi En Yasin di talian 019 334 6570 bagi membantu anda memohon saham IPO di MITI ini mahupun untuk membuka akaun CDS. Adalah lebih baik anda punya akaun CDS dengan FY bagi kemudahan anda.

Pihak MITI juga sedang sibuk menjalankan kempen mendaftar pelabur Bumiputera secara online. Anda boleh melayari saham.online.miti.gov.my bagi tujuan tersebut. Pendaftaran ini akan memudahkan permohonan saham IPO di MITI ini di masa-masa mendatang.

Bagi memudahcara FY telahpun menulis panduan lengkap mendaftar secara online di MITI di link ini - http://www.faizalyusup.net/2014/01/kaedah-baru-mendaftar-dan-memohon-ipo.html 

Oh Ya! Kalau jumpa FY di luar sana jangan lupa belanja minum teh tarik yer...

Thanks.

Wassalam... 

Kita berjumpa lagi...


FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Trading
  • Membuka akuan Trading Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii


SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Sunday, March 30, 2014

IPO DI MITI - BOUSTEAD PLANTATIONS BERHAD

Makluman IPO di MITI - Boustead Plantations Berhad

125,196,500 unit saham khas Bumiputera diperuntukkan
Harga Par RM0.50
Harga Tawaran akan diberitahu nanti
Menjalankan perniagaan  dalam industri berkaitan Kelapa Sawit
Akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia
Bank Penasihat – Affin Investment Bank Berhad
Tarikh Tutup Permohonan ialah pada jam 12 tengahari Khamis 10 April 2014

FY yakin yang syarikat ini merupakan syarikat berstatus syariah.

Permohonan masih lagi melalui kaedah manual. Pun begitu anda disarankan untuk mendaftar sebagai pelabur online di MITI. Pendaftaran boleh dijalankan di laman web saham.online.miti.gov.my

Panduan lengkapnya ada dalam blog ini. Berikut adalah linknya - http://www.faizalyusup.net/2014/01/kaedah-baru-mendaftar-dan-memohon-ipo.html

Bagaimanapun ramai yang menghubungi FY untuk bertanya tentang cara memohonnya, berapa boleh pohon, berapa jumlah minima, meminta cover letter dan sebagainya. Kemudian ada pula yang menjalankan kursus bagaimana untuk mengisi borang IPO MITI dan sebagainya.

Sebenarnya kalau anda menjadi pelanggan FY, pastinya anda akan dapat semua pencerahan ini. Dapat semua info, borang dan cover letter tanpa masalah dan kalau anda pernah datang Seminar Super Investor pasti akan tahu mengenai semua ini. Jadi jangan tunggu lagi. Jadilah pelanggan FY dengan membuka akaun CDS dengan FY yer. Hubungi En Yasin di talian 019 334 6570 untuk membantu anda membuka akaun tersebut.

Apapun InsyaAllah kalau berkesempatan FY akan tuliskan panduan bagaimana untuk memohon saham-saham IPO d MITI ini bagi kemudahan semua.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor – Sabtu 19 April 2014
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Wednesday, March 26, 2014

Menjana Keuntungan di Pasaran Terbuka Bursa Malaysia

Assalamualaikum...

Seperti yang sering FY katakan melabur di pasaran terbuka Bursa Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah kalau kita tak punya ilmu, kemahiran dan pengalaman. Bursa Malaysia juga umpama sebilah pisau yang boleh membawa manfaat namun demikian pada masa yang sama boleh membawa mudarat.


Namun demikian kalau kena caranya melabur di Bursa Malaysia ini boleh membawa kepada keuntungan yang banyak. Berikut ini FY sertakan beberapa penyata keuntungan yang diterima pelabur-pelabur FY. 



Keuntungan dari FITTERS dan SCICOM ini adalah yang terikini. Untuk pengetahuan anda masih ramai lagi pelabur FY yang masih memegang kaunter-kaunter ini dengan amaun keuntungan yang pelbagai bergantung kepada pegangan saham masing-masing.

Saham PMCORP ini adalah saham untuk Trading jadi ia tidak disarankan untuk disimpan.
Keuntungan saham Protasco. Saham ini naik lagi dan kini berada pada harga RM1.90. Ia merupakan saham Pendapatan yang baik untuk disimpan.

InsyaAllah FY akan tunjukkan keuntungan-keuntungan yang lain dalam catatan yang lain nanti. 

Apapun, kalau anda ingin menambah ilmu pelaburan saham ini jemput ke seminar saham Super Investor yang akan diadakan pada hari Sabtu ini di Bangunan Lembaga Getah Asli. 


Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.


Tuesday, March 25, 2014

KANDUNGAN SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR BERSAMA FY

KANDUNGAN SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR



Assalamualaikum...

Dalam seminar Super Investor antara kandungan yang akan dikongsi ialah ;

SESI PAGI

Pengenalan kepada Asas Pelaburan
Pengenalan kepada Pelaburan Saham di Bursa Malaysia
Perjalanan sebuah Syarikat Sdn Bhd sehingga ia menjadi Syarikat Berhad
Kelebihan menjadi syarikat tersenarai
Kaedah Membuka akaun CDS serta persoalannya.
Kaedah Membuka akaun Trading serta persoalannya
Kaedah Membuka akaun Online serta persoalannya
Remisier VS Online Trading
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam IPO Awam
Kaedah permohonan IPO Awam
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam IPO MITI
Kaedah permohonan IPO MITI
Merungkai rahsia menjana keuntungan dalam Private Placements
Kaedah permohonan Private Placements

SESI PETANG

Memulakan pelaburan di pasaran terbuka
Pengenalan Ekonomi Makro dan Mikro
Menganalisa saham kaedah Fundamental Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan kaedah Financial Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan saham kaedah Technical Analysis
Menganalisa dan merungkai rahsia menjana keuntungan dengan saham kaedah CSI
Perbezaan Saham Pertumbuhan dan Saham Pendapatan
Perbezaan Investor dan Trader
Kelebihan Portfolio Management
15 Tip Menjana Keuntungan di Pasaran Terbuka
6 Tip Mudah Menjadi Super Investor
Kelebihan Networking
Tip Menjadi Super Trader
Pengenalan Software SuperTrader
Testimonial
Penutup

Dan banyak lagi.

Yurannya cuma RM490.00 sahaja.

Cepat daftar di www.seminarsaham.com.my
Beritahu keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Tempat adalah terhad.
Sabtu 29 Mac 2013,  Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur.
Bersama FY, Sifu Zuhri Zain MSTA dan Sifu Nabil Fikri MSTA

Seminar Murah kandungannya Mahal!

FY bukan Along, FY cuma nak tolong...

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Membuka akaun Trading
  • Membuka akuan Trading Online
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Monday, March 24, 2014

DOA FY BUAT MH370

Assalamualaikum... 

Hari ini FY ingin mengambil kesempatan untuk mengungkapkan rasa sedih dan pilu atas tragedi yang menimpa penumpang dan anak kapal MH370. Innalilillah... serta salam takziah buat semua ahli keluarga penumpang dan crew yang terlibat. Al Fatihah kepada yang beragama Islam semoga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas roh mereka.


































FY