Wednesday, June 27, 2012

KEPUTUSAN IPO MITI IHH SUDAH KELUAR!

Assalam semua,

Untuk pengetahuan semua keputusan IPO MITI IHH telah keluar. Anda boleh melayari http://saham.miti.gov.my/semak_saham.php untuk mengetahui status permohonan anda. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sempang bagi tujuan tersebut. 

Kepada yang berjaya FY ucapkan tahniah dan kepada yang tidak jangan berputus asa cuba lagi. Mungkin ada yang silap dalam permohonan anda itu.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada CIMB Investment Bank sebelum jam 3 petang hari Khamis 5 Julai 2012. Juga hantarkan surat Akuterima kepada pihak MITI seberapa segera.

Kepada yang tidak berjaya dan tidak tahu apa sebab permohonan ditolak maka FY sarankan anda datang ke Seminar Saham Super Investor yang akan berlangsung di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang pada 14 dan 15 Julai 2012. Di dalam seminar tersebut FY akan terangkan akan sebab kenapa pelabur berjaya juga sebab kenapa pelabur gagal mendapat saham IPO MITI tersebut. 

Untuk keterangan lanjut layari : 


Sekian,

FY
012 654 0130
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden PRIBUMI


Sunday, June 24, 2012

IPO FGVH target price / fair value oleh Research House


IPO FGVH target price/fair value oleh Research House setakat ini :

Maybank Investment   : 6.00
Interpacific                 : 5.80
ECM                          : 5.65
Affin Investment         : 5.50
TA                             : 5.50
JF Apex                      : 5.40
MIDF                         : 5.30

Ave.: 5.60
Highest: 6.00
Lowest: 5.30

Kredit kepada En. Ihsan Salman

FY

TESTIMONI DARIPADA PESERTA SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR EDISI PERTAMA


TESTIMONI DARIPADA PESERTA SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR EDISI PERTAMA

Assalam. Berikut ini FY sertakan testimoni beberapa orang peserta Seminar Saham Super Investor bersama FY 16 Jun yang baru lalu.



Testimoni 1

Satu seminar yang patut sesangat attend terutama bangsa kita yang ramai masih kurang berkecimpung dalam bidang ini... dengan ilmu yang kita perolehi, InsyaALLAH sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada kita yang cetek pengetahuan & ilmu dalam bidang saham ni... Speaker yang terdiri dari tenaga kerja yang memang masak ranum dalam bidang ni iaitu MR FY...

Thanks Sir atas perkongsian ilmu dengan kami... Walaupun saya masih mentah tapi Alhamdulillah sedikit sebanyak saya telah mendapat banyak sangat input-input @ ilmu dalam pelaburan saham ni... Saya akui memang banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari dalam bidang ini... InsyaALLAH saya akan mengikutinya lagi dimasa-masa akan datang... Mudah-mudahan dengan perkongsian ilmu melalui Seminar ini akan berjaya mengangkat martabat bangsa kita dalam bidang ekonomi melalui pelaburan saham...



TESTIMONI 2

Terus teranglah saya cakap.. Kalau nak betul-betul belajar saham kena cari betul-betul sifu dalam saham ni.. Sifu dalam Technical Analysis dan sifu dalam Fundamental Analysis.. Dua ni kena berjalan seiring dalam pelaburan saham... barulah ada umphhh dalam pelaburan.. Dan FY adalah sifu yg terbaik penah saya jumpa sepanjang saya pernah ikuti seminar "money market" dengan pengolahan yang santai mudah difahami.. PERGILAH, dan bersemukalah dengan FY bak kata pepatah tak kenal maka tak jatuh cinta dalam pasaran saham.. :D.

Memang terbaik dan berbaloi...




TESTIMONI 3

Saya berpendapat Seminar Saham Super Investor ni cukup berbaloi-baloi. Perkongsian ilmu, info dan rahsia berguna di sebalik dunia pelaburan saham diterangkan dengan cara yg cukup sempoi dan bersahaja daripada bro Faizal Yusup. Senang nak faham. Sesuai dihadiri oleh newbie macam saya dan kepada mereka yg tak tau apa2 @ zero knowledge dalam bidang pelaburan saham.




TESTIMONI 4

Yes Mr.Faizal Yusup.. Seminar 16 Jun baru ni betul-betul membuka mata saya untuk mengenali bukan sekadar IPO malahan juga mengenali stock market.. Sangat berminat untuk menghadiri seminar yang akan datang.. Di beritahu bahawa BUMIPUTRA kita masih lemah dalam ilmu Stock MARKET.. Rasa tercabar pulak diri ni..... Hopefuly dapat tahu strategi yang lebih mendalam dalam "SEMINAR SAHAM SUPER DUPER INVESTOR" yang akan datang ini...

En. Mohd Rauf Bin Baharuddin

Inilah antara testimoni yang disampaikan oleh peserta-peserta Seminar Super Investor 16 Jun yang lalu.

InsyaAllah, FY akan cuba yang terbaik bagi menjadikan semua yang menghadiri seminar ini seorang pelabur yang bijak yang boleh menjana keuntungan dan mengelakan kerugian bilamana menjejakkan kaki di Pasaran Saham.

Sekian dulu.

FY
www.faizalyusup.net


SEMINAR SAHAM SUPER INVESTOR II

Thursday, June 21, 2012

Combo Seminar Saham Overview dan Analisa Teknikal



Salam Sejahtera buat semua.. Semoga ceria selalu..

Atas permintaan dan pertanyaan yang ramai daripada peserta Seminar Saham Super Investor sebelum ini berkenaan modul Analisa Teknikal dalam Pasaran Saham Malaysia, Pihak Advance Forward bersepakat untuk mengadakan satu lagi seminar yang khusus hanya berkenaan Analisa Teknikal.

Seminar ini akan berlangsung selama sehari di mana, tumpuan hanya diberikan khusus bagaimana untuk anda menggunakan Analisa Teknikal dalam membuat keuntungan dalam pasaran saham! 

Jangan risau jika anda masih lagi baru, tidak memahami tentang perihal Analisa Teknikal apa itu RSI, Bollinger Band, Support and Resistance dan bermacam-macam lagi kerana, seminar ini akan mengajar anda daripada basic setup hinggalah kepada advance level! Ya, khusus hanya menceritakan tentang Analisa Teknikal selama sehari dari pagi hingga petang!

Seminar Saham SuperTech Investor ini akan disampaikan oleh speaker jemputan Advance Forward Training and Consultants iaitu Encik Shamsul Bahari Shamsuddin. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam Pasaran Saham Malaysia dan merupakan pemegang Diploma In Technical Analysis (MSTA) di bawah Society of Society Technical Analyst yang berpusat di United Kingdom.

Seminar Saham SuperTech Investor ini akan berlangsung pada Ahad 15 Julai 2012 iaitu sehari selepas Seminar Saham Super Investor. Ia akan dikelolakan oleh Sifu Shamsul Bahari MSTA yang punya lebih 20 tahun pengalaman dalam pasaran saham.

Kepada Beginner yang ketinggalan seminar yang lalu anda masih boleh datang ke Seminar Saham Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 14 Julai 2012.
Untuk mendaftar atau untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari ;


Seminar yang pasti berbaloi.

Sekian dulu.

FY


Tuesday, June 19, 2012

Meeting PRIBUMI dengan Dato' Ranjit Singh, Pengerusi SC.

Salam sejahtera.

Semalam pada 18 Jun 2012, FY selaku Naib Presiden PRIBUMI bersama para AJK yang lain bermesyuarat dengan Dato' Ranjit Singh Executive Chairman Securities yang baru bagi membincangkan hala tuju industri pasaran modal negara ini menuju ke hadapan. Ia bermula pada jam 3:00 petang dan berakhir pada jam 5:30 petang. 

Pelbagai isu yang diketengahkan antaranya ;

  • Isu BDREF
  • Isu yang membabitkan Remisier, Dealer juga masalah yang melibatkan Broker
  • Isu Brokerage
  • Isu penubuhan Islamic Broker Pribumi
  • Isu Pasaran yang lemah
  • Isu meningkatkan penglibatan pelabur runcit
  • Isu Struktur IPO dan banyak lagi.
Nampaknya Dato' Ranjit Singh sudi memberikan kerjasama yang baik dengan PRIBUMI dan ia merupakan langkah pertama yang baik bagi kami untuk bekerjasama membangunkan pasaran modal amnya dan meningkatkan ekonomi rakyat negara ini secara khususnya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar tindakan-tindakan yang bakal diambil kelak akan membawa manfaat yang banyak kepada kita semua terutamanya mereka yang melabur saham di Bursa Malaysia. InsyaAllah.


FY berdiri nombor 3 dari kanan.

Sekian dulu buat kali ini.

FY

Monday, June 18, 2012

Balloting untuk Felda Global Ventures Berhad (Bumiputera)

Berikut ini adalah carta undian untuk Felda Global Ventures di MIH tempohari...


Sunday, June 17, 2012

Photo-photo di sekitar Program Seminar Super Investor...

Photo-photo di sekitar Program Seminar Super Investor...















Tuesday, June 12, 2012

KENAPA MENGHADIRI SEMINAR SAHAM ITU PENTING


KENAPA MENGHADIRI SEMINAR SAHAM ITU PENTING

Assalamualaikum. Salam sejahtera, doa dan harapan FY semoga kita semua berada dalam lindungan Allah Taala hendaknya. Dapat mengikut susunan dan redha dengan segala dugaanNya sepanjang kehidupan ini. InsyaAllah.



Kali ini FY ingin menjelaskan kenapa menghadiri seminar, kursus dan segala macam pengisian walau apa juga bidang itu penting.

Sebenarnya antara tujuan FY menjalankan seminar saham Super Investor ialah ;

  • Bagi menyampai input saham, satu bidang yang begitu asing bagi orang kita sedangkan ia merupakan tempat yang utama bagi meningkatkan ekonomi.
  • Setiap yang kita lakukan perlukan ilmu, Dalam hal ini tanpa ilmu saham maka kemungkinan untuk kita mengalami kerugian amatlah tinggi. Seminar ini akan menjelaskan akan risiko yang terlibat dan bagaimana caranya untuk mengurangkan risiko tersebut dalam pelaburan saham.
  • Dalam pelaburan saham sebenarnya ada banyak pendekatan, lorong dan kaedah untuk menjana keuntungan. Pendekatan-pendekatan ini akan FY jelaskan dalam seminar itu nanti.
  • Dalam seminar itu juga kita akan dapat berkenalan dan meluaskan jaringan perniagaan. Ia pastinya bermanfaat nanti.

Lagipun FY rasa ia merupakan amanah dan tanggungjawab Allah pada FY dengan ilmu dan pengetahuan ini untuk dikongsikan dengan anda semua. Takut pulak ditanya kelak kalau ia tidak disampaikan...

Seperkara lagi FY tak tahu apakah aras risiko yang boleh seseorang itu tanggung. Rendah, Sederhana atau Tinggi. Adakah anda seorang yang berani mengambil risiko seakan seorang mat rempit yang berlumba melawan arus atau adakah anda seorang yang takut mengambil sebarang risiko.

Kemudian FY juga tak tahu akan kedalaman poket anda, samaada anda boleh average down kalau harga saham jatuh mengurangkan purata harga belian anda dan sebagainya.

Seterusnya FY juga tak tahu apakah time horizon pelaburan anda. Adakah ia jangkamasa pendek atau panjang dan sebagainya.

Jadi seminar ini akan membantu anda mengenali diri anda sendiri. Dari situ secara tak langsung anda akan dapat buat strategi dan matlamat pelaburan anda dan yang pastinya anda keluar dari seminar sebagai seorang yang tahu sedikit sebanyak akan kaedah dan teknik pelaburan yang sesuai dengan diri anda.

Pada masa yang sama anda juga boleh jadi jurucakap untuk menyampaikan ilmu saham ini kepada orang-orang di sekeliling anda. InsyaAllah ia bakal membawa kebaikan yang banyak.

Sekian dahulu.

InsyaAllah, kita jumpa di Seminar Saham Super Investor nanti!

FY
012 654 0130

  
PS – SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR akan dijalankan pada hari Sabtu 16 hb Jun 2012 di Hotel De Palma, Shah Alam. Kepada yang berminat layari laman web berikut –




Monday, June 4, 2012

Cara Memohon IPO Awam / Felda Global Ventures Berhad melalui Maybank 2U.com


Salam ceria!

Di sini FY kongsikan cara bagaimana para pelabur memohon IPO Awam melalui online.

IPO Felda Global Venture Berhad ini sedang dibuka untuk langganan melalui Maybank2u. Anda boleh memohon untuk saham Tawaran Permulaan (IPO) Awam dan menyemak status permohonan anda dengan mudah dalam talian, di mana-mana jua anda berada.

Bil Terbitan Saham : 528
Nama Saham: Felda Global Ventures Holdings Berhad
Tarikh: 31 Mei 2012
Masa dibuka: 10:00 a.m
Tarikh Tutup: 12 Jun 2012
Masa ditutup : 5:00 petang hari
Harga Seunit : RM4.55

Nota: IPO hanya tersedia untuk langganan Internet disenaraikan di Maybank2u. Anda juga boleh memohon untuk saham pada ATM Maybank atau menyerahkan borang bercetak.

Ikuti langkah-langkah ini untuk melanggan :

Nota : Sebelum itu anda kena pastikan anda punya dana yang mencukupi kerana duit anda akan didebit keluar terus tanpa memerlukan permohonan “tag number”.

1. Login to Maybank2u and choose "Investment".
2. Next, select "eShare". This shows you the IPO (Initial Public Offering) list.
3. Select the IPO that you want and click "Apply".
4. Read the Terms and Conditions of the Application and Declaration eShare. You are advised to read and understand the prospectus and Important Notices BEFORE proceeding.
5. Select "I agree" to accept the terms and conditions of the Declaration.
6. Fill in the application form.
Disini anda perlu masukkan bangsa, jumlah saham yang ingin anda pohon beserta no akaun CDS anda. Bagi mereka yang belum punya akaun CDS, Hubungi FY!
7. Confirm your details and submit your application.
8. Print the transaction receipt for your reference.

Tahniah! Anda telah berjaya memohon saham IPO Awam melalui permohonan online.

Saranan FY belilah masa dekat dengan tarikh tutup IPO tersebut kerana taklah duit anda tersangkut lama nanti. Sebagai contoh untuk IPO Felda ini ;

Tarikh tutup        : 12 Jun 2012
Tarikh undian      : 15 Jun 2012

Maka bagi Maybank2U seandainya anda tidak berjaya maka duit anda akan dipulangkan lebih kurang pada 17 Jun 2012 nanti. Dalam ertikata lain sekiranya anda memohon pada 12 Jun duit anda cuma tersangkut selama 5 hari.

Bagi mereka yang mahu memohon 10,000 unit saham, FY sarankan anda memohon 11,000 unit saham kerana kebarangkalian untuk berjaya mendapatkan saham tersebut adalah lebih tinggi memandangkan ia bakal berada dalam bracket yang lain.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia sangat baik untuk beginner dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila layari ;





Saturday, June 2, 2012

NILAI SASARAN FGV PADA RM5.50-RM6.00


Salam Sejahtera semua...

Para penganalisis dihubungi meletakkan nilai sasaran FGV adalah diantara RM5.50 dan RM6.00. Tarikh sasaran penyenaraian saham FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia ialah 28 Jun 2012. Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan, ketika dihubungi semalam, mengunjurkan nilai sasaran saham FGV RM5.50 sesaham berdasarkan PE 18 kali bagi tahun kewangan semasa.

"FGV adalah sebuah syarikat perladangan besar yang beroperasi 343.521 hektar ladang kelapa sawit di Malaysia dengan kapasiti pengeluaran 5.2 juta tan metrik buah kelapa sawit."

Ia juga pada masa ini pada jejak pengembangan, memperolehi ladang baru dan mengembangkan aktiviti hiliran. Langkah-langkah ini akan menarik minat pelabur dan membantu menyokong kestabilan harga saham, " katanya.

Ketua Penyelidikan Interpacific, Pong Teng Siew, mengunjurkan nilai sasaran RM5.80 sesaham bagi FGV dalam bulan pertama penyenaraian. Beliau berkata penilaian, antara lain, berdasarkan potensi pengembangan geografi syarikat dan pengurangan kos apabila tumpuan utama dilatih perniagaan di pasaran antarabangsa."

Manfaat yang diperoleh daripada kerjasama dengan pelabur asing juga akan memainkan peranan penting bukan sahaja berkenaan skala ekonomi tetapi juga meningkat daya saing serta membuka ruang untuk pengembangan perniagaan, tambah beliau.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Maybank Investment Bank, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata nilai sasaran saham FGV boleh mencecah RM6.00 jika tiada apa-apa luar dari yang biasa berlaku. "Kita telah melihat prestasi Gas Malaysia apabila IPO telah terlebih langganan beberapa kali walaupun pasaran adalah tidak menentu pada masa ini."

FGV dijangka menunjukkan prestasi yang serupa kerana ia mempunyai kualiti yang sama dari segi kekuatan kewangan, pembayaran dividen, dan penglibatan dalam sektor perniagaan yang betul," katanya.

Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Md Hasrin Md Hassim juga meletakkan nilai sasaran saham FGV pada RM6.00 sesaham.

Remisier
012 654 0130


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO AWAM DAN IPO MITI. Ia akan dijalankan pada 16 hb Jun nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –