Saturday, April 16, 2016

GROUP WHATSAPP NEWBIE INVESTORS FY PERCUMA

Catatan FY 16042016

GROUP WHATSAPP NEWBIE INVESTORS FY PERCUMA

Ramai yang melabur saham tapi ke laut kerana ;

1. Anda boleh buka sebanyak mana pun di 30 buah broker. Yang penting remisiernya. Kalau remisier tak bantu ke laut nanti client betul tak?
2. Buka online trading nak murah brokerage tak tahu melabur, main tembak jer, ke laut jugak ye tak?
3. Beli sendiri ikut tip, ikut forum, ikut orang ke laut jugak ye tak?
4. Ingat nak jadi trader, beli saham, saham jatuh simpan tukar jadi long term investor sbb sebenarnya tak tahu diri investor atau trader. Ke laut jugak kan?
5. Beli IPO masa untung tak jual, saham makin lama makin lama makin merudum. Ke laut jugak kan?
6. Guna khidmat remisier, remisier tu tak ada ofis bila call atau bila tanya tip, dia tanya pulak kita balik tip apa bagus. Tak ke laut dibuatnya?

Dan banyak sebab lagi..

Sebab itulah group ini ditubuhkan. Untuk sedikit sebanyak membantu agar anda terus berada di daratan. Kalau anda memang dah untung melabur saham takkanlah nak join group FY ni kan? hawhawhaw...

Group FY di WhatsApp ini terbahagi kepada 4 kelompok utama ;

1. Group untuk Investors mahupun Trader Newbie yang terbuka kepada para pelabur bukan pelabur yang punya akaun cds dengan FY di Kenanga. Di sini 1001 satu soalan saham terbuka untuk ditanya.

2. Group untuk SuperInvestors. Ini khas buat ahli yang dah punya akaun CDS dengan FY dan lebih suka melabur sebagai Investors dalam saham-saham yang kukuh dan berpotensi.

3. Group untuk SuperTraders. Ini pula khas untuk ahli yang sudah pernah menghadiri Kelas Personal Coaching yang FY jalankan. Ahli di sini lebih independant dan boleh membuat keputusan pembelian dan penjualan saham sendiri dan tahu akan risiko yang mereka ambil.

4. Group Elit. Yang ini pula terbuka hanya kepada high networth clients yang melabur dalam Private Placements sebanyak RM250k satu blok.
Ia terbuka kepada semua pelabur saham tak kira akaun saham anda dimana dan ia percuma! Semoga ia akan membantu anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih yakin!

Jangan risau bermula dari group pertama pihak kami tahu bagaimana untuk membantu anda sampai ke Group Elit. Namun ia perlukan langkah pertama iaitu untuk menghubungi FY untuk masuk sebagai ahli dalam group pertama itu tadi.

Hubungi FY 0166667430 atau Ramzie 0173730513 andai anda berminat untuk menyertainya jangan lupa bagi NAMA anda. Oleh sebab waiting list panjang jadi bersabar yer. Pelan-pelan kami akan masukkan anda ke dalam group tersebut!

Like dan share kalau anda mahu kawan-kawan anda yang lain untuk menyertainya.

Sekian 

FY


Thursday, April 14, 2016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Catatan FY 14042016

BEZA CDS KONVENSIONAL DAN CDS ISLAMIK

Tadi ada pelabur minta FY jelaskan tentang tajuk di atas ini. Jadi seperti yang FY janjikan ini catatannya.

CDS Konvensional -
1. Boleh beli apa juga saham dan Instrumen dalam Bursa Malaysia!baik berstatus syariah mahupun tidak.
2. Kalau ada deposit yang tersimpan dalam trading ac pelabur akan mendapat faedah.

CDS Islamik -
1. Program hanya membenarkan pembelian saham dan instrumen syariah sahaja dan secara automatik order saham konvensional ditolak.
2. Kalau ada deposit dalam akaun trust pelabur akan mendapat dividen dari sumber yang syariah.

Setakat ini terdapat 922 saham induk yang keseluruhannya tersenarai dalam Bursa Malaysia dan daripada jumlah itu 674 adalah berstatus syariah.

Status syariah ini pula dikemaskini oleh komiti syariah SC pada penghujung bulan Mei dan November.

Selalunya andaikata sesuatu saham yang anda beli itu pada mulanya berstatus syariah tapi kemudiannya bertukar status konvensional bila ia dikemaskini maka pihak broker akan menyarankan anda menjualnya atau memindahlannya ke akaun konvensional kalau ada.

Sekiranya begitu anda perlu ada dua CDS iaitu satu islamik dan satu lagi konvensional. Oleh sebab anda tak boleh buka dua CDS dalam satu broker maka satu CDS nama personal dan satu lagi nominee. Terpulanglah kepada anda untuk buka akaun CDS Islamik personal dengan akaun CDS konvensional nominee atau sebaliknya.

Bukan semua broker ada CDS Islamik ini, antara broker yang menawarkannya ialah Kenanga, BIMB dan Maybank Investment Bank Bhd.

Masalah yang timbul ialah bila anda membeli saham saham IPO. Saham IPO berstatus syariah boleh didepositkan kedua dua CDS Islamik mahupun tidak namun demikian saham konvensional tak boleh masuk dalam akaun cds Islamk. Saham IPO juga tak boleh masuk dalam mana mana akaun CDS Nominee baik Islamik mahupun tidak.

Harapan FY catatan ini menjawab soalan pelabur yang bertanya itu.

FY rasa FY kena buat rancangan TV lah untuk menceritakan semua hal yang perlu pelabur tahu mengenai pelaburan di Bursa Malaysia. Setuju tak? Biar satu Malaya tahu. Kalau anda ada kenal penerbit TV bgtahu FY. Nanti akan FY usahakan.

Dah baca? Dapat manfaat? Apa lagi like dan sharelah tanda sokongan. Penat jari jemari halus mulus FY ini menari nari menulis catatan ini. Hawhawhaw...

Nak belajar saham dengan FY? Call Personal Assistant FY En Ramzi 0173730513 untuk mengetahui kelas dan seminar FY yang terdekat atau


Sekian dulu.

FY

Tuesday, April 12, 2016

SEMUA PLATFORM ONLINE TRADING SAMA KER?



Catatan FY 12042016 
PLATFORM ONLINE TRADING SAMA KE? 

Ramai pelabur yang menyangka platform online iaitu tempat dimana urusniaga saham dijalankan sama sahaja antara satu broker kepada satu broker yang lain. 

Sebenarnya platform online ini memainkan peranan yang penting baik kepada trader mahupun investor. Lagi komprehensif platform online kita maka lagi mudahlah kita buat analisa pelaburan sebelum mengambil sesuatu tindakan pelaburan. Dalam hal ini bila dibuat perbandingan dengan platform online broker yang lain, FY dapati Kenanga mempunyai platform yang terbaik. 

Rasanya tak perlulah FY jelaskan apa yang tiada dalam platform yang lain itu tapi biarlah FY huraikan apa kelebihan platform Kenanga yang bernama Kentrade; 

Antara ciri-cirinya; 
1. General Info 
2. Pengiraan brokerage 
3. Latest News dan Announcement 
4. Status syariah
5. Portfolio Status 
6. Trading Status 
7. Favorite list 
8. Boleh memilih pelbagai variables yang kita suka bersesuaian dengan strategi pelaburan kita. 
9. Dan macam macam lagi 

UNTUK FA 
1. Financial reporting yang terkini hingga 5 tahun sebelumnya 
2. Perbandingan Industri 
3. Ratio-Ratio 
4. Aktiviti syarikat 
5. Senarai 30 pemegang saham terbesar 6. Kenanga research paper 
7. dan macam macam lagi 

UNTUK TA 
1. Carta dengan pelbagai indikator 
2. Carta interaktif yang mesra pengguna 3. Carta bulanan hingga ke carta 5 minit untuk trader 
4. Carta real time 
5. Dan macam macam lagi 

Sebenarnya dengan adanya Kentrade kita boleh buat analisa saham dalam satu jangkamasa yang pendek. Dalam satu minit dah boleh siap analisa! Boleh dikatakan semua maklumat ada di situ. 



Kalau anda tak tahu indikator atau elemen mana yang penting / kuat untuk kita lihat dan apakah impaknya kepada harga saham, maka di sinilah FY boleh membantu. Anda boleh sesat kalau anda tak faham FY lah yang bakal menjadi penyuluhnya. Biar FY tunjukkan apa yang perlu anda ketahui dan elemen manakah yang paling penting untuk dititikberatkan demi menjana keuntungan di Bursa Malaysia. 

Sekiranya anda ingin mencuba kelebihan Kentrade yang FY katakan ini, anda boleh menggunakannya secara percuma selama 90 hari dengan mendaftar di; www.kentrade.com.my 

Apapun kalau anda ingin belajar melabur saham dengan FY anda cuma perlu simpan no hp ini 0173730513 En Ramzi. Tanya dia bila kelas FY yang terdekat. 

FY harap anda boleh like dan share di FB kalau anda merasakan yang catatan ini bermanfaat. Kalau anda ada cadangan akan apa yang ingin FY tulis mengenai pelaburan saham tulis di ruang komen okay! Thanksss!!! 

Nak ebook saham free? 
Download di; www.faizalyusup.my 

Seminar basic FY di KL pada 30 April 2016 
Seminar advance di KK pada 14 dan 15 Mei 2016 

Itu sahaja buat kali ini. 

Terima kasih sudi membaca! 
FY 


DUIT BUAT DUIT

Catatan FY 10042016
CATATAN INI BOLEH BAWA DUIT

Kita baca banyak kisah dalam fesbuk ini. Kisah gosip artis, Kisah perkembangan politik, kisah isu semasa dalam dan luar negara yang sensasi, kisah ekonomi, kisah perniagaan, kisah hobi, kisah ugama, kisah motivasi dan banyak lagi.

Persoalannya apakah objektifnya? Keperluan akal fikiran kepada mereka yang sukakan fakta.  Keperluan nafsu?  Keperluan rohani bagi mempertingkatkan keimanan? Apapun juga keperluannya catatan-catatan FY ini adalah untuk meningkatkan pendapatan anda melalui pelaburan. Pendapatan pasif dengan menggunakan duit untuk buat duit. Tak perlu guna tenaga untuk buat duit dalam hal ini.

Takut dan tak faham mengenai pelaburan saham di Bursa Malaysia? Pelaburan yang dilulus dan diiktiraf kerajaan. Pelaburan Skim Cepat Kayap kita berani pulak.

Apa yang diperlukan?

1. Duit buka akaun saham bernama CDS RM10.60
2. Modal pelaburan
3. Ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan jangan risau. FY boleh bantu anda dari mula. Dari titik 0.

Itu sahaja. Anda sudah bersedia untuk memulakan langkah menjadi seperti para jutawan di di Malaysia mahupun di seluruh dunia yang kaya raya dengan pegangan saham.

Kalau tak berani untuk terus terjun dalam pasaran saham kita mulakan dengan pelaburan IPO yakni membeli saham-saham yang akan tersenarai di Bursa Malaysia. Risikonya lebih rendah tapi pulangannya tinggi. Ia seumpama membeli produk di gudang dan menjualnya kepada orang awam untuk mendapatkan keuntungan tersebut.

Kalau dah berani nanti barulah kita terjun dalam pasaran terbuka yang memerlukan lebih  banyak ilmu bagi menjana keuntungan darinya. Inipun FY boleh bantu bagi garispanduannya.

Personal Coaching yang FY jalankan umpama jurulatih penerjun payung terjun yang akan terhun bersama sambil memberi garispanduan apa yang mesti dan apa yang perlu anda elakkan. Percayalah lambat laun anda mampu terjun sendirian siap dengan pelbagai aksi dan pendekatan.

Jangan risau jurulatih anda ini berpengalaman lebih 20 tahun, berlesen, bertauliah dan berkelayakan melabur dalam Bursa Malaysia ini. Anda di tangan yang selamat.

Apapun tak ada apapun yang akan terjadi andai anda tidak mengambil langkah pertama itu.

Hubungi staff FY En Yasin 0193346570 untuk buka akaun CDS dengan yuran RM10.60 itu.

@

Download ebook percuma setebal 134 ms bernilai RM100 itu percuma di www.faizalyusup.my untuk mendapatkan overview pelaburan saham ini.

Kerja penat. Melabur tak penat!

Like dan share kalau anda rasakan catatan catatan FY ini bermanfaat okay! Terima kasih. Anda memang best!



Friday, April 8, 2016

KEPUTUSAN UNDIAN IPO PECCA

Assalamualaikum...

Keputusan undian IPO PECCA telah keluar. IPO ini oversubscribed sebanyak 13.11 kali. Anda boleh melihat keputusannya dalam Online Banking masing-masing. Kepada yang memohon menggunakan ATM dan borang, Notis akan dihantar pada atau sebelum 18 April 2016 dan IPO ini akan di senaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 19 April 2016.

Harga sasarannya ialah seperti berikut ;

HLIB @1.88 
JF Apex @ 1.70
Mercury @1.70
Interpac @ 1.69
TA @1.60
Alliance @ 1.53

Berikut adalah carta peruntukkan untuk pelabur Bumiputera ;


Kepada yang tak tahu dan tak faham akan semua ini FY cadangkan datanglah ke seminar saham Super Investors yang FY jalankan dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my untuk keterangan lanjut.

Sebenarnya pelaburan saham IPO ini adalah cara yang mudah, selamat dan berisiko rendah namun demikian menyajikan keuntungan yang tinggi bila ia disenaraikan kelak. 

Download Ebook Investlah percuma di www.faizalyusup.my sekiranya anda ingin belajar mengenainya.

Sekian dulu,

FY
0166667430

Thursday, April 7, 2016

SEMINAR MAHAL? BERBALOI KE?

Catatan FY 06042016

SEMINAR BERIBU RINGGIT?

Orang kita ni memang kaya, mencari ilmu sanggup bayar seminar beribu ringgit. Seminar saham, seminar forex juga ada yang mengenakan yuran sebegitu tinggi. Dalam minggu lepas ni FY jumpa dua orang mengadu yang dia pergi seminar saham dan bayar RM15,000.00 tapi balik masih blur.

RM15,000 boleh ambik kursus diploma. 
RM15,000 boleh buat duit hantaran. 
RM15,000 boleh buat down payment sebijik rumah!
RM15,000 boleh buat pergi haji. 
RM15000 boleh beli saham berpotensi dan untung darinya.
RM15,000 boleh beli hand bag Chanel sebijik.
RM15,000 boleh buat downpayment kereta.
RM15,000 boleh datang seminar saham FY berkali-kali... hawhawhaw...

Kemudian katanya pembelajaran tidak dimulakan dari basic dan terus sahaja ke tahap advance menyebabkan dia langsung tak faham. Entahlah.

Apapun andai anda juga mengalami pengalaman begini solusi FY ialah jemputlah datang ke program anjuran FY dan biarlah FY susunatur kembali jigzaw puzzle ilmu pelaburan saham yang bersepah dalam minda anda itu dalam bentuk yang tersusun dan sistematik dari mula. Learn Unlearn dan Relearn kembali.
Semua pelajaran dalam kehidupan ini bermula dari titik 0 level basic ke level intermediate dan advance. FY seorang penulis buku jadi menyusun bab adalah satu perkara yang mudah bagi FY. Basic ini amat penting kerana kita takkan boleh dapat ijazah kalau kita gagal darjah 1. Kalau tak boleh membaca dan mengira bagaimana kita nak ambil ijazah ye tak? Itulah analoginya.
Mencampurkan pengisian advance, basic dan intermediate dalam satu seminar akan hanya mengeliru dan memeningkan kepala peserta sebenarnya. Ia mesti disusun menaik. Kepada yang belum pergi dan berhasrat masuk seminar ribu riban ini saranan FY tak payahlah pergi. Buang duit jer. Nanti anda juga akan mengadu kepada FY akan perkara yang sama. Terus terang supply and demand dalam ekonomi akan mencari equilibrium price untuk harga seminar saham ini. Lambat laun yang mahal akan turun juga harganya bila pembeli mengetahui dan memahami. Dan yang murah mungkin akan naik mencari harga yang paling sesuai dan berpatutan. Jangan risau FY tak kenakan yuran sebanyak itu. InsyaAllah berpatutan dengan begitu banyak ilmu pelaburan yang bakal disampaikan. Tapi kalau berpuas hati dan nak bayar FY RM15000 jugak FY terima jer. Hawhawhaw... Cukuplah dengan skim cepat kayap yang telah menyontot ramai orang kita. Oklah. Kalau anda suka catatan ini jangan lupa like dan share semoga ramai dapat diselamatkan dari membazir duit sebegini. Duit susah nak cari tapi kita buang aje begitu. Jadikan FY see first dalam FB kalau anda ingin mendapatkan catatan-catatan begini segera selepas FY post dalam FB nanti. Sekian dulu.
FY 



MEMOIR FY - APA ADA DENGAN PROGRAM ZERO TO HERO FY?

APA ADA DENGAN PROGRAM ZERO TO HERO FY?

Baru-baru ini FY telah mulakan program Zero to Hero pelaburan saham atas beberapa sebab ;

1. Ada pelabur yang melabur secara terus buka akaun dan terus terjun membeli saham ikut tip ikut rasa hati. Belajar kemudian katanya. End up rugi.
2. Ada pelabur yang belajar hanya dari pembacaan buku, baca suratkhabar, mr google dan youtube melabur saham. End up entah kemana.
3. Ada pelabur yang belajar Technical Analysia untuk jadi trader di Bursa Malaysia tapi bermasalah jugak.
4. Ada pelabur yang hanya melabur dalam primary mkt atau IPO dan tak berani untuk masuk dalam pasaran Bursa Malaysia.
5. Ada pula yang menjadi pelabur long term yang mengikut pembelian EPF, Tabung Haji dan sebagainya.
6. Ada juga yang ikut Financial Reporting syarikat dan cuba buat duit dari news yang bakal keluar.
7. Ada yang belajar jadi scalpers tapi tak punya masa penuh untuk memantau pasaran.
8. Ada yang belajar pergi seminar dan belajar ilmu yang bercampur campur yang akhirnya menjadikan dirinya keliru. 9. dan bermacam lagi kisah kemasukan ke dalam pasaran saham berdasarkan kedudukan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka itu.

Tengoklah dengan siapa anda dijodohkan Allah. Kalau dijodohkan dengan pakar teknikal, maka teknikallah jadinya, kalau dijodohkan dengan long term investors, long termlah jadinya. Jadi anda yang mana satu? Anda pun tak tahu?

Inilah sebabnya FY mulakan program 2 hari Zero to Hero dalam pasaran saham. Di sini anda boleh samaada Unlearn balik ilmu yang salah dan Relearn ilmu betul dan tersusun dalam Bursa Malaysia ini.

Oleh sebab ia bermula dari zero bagaimana syarikat pergi listing, bagaimana mamohon IPO ini, hinggalah pemilihan saham yang berpotensi dangan modal yang kita ada serta timing yang tepat membeli dan menjual saham tersebut untuk menjana keuntungan jadi anda boleh fill the gap atau isi ilmu mana yang belum lengkap dalam diri anda.

Anda boleh tambah ilmu yang belum ada, tapis dan perhalusi ilmu yang ada, tolak apa yang anda rasakan salah dalam program Zero to Hero ini. InsyaAllah anda akan jadi pelabur yang well informed, yakin kerana punya ilmu yang memadai untuk menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia.

Program Zero to Hero ini akan ke Kota Kinabalu pada 14 dan 15 Mei 2016. Berminat hubungi Puan Azila 0166641755 untuk mendaftar.

Andai catatan ini bermanfaat like dan share yer. Bantu FY untuk membantu semua pelabur di luar sana dari kesilapan dan kerugian oleh kerana kurangnya ilmu pelaburan ini.

Oh ya, anda boleh download ebook Investlah 134 ms karya FY secara percuma di www.faizalyusup.my. Downloadlah!

Sekian buat kali ini.

FY

Friday, April 1, 2016

RESEPI RAHSIA MELABUR SAHAM

Catatan FY 02042016

RESEPI RAHSIA MELABUR SAHAM  



Kali ini catatan FY adalah berkenaan Learning Curve. Sebenarnya dalam apa juga yang kita lakukan untuk menjadi pakar ia mengambil masa yang lama. Banyak yang perlu kita pelajari. Jatuh bangun perkara biasa. Melakukan kesilapan dalam perhitungan juga adalah satu hakikat yang tak boleh kita elakkan. Namun apa yang penting ialah kita mengakui kesilapan dan elakkan kesilapan itu berulang atau kita cuba pula pendekatan yang lain. Bila jatuh kita bangkit. Ini sikap orang berjaya. Bukan bila jatuh kita berputus asa dan mengalah. Sebenarnya tiada perkataan putus asa dalam Islam. 

Perjalanan FY dalam bidang saham ini juga serupa. Jatuh bangun dan kerugian ratusan ribu ringgit boleh sahaja membuat kita berputus asa dan ramai rakan-rakan FY yang sudah meninggalkan industri ini tapi FY masih di sini. Masih berjuang dan Alhamdulillah berada dalam keadaan yang baik dewasa ini. Alhamdulillah FY memenangi anugerah Top Performer Di Kenanga Investment Bank Berhad untuk dua tahun berturut-turut bagi tahun 2014 dan 2015 sebagai bukti penat lelah perjuangan ini. Seorang berkulit sawo matang di kalangan si kuning langsat yang ramai itu pastinya satu pencapaian yang besar. Ini industri mereka sejak sekian lama tapi ia tak bermakna kita tak boleh bersaing! 

Apapun Warren Buffett pelabur terkaya di dunia mengambil masa 20 tahun untuk memperbaiki dan mencari resepi terbaik pelaburannya. FY yakin dia juga banyak melakukan kesilapan di awal penglibatannya dalam industri ini. FY juga begitu melakukan kesilapan demi kesilapan dan Alhamdulillah sekarang FY lebih matang dan resepi pelaburan FY juga jauh lebih baik dan memadai untuk membantu pelabur menjana keuntungan dalam primary mahupun secondary market. Ia juga mengambil masa kurang lebih 20 tahun. Satu jangkamasa yang lama. Atas sebab inilah FY berani keluar di khalayak umum untuk berkongsi resepi ini bagi membantu para pelabur memahami pasaran dengan lebih baik. 

Tak kiralah anda doktor, engineer, lawyer, manager, eksekutif, pemandu lori, kerani, surirumah atau siapapun juga FY boleh berkongsi resepi pelaburan ini kepada anda. InsyaAllah ia akan membantu anda melakukan keputusan pelaburan yang tepat dan menguntungkan. Tapi harus diingat tiada kaedah holy grail yang menjanjikan 100% keuntungan melabur dalam mana-mana instrumen sekalipun. 

Apa yang penting ialah kita dapat mengurangkan kebarangkalian kerugian dan meningkatkan kebarangkalian keuntungan dari strategi yang digunapakai itu. Inilah sebabnya dewasa ini anda dapat melihat peserta seminar mahupun personal coaching FY yang begitu berpuas hati setiap kali mendapat resepi pelaburan yang FY kongsikan itu. 

Jadi, kalau anda telah puas mencari rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia dan masih menemui jalan buntu walaupun setelah menelaah 1001 buku mahupun pergi ke 1001 seminar saham, jemputlah datang ke kelas FY. Beri FY peluang untuk kongsikan resepi yang FY perkatakan ini, resepi yang FY temui dan pelajari setelah melalui learning curve yang panjang itu. 

Begitupun perjalanan pencarian ilmu masih jauh, berterusan dan tak akan berhenti selagi hayat dikandung badan demi pembangunan ekonomi ummah. FY akan pergi satu hari nanti tapi FY harap ilmu yang FY kongsikan ini akan menjadi batu asas untuk generasi baru perkembangkannya lagi bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. InsyaAllah. 

Kalau anda rasakan catatan FY ini bermanfaat like dan sharelah sebagai pembakar semangat untuk FY meneruskan usaha ini. Anda memang cool dan FY sayang anda semua! 

Sekiranya anda ingin belajar dari FY hubungi Ramzie 0173730513 sebab dia yang jaga schedule FY. 

Sekian buat kali ini. 

FY
www.faizalyusup.net
www.seminarsaham.com.my