Assalamualaikum...
Kita bertemu lagi. Dalam artikel kali
sekali lagi FY menyampaikan beberapa tip-tip pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Semoga sedikit sebanyak ia membawa manfaat kepada anda dan InsyaAllah membawa
kefahaman dan seterusnya keuntungan kepada pihak anda di luar sana dalam
menjalankan urusniaga pelaburan di Bursa Malaysia.
Baiklah seperti yang sering FY katakan
dalam artikel-artikel yang terdahulu, dalam pelaburan di Bursa Malaysia kita
kenalah tahu samaada kita ini seorang Investor atau seorang Trader. Seorang
Investor punya jangkamasa pelaburan yang lebih panjang, beli pada support
dengan strategi Dollar Cost Averaging, dengan analisa Fundamental dan Financial
mahupun kaedah PEGGY dan sebagainya. Pada masa yang sama Trader adalah seorang
yang punya sifat short term kill,
dengan kaedah scalping, swing trade, day trade, kontra dengan kepakaran
menganalisa carta pergerakan harga saham. Selalunya a true trader tidak
memandang kepada analisa FA tetapi bergantung penuh kepada analisa carta
pergerakan harga saham iaitu Technical Analysis.
Pelaburan saham dan menjana keuntungan
yang konsisten darinya bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai seorang trader,
ilmu pengetahuan Analisa Teknikal ini mesti ada, kepakaran memerhatikan signal masuk
dan keluar, risk vs reward, stop loss, psikologi pelabur, perilaku pergerakan
harga saham, mengenali kaunter saham yang dibeli itu amat penting dan
sebagainya amat penting sebelum kita boleh mendapatkan keuntungan yang
konsisten.
Ketahuilah tanpa semua ini, samaada anda
percaya atau tidak, kerugianlah yang bakal menemani anda. Ini kerana sebagai
trader kita akan bersaing dengan PDT, Day Traders, pihak sindiket yang jauh
lebih pakar, punya masa dan modal yang lebih besar dan sebagainya. Tanpa ilmu
yang jitu maka kita akan kalah. Telah ramai pelabur yang FY temui yang kalah
dan mengalah.
Jadi belajarlah Analisa Teknikal ini.
Belajarlah untuk memahami semua ini.
Seminar Supertech Investor kelolaan Advance Forward Training and
Consultants bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Nabil Fikri MSTA akan diadakan
pada hari Sabtu 15 Mac ini di Shah Alam. Yurannya cuma RM700.00 sahaja. Untuk
mendaftar hubungi Sifu Zuhri Zain di talian 012 629 0407.
Itu cara pertama iaitu untuk mendapatkan
ilmu secara terus dan melakukannya hands
on. Cara kedua, setelah membuka akaun saham jalankan simulasi olok-olok
urusniaga saham atau terus sahaja terjun dan mulakan urusniaga saham selama 3 hingga
6 bulan dengan exposure atau modal yang sedikit sebagai percubaan.
Andaikata hasilnya menguntungkan jadi
anda bolehlah meneruskannya tetapi kalau selepas di penghujung 3 atau 6 bulan itu dan
setelah pelbagai pendekatan dilakukan namun anda masih lagi kerugian, saranan
FY carilah mentor, profesional portfolio managers atau carilah remisier, dealer
mahupun trader yang berpengalaman dan berkelayakan untuk membantu anda menjana
keuntungan dari pelaburan saham di Bursa Malaysia ini.
Cara ketiga, carilah FY. Hehehe...
Sekian dulu buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan
kami ;
- Seminar Super Investor akan diadakan pada 29 Mac
- Seminar SuperTech Investor akan diadakan pada 15 Mac
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO
di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan
saham.
No comments:
Post a Comment