Thursday, April 25, 2013

LAST CALL KE SEMINAR SUPER INVESTOR BERSAMA FAIZAL YUSUP

Assalamualaikum semua. 
Semoga ceria dan sejahtera selalu hendaknya.


Ini adalah last call jemputan ke Seminar Saham Super Investor bersama FY besok Sabtu 27 April 2013 bermula jam 8:30 pagi hingga jam 5:00 petang di Conference Hall, Tingkat 1, Bangunan Lembaga Getah Asli berdepan KLCC.

Sedikit info mengenai seminar ini...

Seminar ini sesuai untuk pelabur baru juga pelabur yang telah berpengalaman dalam pasaran tetapi masih menghadapi masalah menjana keuntungan dalam pasaran saham. InsyaAllah FY akan mulakan seminar dari pengisian yang paling asas.

Seminar ini bakal ;
  • Memperkenalkan pasaran saham sebagai salah satu alternatif meningkatkan ekonomi keluarga.
  • Perkongsian mengenai rahsia menjana keuntungan melalui kaedah Analisa Fundamental, Financial dan Technical.
  • Perkongsian Analisa Teknikal akan dijalankan oleh Saudara Zuhri Zain yang memiliki kelayakan MSTA dari United Kingdom.
  • Perkongsian mengenai zon-zon saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui permohonan IPO Awam, IPO MITI serta Private Placement.
  • Perkongsian tentang sistem signal berkesan pelaburan saham di Bursa Malaysia.
  • Perkongsian sistem network, jaringan perkongsian maklumat di media sosial, WhatsApp dan lain-lain.
  • Perkongsian Kaedah CSI pergerakan saham,
  • Perkongsian rahsia menjana keuntungan melalui pasaran sedia.
  • Seminar ini menjawab pelbagai persoalan yang bermain di minda anda.
  • Dan banyak lagi.
Selain itu anda juga akan menerima ;
 
- Akaun CDS dan Trading boleh dibuka secara percuma bagi setiap peserta. Anda hanya perlu membawa 5 salinan photocopy IC serta 2 salinan muka depan buku / penyata bank.
- Khidmat nasihat saham oleh sifu-sifu saham yang berpengalaman.
- Percuma Sistem Signal Trading Made Easy berharga RM230.00 selama sebulan.
- Program Kit yang informatif.
- Perkongsian maklumat dan info saham yang berterusan melalui blog, emel, SMS, FB, Twitter, WhatsApp dan lain-lain.
- Kami juga boleh membantu dalam portfolio management transaksi saham-saham anda.

InsyaAllah besok ada beberapa rahsia baru menjana keuntungan di Bursa Malaysia yang bakal FY bongkarkan...

Apa tunggu lagi?

Inilah seminar yang paling menguntungkan hanya dengan pelaburan sebanyak RM350.00 sahaja.

Bak kata pujangga Inggeris - 

"WHEN OPPORTUNITY KNOCKS DON'T KNOCK THE OPPORTUNITY AWAY".

FY bukan ALONG, FY cuma nak TOLONG...

Layari - 


untuk mendaftar dan dapatkan semua ini.

atau

Datang terus dan buat pembayaran di kaunter urusetia besok.

InsyaAllah. Kita jumpa di sana yer.

Sekian. Wassalam.

FY
016 666 7430 
 

Monday, April 22, 2013

KEPUTUSAN PERMOHONAN MATRIX CONCEPT DAN LEON FUAT DI MITI

  1. MATRIX CONCEPTS HOLDINGS BERHAD
  • Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukkan saham bagi syarikat Matrix Concepts Holdings Berhad boleh disemak bermula 22/04/2013 dari jam 11.00 pagi - 5.00 petang di talian seperti berikut:
    • 03-8880 5025/5063/5185/5180/5081/5042
  • Surat peruntukkan boleh diambil di MITI Putrajaya pada 22/04/2013 bermula jam 2.00 petang sehingga 23/04/2013 jam 4.00 petang.
  • Surat peruntukkan yang tidak diambil, akan dihantar melalui pos.

  1. LEON FUAT BERHAD
  • Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukkan saham bagi syarikat Leon Fuat Berhad boleh disemak bermula 24/04/2013 dari jam 10.00 pagi - 5.00 petang di talian seperti berikut:
    • 03-8880 5025/5063/5185/5180/5081/5042
  • Surat peruntukkan boleh diambil di MITI Putrajaya pada 24/04/2013 bermula jam 2.00 petang sehingga 25/04/2013 jam 4.00 petang.
  • Surat peruntukkan yang tidak diambil, akan dihantar melalui pos.

Monday, April 15, 2013

Perihal SPAC


KUALA LUMPUR/HONG KONG - Malaysia’s bull market is seeing a type of initial public offering, still fairly new to Asia, that takes a special kind of company public: one with no profits, revenues or assets.
Cliq Energy Bhd last week became the second such firm - known as a special purpose acquisition company (SPAC) - to list in Kuala Lumpur and three more are preparing IPOs.
The spurt comes after Malaysian equities rose for four straight years, including a banner year for IPOs in 2012, and as investors anticipate a jump in mergers and acquisitions in Southeast Asia.
But SPACs have historically been high-risk, high-reward investments.
Some U.S.-listed SPACs have performed well and built market value, while others have failed to make any acquisition and were forced to delist.
“If the historical experience in the U.S. is any indication, it should provide a warning sign that these investments may not turn out to be particularly good ones,” said Stefan Lewellen, a SPAC expert who authored a study on U.S. SPACs at Yale University.
Listings of SPACs are also known as blank check IPOs, because such companies raise money through the stock market without a single asset on their books.
SPACs are mere shell companies, with no business to speak of other than a plan to buy corporations that will be folded into the entity.
Investors in a SPAC typically buy a unit and receive a warrant, which trades separately and can only be exercised when the company completes a takeover.
Some investors prefer to take a position on a SPAC’s warrants, which are cheaper than units, but the holdings can turn into dust if no acquisitions are made.
Cliq Energy raised 120 million through its IPO to buy oil and natural gas assets in Asia Pacific.
While the funds raised surpassed the company’s minimum target by more than twofold, its units slumped 24 percent on its debut as investors sold off the unit to take a position in Cliq’s warrants.
The warrants have doubled in price since the IPO, underscoring the speculative nature of the investment.
Three more Malaysia-based SPACs - TerraGali Resources Bhd, Australaysia Resources and Minerals Bhd and Sona Petroleum Bhd - are slated to list in the coming weeks with a combined value of at least 300 million.
SPACs are relatively new to Asia, with South Korea the only other established market for such products.
"SPACs were popular in the U.S. and now are sort of dead,” said an equity capital markets banker in Hong Kong, who was not authorised to speak publicly on the matter.
“I’m very sceptical on SPACs. It’s risky, it’s illiquid. It’s a very difficult product to become mainstream.”
But not all shell companies are equal.
Southeast Asia’s first listed SPAC - Hibiscus Petroleum Bhd - has doubled since listing in Kuala Lumpur in July 2011.
Hibiscus is now an oil and gas exploration firm after making acquisitions in the Middle East and Norway.
- Reuters

KLCI ALL TIME HIGH 1700


Assalamualaikum...

FY agak sibuk sejak dua menjak ini memandangkan pasaran saham naik dan melepasi 1700 mata beberapa hari yang lalu. Tahap tertinggi yang pernah dicapai KLCI.

Benar FY pernah mengatakan yang pasaran saham akan jatuh menjelang pilihanraya dan benar ia jatuh sebanyak 53 mata semasa Parlimen dibubarkan tetapi ia melantun dan tutup positif pada hari tersebut. Ia sebenarnya sesuatu yang membingungkan banyak pihak.

Maka ada yang berkata ia bersifat artificial, ia disokong oleh pihak tertentu dan sebagainya.

Dari pandangan mereka yang pernah melalui kejatuhan pasaran dari 1300 mata hingga 1000 mata disebabkan oleh pilihanraya tahun 2008 yang seterusnya diterukkan oleh Isu Sub Prime di Amerikan hingga bursa Malaysia jatuh ke tahap 800 mata, mereka ini begitu skeptikal dan yakin yang pasaran saham akan jatuh teruk selepas pilihanraya nanti.

Biarpun FY juga pernah berada di situ pada tahun 2008 namun demikian FY merasakan sebaliknya. Kali ini keadaan tidaklah seteruk itu rasanya. Ia disebabkan beberapa faktor.

  • Pertamanya terdapat liquidity dalam pasaran.
  • Liquidity ini datangnya dari keyakinan pelabur asing dalam potensi syarikat-syarikat di Bursa Malaysia.
  • Liquidity ini mungkin disebabkan oleh stimulus Ekonomi yang mana duit dicop di Amerika dan Jepun sebagai satu langkah merancakkan ekonomi mereka.
  • Di Cyprus, deposit di Bank dikenakah cukai, jadi daripada menyimpan di bank adalah lebih baik membeli bon dan saham kukuh yang punya dividen. Paling tidakpun duit tidak menguncup.
  • Seterusnya Asia Pasifik adalah rantau yang paling berpotensi dan mengalami kenaikan purata ekonomi sebanyak 7.8%, kenaikan yang tertinggi kalau dibandingkan dengan rantau yang lain.
  • Kemudian Bursa Malaysia merupakan Bursa yang jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan Bursa-Bursa serantau. Jadi dewasa ini Bursa Malaysia sedang membuat apa yang dikatakan sebagai catch up.
  • Fund Managers dan Institusi pelaburan pula mempunyai reserve tunai yang besar kerana mereka telah menjual saham-saham jauh lebih awal dahulu.
  • Dan banyak faktor yang lain lagi.
Jadi, kepada pelabur di luar sana yang dijodohkan dengan tulisan FY ini saranan FY.

Trading saham jangkamasa pendek, saham-saham kukuh yang punya dividen. Saham-saham berjajaran kecil harus dielakkan. Ini kerana pada saat ini penyertaan pelabur runcit amat sedikit dalam pasaran jadi untuk menjana keutungan dari saham-saham ini amatlah sukar.

Apapun kita tunggu keputusan pilihanraya kerana setelah sentimen ini berakhir maka FY yakin pasaran saham akan terus mengukuh di masa-masa mendatang lebih-lebih lagi sekiranya BN menang. Andai PR yang menang maka mungkin akan ada knee jerk reaction hinggalah polisi kerajaan ditetapkan.

Bagaimanapun saban hari peluang tetap ada untuk kita menjana keuntungan di Pasaran Saham kalau kita tahu akan kuncinya. 

Kepada yang ingin meminta FY memberi garis panduan akan bagaimana untuk memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia. Sila hubungi FY di 012 654 0130 atau 016 666 7430. Portfolio pelaburan permulaan sebanyak RM30,000 sudah memadai untuk kita membeli saham-saham yang baik dan berpotensi untuk naik.

FY juga akan menjalankan Seminar Saham Super Investor pada 27 Mac ini dimana banyak input yang bakal dikongsikan. Layari - www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar. Percayalah ia pasti berbaloi.

Sekian dulu.

FY
0166667430



Sunday, April 7, 2013

TIP SAHAM HARIAN FY

Assalam...

Semenjak beberapa minggu lalu FY ada bagi stock highlights di Facebook antaranya... Naim, KSL, Huayang, Zelan, Pwroot, Ytlland, Amprop, Favco dan beberapa yang lain yang kebanyakannya menguntungkan... Favco contohnya naik dari RM1.60 hingga setinggi RM2.45.




Ini pula carta saham KSL yang FY bagi highlightsnya pada harga RM1.60.

Terima kasih Sifu Khalid Embong untuk carta ini.

Kalau anda nak tahu bagaimana FY membuat analisis tersebut datanglah ke seminar saham Super Investor. Layari www.seminarsaham.com.myuntuk mendaftar... Kalau nak FY handle portfolio saham anda bukalah akaun saham dengan FY!

Sekian dulu.

FY

Wednesday, April 3, 2013

IPO TERKINI DI MITI - SONA PETROLEUM BERHAD

IPO TERKINI DI MITI - SONA PETROLEUM BERHAD
 
Jumlah Saham Khas : 176,340,000 unit
Harga Par : RM 0.01 seunit
Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
Aktiviti Utama Syarikat : -
Sona Petroleum adalah sebuah syarikat
pemerolehan kegunaan khas (SPAC)
Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
Bank Penasihat :
- CIMB Investment Bank Berhad
- OSK Investment Bank Berhad
- RHB Investment Bank Berhad
Tarikh Tutup Penghantaran Borang 16 April 2013 (Selasa) jam 5.00 petang

FY

Monday, April 1, 2013

Gambar-gambar sekitar AGM Persatuan Remisier Bumiputera kali yang ke 18, 2013.

Gambar-gambar sekitar AGM Persatuan Remisier Bumiputera kali yang ke 18, Sabtu 30 March 2013.