Sunday, September 30, 2012
Blog Faizal Yusup Saham
Alhamdulillah. Semakin lama semakin ramai yang mengunjungi Blog www.faizalyusup.net samaada untuk mencari input pelaburan saham mahupun input-input motivasi serta pengisian yang lain. Kepada anda yang menyokong selama ini, FY ucapkan setinggi-tinggi terima kasih. Kerana kehadiran anda FY akan terus berkarya dengan penuh hemah dan hikmah, dedikasi dan bertanggungjawab dalam apa yang FY sampaikan.
Apa yang FY tahu ialah semua ini terjadi atas kehendak dan bantuan Allah Taala. Dia meletakkannya di tempat yang baik dan diterima secara umumnya. TanpaNya pastinya blog ini tak kemana. Apapun FY akan terus menulis dengan ikhlas demi pembangunan ummah dengan harapan ia mendapat keredaaan Allah Taala.
FY percaya andai tiada aral melintang maka blog ini akan pergi lebih jauh, akan dapat membantu lebih ramai, akan dapat membawa kefahaman kepada yang lebih ramai dan sebagainya.
Kepada anda yang sudi melanggan, sudi datang ke sini untuk membaca apa yang FY tulis, FY ucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda semua.
Kepada anda silent reader... Terima kasih ke sini. Jangan malu untuk memberi komen, bertanya mahupun menghubungi FY. FY akan membantu mana yang terdaya.
Sekian dulu.
FY.
Friday, September 28, 2012
Pemohonan Peruntukan Saham Borang Biru
Ini adalah contoh borang biru Astro yang mana pelanggan Astro diperuntukan saham 3000 unit setiap seorang. Untuk mengetahui bagaimana untuk melanggan peruntukan borang biru dalam sesuatu IPO, jemputlah datang ke Seminar Super Investor!
Layari
Thursday, September 27, 2012
KEADAAN PASARAN SAHAM TERKINI
KEADAAN PASARAN SAHAM TERKINI
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sebelum memulakan artikel ini FY ingin bercerita sedikit.
Semalam FY bertemu dengan a lovely couple sepasang suami isteri Mr Alan Gan dengan
isterinya Miss Teoh. Mereka belanja FY dan Puan Azizah partner FY makan malam di
Sunway Pyramid kerana mendapat untung di pasaran saham. Apapun FY menulis
mengenainya dalam blog ini kerana mereka juga membaca dan melanggan blog FY
ini. Ia merupakan sesuatu yang tak disangka kerana FY selalu ingat hanya orang melayu
yang membaca blog ini kerana ia berbahasa Malaysia. Apapun ribuan terima kasih
FY ucapkan atas sokongan mereka berdua.
Baiklah hari ini FY ingin menulis mengenai kedudukan
pasaran terkini. Pada kedudukan 1600+ mata FBMKLCI sekarang sebenarnya pasaran
berada di tahap yang tertinggi dan ia bukanlah masa yang sesuai untuk memasuki
pasaran memandangkan elemen pilihanraya merupakan sentimen utama dalam pasaran.
Semenjak bulan Mac 2012 FY telahpun sideline (menunggu dan
melihat) kerana pasaran nampak kurang sihat dan peluang untuk menjana
keuntungan sangat tipis. Salah satu petanda pasaran kurang sihat ialah bilamana
volume pasaran kurang daripada 1.5 Billion. FY sudah terangkan mengenai semua
ini dalam Seminar Super Investor yang FY jalankan namun kepada mereka berdegil
dan memasuki pasaran FY percaya kemungkinan anda mengalami kerugian
kebelakangan amatlah tinggi.
Seterusnya hanya dua tempat dimana volume pasaran berada
di tahap yang rendah. Di titik tertinggi dan di titik yang terendah dan petanda
itu ada dalam pasaran kebelakangan ini. Jadi kalau ada keuntungan baik juga
keluar dari pasaran buat masa ini. Itu saranan FY.
Kalau adapun FY hanya melihat kepada saham-saham selektif
dan itupun bukan untuk Pelaburan Jangkamasa panjang tetapi hanyalah untuk
Trading jangka masa pendek. Ini kerana FY memandang ke depan FY yakin pasaran
akan menurun oleh kerana pelbagai faktor dan antara faktornya utamanya ialah kedudukan
harga komoditi yang sangat tinggi dan bakal menurun, keadaan pasaran dunia yang
tidak menentu, para pelabur institusi yang beralih kepada pasaran bon yang
lebih rendah risikonya dan yang penting sekali pilihanraya.
Sekali lagi FY ulangi, tahun pilihanraya adalah tahun yang
tidak baik untuk pasaran, tahun ketidaktentuan pasaran. Kita tak tahu siapa
yang akan menang dan apakah polisi yang bakal dilaksanakan. Terus terang FY percaya
pasaran saham akan mula turun bilamana pilihanraya diumumkan.
Namun demikian pasaran IPO nampak masih nampak cergas dan
menguntungkan. Keadaan pasaran saham yang kurang sihat dan susah untuk mencari
kaunter yang untung menyebabkan pasaran saham IPO menjadi fokus utama pelabur
setiap kali sesuatu kaunter itu disenaraikan hinggakan kaunter yang kurang baik
fundamentalnya juga naik pada hari penyenaraiannya.
Mengenai saham IPO, dalam kajian FY menjual pada minggu
pertama penyenaraian merupakan tindakan yang baik. Ini kerana ia membawa kepada
ROI yang tertinggi kalau dibandingkan kalau anda menyimpannya untuk satu
jangkamasa yang lebih lama. Ia umpama anda membeli barang dari gudang dan
menjualnya kepada orang ramai. Kenyataan ini benar untuk saham Gas Malaysia,
IHH, Data Sonic malah Felda Global yang menurun dewasa ini. Pastinya penjualan
yang awal terdahulu adalah tindakan yang bijak dan menguntungkan.
Bagaimanapun sekali lagi FY tegaskan jari manusia tak sama
panjang dan ia membawa maksud yang rezeki manusia berbeza dan tak sama. Ada
yang dapat untung banyak, ada yang dapat suntung sedikit tetapi ada juga yang
dapat rugi walaupun melabur dalam saham sama.
Apapun FY akan menjalankan satu lagi Seminar Saham Super
Investor di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 20 Oktober ini di Bangunan Gerah Asli
berdepan dengan KLCC. Seminar pintu masuk kepada Pelaburan Saham kepada
mereka-mereka yang ingin memulakan pelaburan saham dan menjadikan pelaburan
saham sebagai salah satu alternatif untuk menjana pendapatan.
Untuk keterangan lanjut layari –
Sekian dahulu buat kali ini.
FY
Berhati-hatilah Dengan Remisier Penipu
BERHATI-HATILAH DENGAN REMISIER PENIPU
Manusia selalu merasakan yang diri mereka serba sempurna.
Atas rasa kesempurnaan inilah mereka menghukum dan menilai orang lain.
Mengatakan itu dan ini. Mereka berkata mereka beriman kepada Allah Taala tapi
pada masa yang sama mereka punya perasaan hasad dengki dan irihati bilamana
melihat orang lain berjaya. Hakikatnya mereka masih tidak dapat mengalahkan
sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati.
Hari ini FY mahu bercerita dan kepada mereka yang membaca
artikel ini dan terasa pedasnya, minta maaflah. Telah kian lama FY beri peluang
untuk anda menggunakan akal untuk berfikir dan hari ini FY akan menggunakan perantara
blog ini untuk bersuara dan memberi teguran.
Untuk pengetahuan anda semua, kehadiran FY dengan niat
Lillahitaala untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah tidak disenangi oleh
banyak pihak. Pihak yang lebih senior yang kononnya lebih lama berada dalam
pasaran. Kenapa mereka tidak berpuas hati dengan FY? Kata mereka FY menutup periuk
nasi mereka. FY menutup periuk nasi orang lain? Ish! Siapalah FY yang berkuasa
untuk berbuat demikian? FY bukan Tuhan. FY hanya manusia biasa yang tidak punya
apa-apa daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.
Dalam pasaran saham, sebenarnya tak semua remisier yang
punya sikap yang baik, tak semua remisier yang punya etika yang baik, tak semua
remisier yang punya akhlak yang baik.
·
Ada
remisier yang mata duitan.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu untuk mengenakan para pelanggannya.
·
Ada
remisier mengenakan caj 3 sen, 5 sen, 10 sen, 50% kepada saham MITI yang mereka
jamin dapat. Walhal kalau pelanggan itu punya cukup dokumen maka saham MITI itu
pastikan akan ditawarkan kepada mereka.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu dokumen pelanggan untuk mendapatkan saham MITI.
·
Ada
remisier yang sanggup memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk mendapatkan
saham MITI.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu cop pegawai bank, cop pegawai Tabung Haji, Cop Pegawai
PNB untuk menipu dokumen yang dihantar ke MITI.
·
Tak
cukup dengan ini mereka memaksa pelanggan untuk mengambil pinjaman share
financing yang menguntungkan mereka.
·
Kemudian
selepas menjual saham mereka menahan cek pelanggan lantas mengenakan pula 10%
hingga 25% lagi dalam bentuk profit sharing.
·
Hingga
ada yang mengadu pada FY keuntungan mereka yang berjumlah RM30,000.00 hanya tinggal
RM5,000.00. Selebihnya diambil oleh Remisier tersebut. Semua ini berlaku kerana
mereka tidak tahu dan tak punya ilmu dalam pasaran saham.
·
Ada
remisier yang menyalahgunakan akaun saham pelanggan.
·
Ada remisier
yang menipu mengatakan mereka punya kelayakan MSTA dan kelayakan lain hanya
untuk mengaburi mata para pelabur walhal mereka tak punyapun kelayakan
tersebut.
·
dan
banyak lagi.
Kepada anda para pelabur baru berhati-hatilah. Apa yang FY
paparkan ini adalah kisah benar. Pada FY cukup-cukuplah. Mereka-mereka ini
harus dibenteras. Mereka makan duit haram dengan cara memanipulasi orang yang
tidak tahu. Industri ini mesti dibersihkan dari orang-orang yang seperti ini. Cukup-cukuplah
dengan penipuan ini.
Namun demikian tak semua remisier begitu. Hanya segelintir
kecil dari mereka. Kebanyakan yang FY kenal punya hati yang baik dan
menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai remisier dengan telus. Kepada mereka
ini FY ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda. Jesteru kepada mereka yang
FY sebut di atas ini berhati-hatilah. Setiap pergerakan anda FY akan
perhatikan. Percayalah yang anda takkan selamat sekiranya anda terus
menjalankan kerja-kerja maksiat itu.
FY
www.faizalyusup.net
PS – Kepada pelabur yang pernah ditipu anda boleh membuat
aduan dengan membuat panggilan telefon ke Jabatan Hal Ehwal Pelabur, Suruhanjaya
Sekuriti - 03 6204 8999. Mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Wednesday, September 26, 2012
TERSILAP PEMBAYARAN IPO MITI
Salam All,
If ada any case as below. follow steps.
CASE : Client made payment for ASTRO shares to the wrong IB. Instead of CIMBIB which was his/her designated bank, the client paid to MAYBANKIB.
HOW TO RECTIFY : send email to MAYBANK IB Settlement Team at settlement@maybank-ib.com informing of the mistake ie should have paid to CIMBIB and not MAYBANK IB and give details of - name, IC, contact no, no of shares allocated and scanned copies of (1) proof of payment (2) letter of offer from MITI.
WHAT WILL MAYBANK IB DO : Once they have verified clients payment, they'll get client to fill up form and transfer the monies to CIMBIB on client's behalf.
NEXT STEP : Client must proceed to send the other stated documents to CIMBIB as requested.
Regards,
FY
On behalf of PRIBUMI
Tuesday, September 25, 2012
Kaedah Memohon Saham IPO di MITI
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Ini adalah contoh pelanggan FY yang berjaya mendapat tawaran saham ASTRO sebanyak 72,000 unit pada harga RM3.00 di MITI. FY bagi pihak PERSATUAN REMISIER BUMIPUTERA MALAYSIA hanya mengenakan caj sebanyak 1 sen sahaja sebagai sumbangan dana untuk persatuan. Tidak lebih dari itu.
Kepada yang berminat untuk mengetahui bagaimana untuk melanggan saham IPO di MITI anda bolehlah menghubungi FY di talian 012 654 0130 atau datang ke Seminar Saham Super Investor yang akan di adakan pada 20 Oktober nanti. Dalam seminar itu FY akan menerangkan secara terperinci tentang cara bagaimana untuk mendapatkan saham melalui kaedah ini. Apa yang perlu dilakukan. Apakah kesilapan yang menyebabkan permohonan anda ditolak dan sebagainya disamping pelbagai perkongsian rahsia dan teknik pelaburan saham yang lain.
Untuk mendaftar layari -
Sekian.
FY
PERMOHONAN BORANG BIRU IPO ASTRO
KESILAPAN PADA BORANG BIRU IPO ASTRO MALAYSIA HOLDINGS
BERHAD
Assalam..
ASTRO MALAYSIA HOLDINGS BERHAD
RM3.00 seunit
Non Syariah
Tarikh tutup permohonan 1 Oktober
Tarikh Undian pada 4 Oktober
Tarikh Disenaraikan pada 19 Oktober
Dua tiga hari ini para pelabur sibuk dengan IPO Astro baik
yang mendapat tawaran saham tersebut di MITI mahupun bagi mereka yang ingin
melanggannya melalui Bank dan mesin ATM. Untuk saham Astro ini nampaknya ada
satu lagi tambahan iaitu adanya permohonan Borang Biru yang ditujukan kepada
pihak-pihak yang telah membantu dalam kejayaan Syarikat ini.
Maksima sebanyak 72000 unit saham diperuntukkan untuk
pelabur-pelabur di MITI dan pembayaran hendaklah dibuat sebelum atau pada 27
September ini.
Kepada pelabur yang tidak memohon atau tidak berjaya mendapat
saham di MITI maka mereka boleh membuat permohonan IPO Awam samaada dengan
mengisi borang, membuat permohonan online melalui bank ataupun mesin ATM.
Kaedahnya pernah FY tulis dalam artikel yang lalu dalam blog ini. Apapun tarikh
tutupnya ialah pada 1 Oktober nanti.
Kemudian untuk Astro mereka yang merupakan pelanggan Astro
maka mereka boleh memohon peruntukkan Borang Biru sebanyak 3000 unit.
KESILAPAN PADA BORANG BIRU ASTRO
Di sini FY mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang
kesilapan pada borang biru Astro itu.
Di belakang borang itu tertulis “NO OF SHARES APPLIED FOR”
– 3000 unit sedangkan AMOUNT – RM300.
AMOUNT SEBENARNYA IALAH RM9000 DAN
BUKANNYA RM300. INI KERANA 3000 UNIT X RM3 = RM9000.
Jadi untuk memohon saham Astro melalui peruntukan borang
biru ini, para pelabur hendaklah menyediakan Cashier Order sebanyak RM9000.00
dibayar kepada “MIH Share Issue Account
No. 535” serta melampirkan dokumen yang diperlukan dan dihantar ke MIH
sebelum 5 petang 1 Oktober nanti.
Anda tidak boleh membeli kurang atau lebih dari 3000 unit
yang telah diperuntukkan itu dan FY percaya mereka yang memohonnya akan
mendapat saham Astro tersebut tanpa masalah memandangkan peruntukkannya yang
mencukupi.
DIMANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN BORANG BIRU ASTRO INI?
FY ada borang ini kalau anda mahu. Anda boleh menghubungi FY untuk mendapatkannya atau anda boleh juga mendapatkannya di mana-mana broker saham. Sesetangah broker meminta anda menunjukkan bil Astro sebelum memberikan borang tersebut kepada pihak anda.
Seterusnya Harga Sasaran Astro akan FY paparkan nanti setelah FY
mendapat maklumat mengenainya. Setakat ini ECMLIBRA menyasarkan RM3.19 untuk IPO ini.
Kepada pelabur baru yang ingin memohon tetapi tiada akaun
CDS maka anda bolehlah datang ke pejabat FY di Petaling Jaya dengan membawa IC
dan buku bank atau menghubungi FY di no HP 012 6540130 atau emel kepada greng70@yahoo.com.
Oleh kerana akaun Facebook FY yang pertama telah penuh
anda boleh add FY di https://www.facebook.com/faizalyusupii
kalau sudi.
Sekian dulu. FY mengundur diri.
FY
PS –
FY juga akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan
pengisian pelaburan. Ia sangat baik kepada newbie dalam pelaburan saham ini.
InsyaAllah ia akan dijalankan pada 20 Oktober 2012 nanti. Kepada yang berminat
sila layari ;
Saturday, September 22, 2012
Seminar Super Investor Kuala Lumpur Kembali Lagi
Assalam. Memandangkan FY sekali lagi akan menjalan Seminar super Investor pada 20 Oktober 2012 ini, di sini FY sertakan testimoni beberapa orang peserta Seminar Saham Super Investor yang lalu.
Testimoni 1
Satu seminar yang patut sesangat attend terutama bangsa kita yang ramai masih kurang berkecimpung dalam bidang ini... dengan ilmu yang kita perolehi, InsyaALLAH sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada kita yang cetek pengetahuan & ilmu dalam bidang saham ni... Speaker yang terdiri dari tenaga kerja yang memang masak ranum dalam bidang ni iaitu MR FY...
Thanks Sir atas perkongsian ilmu dengan kami... Walaupun saya masih mentah tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak saya telah mendapat banyak sangat input-input @ ilmu dalam pelaburan saham ni... Saya akui memang banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari dalam bidang ini... InsyaALLAH saya akan mengikutinya lagi dimasa-masa akan datang... Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu melalui Seminar ini akan berjaya mengangkat martabat bangsa kita dalam bidang ekonomi melalui pelaburan saham...
TESTIMONI 2
Terus teranglah saya cakap.. Kalau nak betul-betul belajar saham kena cari betul-betul sifu dalam saham ni.. Sifu dalam Technical Analysis dan sifu dalam Fundamental Analysis.. Dua ni kena berjalan seiring dalam pelaburan saham... barulah ada umphhh dalam pelaburan.. Dan FY adalah sifu yg terbaik penah saya jumpa sepanjang saya pernah ikuti seminar "money market" dengan pengolahan yang santai mudah difahami.. PERGILAH, dan bersemukalah dengan FY bak kata pepatah tak kenal maka tak jatuh cinta dalam pasaran saham.. :D.
Memang terbaik dan berbaloi...
En. Hazwira Ramli
TESTIMONI 3
Saya berpendapat Seminar Saham Super Investor ni cukup berbaloi-baloi. Perkongsian ilmu, info dan rahsia berguna di sebalik dunia pelaburan saham diterangkan dengan cara yg cukup sempoi dan bersahaja daripada bro Faizal Yusup. Senang nak faham. Sesuai dihadiri oleh newbie macam saya dan kepada mereka yg tak tau apa2 @ zero knowledge dalam bidang pelaburan saham.
En. Dany Yell
TESTIMONI 4
Yes Mr.Faizal Yusup.. Seminar 16 Jun baru ni betul-betul membuka mata saya untuk mengenali bukan sekadar IPO malahan juga mengenali stock market.. Sangat berminat untuk menghadiri seminar yang akan datang.. Di beritahu bahawa BUMIPUTRA kita masih lemah dalam ilmu Stock MARKET.. Rasa tercabar pulak diri ni..... Hopefuly dapat tahu strategi yang lebih mendalam dalam "SEMINAR SAHAM SUPER DUPER INVESTOR" yang akan datang ini...
En. Mohd Rauf Bin Baharuddin
Inilah antara testimoni yang disampaikan oleh peserta-peserta Seminar Super Investor yang lalu.
InsyaAllah, FY akan cuba yang terbaik bagi menjadikan semua yang menghadiri seminar ini seorang pelabur yang bijak yang boleh menjana keuntungan dan mengelakan kerugian bilamana menjejakkan kaki di Pasaran Saham.
Kepada anda yang ketinggalan seminar yang lalu anda masih boleh datang ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 20 Oktober 2012.
Untuk mendaftar atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari ;
Seminar yang pasti berbaloi.
Sekian dulu.
FY
Thursday, September 20, 2012
KEPUTUSAN IPO MITI - ASTRO TELAH KELUAR
SALAM SEJAHTERA,
Untuk pengetahuan semua, keputusan tawaran peruntukan saham Astro di MITI telahpun keluar pagi ini. Anda boleh melayari http://saham.miti.gov.my/semak_saham.php untuk mengetahui keputusannya.
Harga indikatifnya ialah RM3.00 sama dengan harga IPO Awam yang sudah boleh dipohon mulai hari ini dengan tarikh tutup permohonan pada 1 Oktober 2012.
Apabila mencetak borang kaedah pembayaran terdapat dua bank penasihat di situ iaitu Maybank dan CIMB. Kalau anda diarahkan untuk membayar di CIMB maka cetaklah borang yang CIMB. Tak perlulah mencetak borang untuk pembayaran melalui Maybank.
Surat Aku Terima hendaklah dijawab sebelum atau pada hari Isnin 24 September 2012 dan pembayaran pula hendaklah dibuat sebelum atau pada hari Khamis 27 September 2012. Pembayaran kepada Bank Penasihat CIMB perlu dibuat melalui kaedah Telegraphic Transfer di bank pilihan anda sebelum jam 3 petang hari tersebut.
Ia akan disenaraikan awal bulan Oktober nanti dan untuk pengetahuan anda kaunter ini bukan kaunter syariah atas alasan ia terlibat dalam bidang hiburan.
InsyaAllah FY akan memaparkan Fair Value kaunter Astro ini selepas FY mengumpul maklumatnya nanti. Memandangkan keadaan pasaran semasa FY yakin yang ia boleh membawa keuntungan kepada pelaburnya.
Sekian dulu.
FY
P.S. FY akan mengadakan SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR KUALA LUMPUR di Bangunan Getah Asli pada hari Sabtu 20 Oktober 2012. Banyak perkongsian pelaburan yang hebat termasuklah pelaburan IPO di MITI yang akan disampaikan.
Untuk pendaftaran, layari -
Tuesday, September 11, 2012
PENGUMUMAN SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR KUCHING
PENGUMUMAN - DUKACITA DIMAKLUMKAN SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR DI KUCHING PADA 15 SEPT 2012 INI DIBATALKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN. PIHAK KAMI AKAN MENGEMBALIKAN WANG YURAN PENDAFTARAN KEPADA MEREKA YANG SUDAH MENDAFTAR. PIHAK KAMI AKAN MENGHUBUNGI ANDA BAGI TUJUAN TERSEBUT. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI. HARAP MAAF DAN HARAP MAKLUM.
FY
Subscribe to:
Posts (Atom)