Tuesday, July 15, 2014

Seminar Saham Murah - Menjadi Trader Berhemah

Assalamualaikum...

Perhatian kepada Trader dan Investor di Bursa Malaysia. Sekiranya anda ingin menajamkan kemahiran Trading Online anda, FY ingin menjemput anda ke Woksyop Trading Made Easy Sabtu ini.

TAJUK WOKSYOP;

Memaksimumkan penggunaan info online trading platform (BTX) dan jana keuntungan melaluinya.

Tarikh: 19/7/2014
Hari: Sabtu
Masa: 8.30-12.30

KEPERLUAN;

Laptop dan perisian platform online trading BTX

TEMPAT;

Thotbox Training Centre
No 212, Lobby 3,
Block A, Damansara Intan,
1 Jalan SS 20/27,
Petaling Jaya, Malaysia

HARGA PROMOSI : RM50.00 SAHAJA!

CARA MENDAFTAR ;

Deposit ke Akaun Maybank Advance Forward Training
5051 0340 5396
Dan hubungi Zuhri Zain 012 6290407 bagi mengesahkan pendaftaran anda.

Tempat terhad hanya kepada 30 orang terawal sahaja.

BIODATA SPEAKER ;

Sifu Nabil Fikri MSTA adalah Regional Technical Analyst untuk CIMB Research House. Satu satunya analyst berbangsa melayu di situ.

Sifu Zuhri Zain MSTA pula memegang rekod 90 trade tanpa kerugian. Ini FY sendiri yang sahkan. Jom belajar jadi trader super dengan mereka!

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Monday, July 7, 2014

BURSA MALAYSIA MENDEKATI 1900 MATA...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita bertemu lagi...

Pasaran saham Bursa Malaysia semalam ditutup pada paras yang tertingginya iaitu pada 1892.50 mata. InsyaAllah dengan momentum dan kecairan yang ada dalam pasaran ia akan memecah rekod 1900 mata tak lama lagi. Salah satu faktor penyebab kenaikan volume atau jumlah dagangan dewasa ini ialah kerana kehadiran ramai pelabur-pelabur runcit yang baru memandangkan terdapat banyak semianr-seminar saham yang muncul bagai cendawan dewasa ini. Mereka datang dengan pelbagai kaedah dan strategi pelaburan.

Sebenarnya pada paras ini agak sukar untuk mencari dan membeli saham-saham kerana harga dan nilainya yang agak tinggi. Jadi dari segi fundamentalnya saham yang masih ketinggalan di belakang serta saham-saham yang punya news yang baik yang mana news tersebut membawa kepada peningkatan perlolehan atau Revenue dan seterusnya kenaikan Pulangan atau Earnings akan menjadi pilihan. Saham SEACERA contohnya naik dari harga RM0.80 kepada RM1.18 baru-baru ini bilamana news mengenai pembabitannya dalam pembinaan menara Wawasan mula keluar di media massa. Ini contoh saham Fundamental yang mana sesuatu saham itu bergerak naik harganya bilamana ada news mengenainya yang kedengaran.

Pun begitu kali ini dalam artikel ini FY ingin bercerita tentang kaedah dan strategi pelabur-pelabur baru dalam pasaran. Ini adalah pandangan dari seorang pelabur yang sudah menceburkan diri lebih 20 tahun dalam pasaran dan telah menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pasaran dan InsyaAllah kaedah yang terbaik dan konsisten telahpun ditemui.

Bagi pelabur baru mereka selalu sahaja dimomokkan dengan kisah buat duit yang banyak dalam jangkamasa singkat tanpa modal mahupun dengan modal yang sedikit. Mereka mengatakan yang keuntungan boleh dijana setiap hari!

Mereka diajar untuk bermain kontra, mereka dididik untuk membeli waktu T+4 iaitu hari force selling, mereka disarankan untuk meningkatkan leverage dengan membeli saham-saham kecil dengan jumlah yang banyak dan pelbagai saranan lagi. Sesekali paparan keuntungan akan kelihatan.

Soalan FY di sini mudah sahaja. Adakah strategi ini boleh membawa keuntungan yang konsisten dan dalam jangkamasa panjang keuntungan yang berlipat kali ganda?

Tahu apa jawapannya?

TIDAK BOLEH!

Orang kita mudah terpedaya dengan dengan semua ini. Orang kita nak cepat kaya dalam jangka masa yang singkat.

Terus terang FY telah mencuba banyak pendekatan, cara, kaedah dan strategi pelaburan selama 20 tahun bergelumang dalam pasaran saham ini dan cara yang paling selamat ialah dengan strategi Value Investing sepertimana yang diajarkan oleh Warren Buffet, strategi yang digunakan oleh kebanyakan Fund Managers di seluruh dunia walau dalam Bursa Saham dimana sekalipun.

Di sini FY sertakan beberapa carta yang bersifat fakta untuk penilaian anda semua.


Kalau kita lihat di sini dalam carta ini jelas menunjukkan pelaburan dalam saham-saham smallcap bakal membawa pulangan yang labih baik kalau dibandingkan dengan pelaburan dalam saham-saham mewah, saham-saham blue chips  yang berjajaran tinggi. Pada FY sebagai pelabur runcit adalah lebih baik kita melabur dalam saham-saham smallcap begini dan biarkan pelaburan big ccap saham yang berjajaran tinggi kepada pihak institusi memandangakan mereka mempunyai modal yang banyak.  


Ini adalah carta peratusan kenaikan harga saham Blue Chips yang mana dalam 6 bulan berakhir Jun 2014 kenaikan tertinggi yang dicatat hanyalah pada 16.46 peratus sahaja melalui pelaburan saham DIGI.  


Ini pula ialah carta peratusan kenaikan harga saham Small Cap dengan kenaikan sehingga 285.37 peratus.

Biar FY buat analisis bagi mereka-mereka yang tidak tahu. 

Sebenarnya lebih dari 75% saham-saham berjajaran kecil ini ialah saham-saham yang punya Fundamental, punya news, punya peningkatan perolehan dan sebagainya. SILK Holdings contohnya mula memasuki industri Oil n Gas, Symphony House contohnya mempunyai rumors akan diambil alih oleh Ranhill. Yang lainnya ialah saham-saham laggard yang mana Fundamentalnya kuat tetapi ia ketinggalan di belakang dan sedang membuat catching up dengan kedudukan pasaran semasa.

Selebihnya memandangkan ia saham-saham berjajaran kecil yang tak punya Fundamental, yang mana syarikatnya rugi maka ia sebenarnya digoreng oleh sindiket-sindiket saham. 

Disini kenapa saham-saham seperti NICORP, TIGER, MAS, HARVEST, VIS, MNC, GPRO, PDZ dan banyak lagi tidak kelihatan? Tetapi ramai pelabur-pelabur baru yang suka membeli saham-saham sebegini.

Jadi fahamilah dan ketahuilah yang pelaburan saham bukanlah sesuatu yang mudah. Pastikan anda tahu apa yang anda buat dan pastikan anda mempunyai ilmu mengenai apa yang anda lakukan.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

Thursday, July 3, 2014

KISAH SI PENJUAL DURIAN

Assalamualaikum dan selamat menjalankan ibadah dalam bulan Ramadhan Al Mubarak bulan yang mulia ini.

Kali ini FY mengambil keputusan untuk menulis satu artikel analogi yang bertajuk kisah penjual durian. Walaupun ia kisah durian tetapi ia sebenarnya ada kena mengena juga dengan saham bagi mereka yang memahaminya.

KISAH PENJUAL DURIAN

6 bulan yang lalu.

FY bersama beberapa orang sahabat telah pergi ke sebuah dusun durian. Pada ketika itu pokok durian Musang King itu baru sahaja berbunga dan berputik. Bila dihitung terdapat 980 biji durian di atas pokok sana. Pokok durian itu dipunyai oleh seorang pakcik berbangsa melayu.

Kami bertemu dengannya lalu mengatakan yang kami berminat untuk menempah dan membeli 100 biji durian yang baru berputik di atas pokok sana. Pakcik itu mengatakan yang dia cuma sekadar boleh memberikan 60 biji durian sahaja. Harga yang dipersetujui ialah RM75.00 sebiji. Kami bersetuju. Kami ingin membeli 60 biji durian itu untuk dibahagikan kepada ramai orang. Mungkin mereka semua akan dapat merasa durian-durian tersebut seruas seorang.

3 bulan yang lalu.

Kami bertemu lagi dengan Pakcik tuan punya pokok durian dan pada ketika itu buah-buah durian telah membesar pada saiz sederhana. Kami bertanya sekali lagi samaada kami bakal mendapat 60 biji dari 980 biji durian-durian yang ada bila ia gugur nanti. Pakcik berjanji akan memberikan durian-durian tersebut bila ia gugur nanti dan katanya kalau ada orang lain meminta darinya dia akan “fight” untuk kami.

Kami pulang dengan riang lalu memberitahu pada orang-orang kampung yang kami akan membawa pulang 60 biji durian yang sedap dan enak itu untuk dikongsi bersama. Mereka juga gembira mendengar berita itu. Mereka juga bersiap-siap dengan duit untuk dikumpul bagi membayar harga durian tersebut.

15 hari yang lalu.

Durian mula gugur. Kami terus ke dusun namun ia berkunci dan kami tak dibenarkan masuk sama sekali. Dari jauh kami nampak peraih-peraih datang mengutip durian-durian yang jatuh lantas memasukkannya ke dalam bakul-bakul. Bakul itu kemudian dimasukkan ke dalam lori. Peraih itu ada yang melayu dan ada juga yang bukan melayu. Dari jauh kami nampak 580 biji durian dimasukkan ke dalam lori Melayu dan 400 biji lagi termasuklah 60 biji durian yang kami tempah ke dalam lori bukan melayu. Kami cuma dapat melihat durian-durian yang dijanjikan kepada kami dirampas orang lain bilamana ia gugur. Pakcik langsung tidak mempedulikan kami.

Kemudian datang seorang wakil pakcik ke arah kami di pintu pagar yang berkunci.

“Maaf kami tak boleh buat apa kerana secara tiba-tiba mereka datang. Mereka mengatakan mereka mempunyai hak ke atas pokok durian tersebut. Pada mulanya kami hanya ingin memberi 180 biji durian kepada mereka tetapi mereka berkeras dan mahukan 400 biji. Ini kerana terdapat orang besar yang mahukan durian-durian tersebut.” Katanya.

          “ Tapi pakcik dah janji pada kami dahulu.” Jawab FY.

          “Kalau tak dapat banyakpun jualkanlah kepada kami barang 3 biji...” Pinta FY lagi.

          “Nanti saya lihat apa yang tinggal yer...” Katanya sambil melangkah pergi.

Kami berpandangan antara satu sama lain seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Mata mula berkaca mengenangkan orang-orang kampung yang berharap kami membawa balik durian-durian tersebut hari ini. Di hadapan sana para peraih semakin rakus mengutip durian-durian yang masih tinggal untuk dinaikkan ke dalam lori. Terdapat orang perseorangan yang mendapat 35 biji, 40 biji, 60 biji malah ada yang mendapat 100 biji seorang.

“Kenapa ini terjadi? Kita perlu siasat perkara ini...”

Jadi apakah kemungkinan yang terjadi di sini?

·         Pakcik menjadi tamak bila mana durian mula gugur dan ada peraih yang datang dan memberikan harga yang lebih mahal.  
·         Mungkin pakcik diugut dan dipaksa menjual durian-durian itu kepada pihak mereka.
·         Mungkin ada orang politik yang berkuasa untuk mengarahkan pakcik menjual kepadanya.
·         Atau kemungkinan-kemungkinan lain yang tidak kami ketahui.

Dalam hal ini semakin jelas yang orang kaya akan bertambah kaya. 100 biji diberikan kepada seorang sedangkan kami meminta 60 biji untuk ummah yang ramai agar semua dapat merasa.

Selepas beberapa hari menanti dan memohon belas kepada pakcik untuk menjual sebiji dua kepada kami namun tidak diendahkan kami mengambil keputusan untuk mengalah. Maknanya tiada rezeki buat kami di sini. Kami juga ada maruah dan harga diri. Takkanlah kami sanggup menurunkan diri ke tahap peminta sedekah untuk mendapatkan buah-buah durian tersebut. Kami di sini hanya untuk menagih janji.

Bukankah orang yang tidak menepati janji itu jatuh dalam golongan munafik?

Tapi inilah hakikat kehidupan. FY menulis artikel ini hanya sebagai luahan perasaan atas apa yang telah terjadi.

Untuk pengetahuan anda inilah kisah Reach Energy yang bakal disenaraikan bulan Ogos nanti. FY yang datang dengan niat untuk membantu ummah diketepikan begitu sahaja dan akhirnya si jerung-jerung juga yang semakin tamak dan semakin kaya.

Sekian dulu.

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Membaik pulih portfolio saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.