Thursday, August 14, 2008

BAGAIMANA SINDIKET SAHAM BERFUNGSI

Salam,

Sepertimana semua perkara dalam dunia ini yang mempunyai ciri-ciri tersurat dan tersirat begitu juga dengan pergerakan saham. Bukan semua pergerakan saham di Bursa Malaysia sebagai contoh dijalankan dengan sistem penawaran yang dan permintaan yang benar. Ada diantara syarikat-syarikat itu sebenarnya dikuasai oleh sindiket-sindiket yang tertentu yang mengambil keuntungan dari pelabur yang tidak mengetahui atau yang tidak peduli.

Sindiket-sindiket saham ini menjalankan kerja mereka dangan strategi yang sungguh teratur dan tersusun bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu oleh pihak yang berkuasa dan keuntungan yang mereka perolehi mencecah jutaan ringgit.

Bagaimana caranya?

Dalam setiap syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia terdapat sejumlah 100% saham syarikat itu akan disenaraikan namun hanya lebih kurang 30% yang diapungkan di pasaran dan yang selebihnya dipegang oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah untuk membuat satu bentuk perjanjian dengan para pengarah syarikat agar saham yang dipegang itu tidak dijual bila harganya mula dimanipulasikan. Semua ini dijalankan dengan duit bertukar tangan sebagai bagi memastikan perjanjian termeterai.

Kemudian para sindiket saham ini akan cuba menguasai saham yang terapung ini dan dalam bahasa Inggeris “corner” saham tersebut. Mereka membuka akaun margin di beberapa syarikat broker mahupun di syarikat-syarikat kewangan yang memberikan kemudahan tersebut bagi tujuan urusniaga saham syarikat yang bakal dimanipulasikan itu.

Syarikat yang pada dasarnya mengalami kerugian dari suku tahunan ke suku tahunan yang lain akan dipamkan dana ke dalamnya bagi menunjukkan keuntungan. Seterusnya, media dijadikan bahan untuk menarik minat pelanggan yang tidak tahu menahu dengan menceritakan tentang keuntungan syarikat serta projek-projek yang bakal dijalankan. Ini akan menarik minat pelabur untuk membeli saham syarikat tersebut. Permintaan yang tinggi ini akan meningkatkan harga saham syarikat tersebut dan begitulah yang akan dilakukan seterusnya sehinggalah hari saham itu naik ke peringkat yang tinggi dan kemudiannya para sindiket saham itu akan mula menjualnya.

Kadangkala saham itu pula kemudiannya dipecahkan dengan pemberian “bonus issue” bagi mendapatkan keuntungan yang jauh lebih tinggi. Inilah secara kasarnya yang berlaku disebalik harga saham yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggung jawab.

Banyak syarikat sekuriti saham, syarikat yang memberikan kemudahan pembiayaan saham dalam bentuk margin mahupun mahupun syarikat pengurusan dana yang gulung tikar disebabkan oleh manipulasi ini.

Keadaan ini berlaku bukan hanya di Malaysia, malah di Bursa di seluruh dunia. Leeson pernah menjatuhkan syarikat Barring di Singapura tak lama dahulu, kejatuhan syarikat gergasi Enron, Tyco dan lainnya di Amerika Syarikat dan banyak lagi

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk memanipulasi harga saham ini. Ada yang memelihara harga saham tersebut dengan kenaikan yang perlahan-lahan, ada yang menaikkannya dan terus menjatuhkannya, ada yang menyimpan buat jangkamasa yang lama, ada yang menggunakan modal dari luar dan sebagainya. Apapun semuanya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.

Namun begitu bukanlah sesuatu yang kekal lama kerana kejatuhan harga saham pada tahun 1997 yang lalu telah menyebabkan banyak sindiket saham ini mengalami kerugian yang amat tinggi.

Sekian dulu..

Faizal Yusup

Nak tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

No comments: