KETIKA
ITU, KETIKA INI…
Perhatikan
seorang pakcik.
Keluar
dari sebuah kereta mewah.
Pakai
jam dan pakaian yang serba mahal.
“Kayalah
pakcik itu.” Bisik hatiku…
Perhatikan
seorang pemuda.
Menunggang
motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai
jam dan suit yang serba mahal.
“Anak
orang kaya ni.” Kata hatiku…
Aku
hanya seorang kanak-kanak anak seorang pengawal keselamatan ketika itu.
Aku
hanya seorang pelajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad ketika itu.
Aku
hanya seorang pekerja 7 Eleven di Seapark ketika itu.
Aku
hanya seorang pekerja Mc Donalds di Jalan Silang ketika itu.
Aku
hanya seorang cleaner di Subang Aiport ketika itu.
Aku
hanya seorang pelajar Diploma Investment Analysis UITM Shah Alam ketika itu.
Aku
hanya seorang despatch sebuah syarikat di Petaling Jaya ketika itu.
Aku
hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda bidang Kewangan dan Pelaburan di
Lincoln, Nebraska ketika itu.
Aku
hanya seorang eksekutif di Affin Bank ketika itu.
Aku
hanya seorang dealer di sebuah syarikat broker ketika itu.
Aku
keluar dari sebuah kereta mewah.
Aku
punya sebuah motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai
jam dan pakaian yang serba mahal.
Aku
hanya seorang remisier ketika ini.
Aku
tetap Aku!
Kepada
Allah Taala aku bersyukur...
Inilah
roda kehidupan…
Adakalanya
aku diperhatikan oleh seorang kanak-kanak kecil, seorang pelajar sekolah
menengah, seorang pekerja 7 Eleven, Mc Donalds, seorang kerani, seorang
despatch, seorang siswa, seorang eksekutif bank, seorang dealer dan sebagainya.
Pesanku
hanya satu. Kalau aku boleh kamupun boleh! Percayalah kepada kebolehan diri
sendiri! InsyaAllah.
Nukilan
FY