Assalamualaikum...
Kita
bertemu lagi. Hidup seorang remisier sebenarnya berkadar langsung dengan
pasaran saham. Jadi kenaikan Bursa Malaysia kebelakangan ini menyebabkan FY
agak sibuk dan tak punya banyak masa untuk menulis dalam blog ini.
Apapun
hari ini di hujung minggu begini dapatlah FY mencuri sedikit masa untuk berbuat
demikian bagi menceritakan serba sedikit
perkembangan terkini pasaran saham Malaysia dari sudut kacamata FY.
Pasaran
Saham nampaknya amat sihat dan memberansangkan kebelakangan ini. Selalu FY
sebut dalam seminar Super Investor, bilamana volume pasaran melebihi 1.5
billion maka Bursa Malaysia berada dalam keadaan yang sihat. Maka dalam pasaran
yang sihat menjana keuntungan dalam pasaran menjadi lebih mudah sebenarnya.
Kalau anda masih rugi dalam pasaran yang sebegini maka adalah yang tak kena.
Hubungi FY no hp - 016 666 7430 kalau berhasrat menjadikan FY remisier anda.
InsyaAllah FY boleh membantu memberikan garis panduan pelaburan.
Namun
demikian haruslah diingat pasaran saham telah naik ke paras yang agak tinggi
dan ia perlu bernafas. Technical Correction dijangkakan sebelum ia mengorak
langkah naik lebih tinggi lagi. Kenaikan itu disebabkan oleh faktor-faktor yang
pernah FY tulis dalam artikel sebelum ini.
Matrix
Concept Berhad sebuah syarikat Property Developer akan disenaraikan minggu akan
datang ini dan FY jangkakan ia akan naik dan punya premium. Permohonan IPO Awam
Leon Fuat sebuah syarikat Steel Manufacturer juga sudah ditutup pada 23 Mei
minggu lepas juga FY jangkakan bakal punya premium bila ia disenaraikan kelak
pada 6 Jun nanti. Untuk pengetahuan anda IPO Malakoff sebuah syarikat penjanaan
kuasa elektrik telah ditunda ke tahun hadapan.
Kepada
yang bertanya mengenai bagaimana untuk memohon saham IPO ini baik bagi
peruntukan Awam mahupun peruntukan MITI sekali lagi FY telah menulis akan
kaedahnya di dalam blog ini. Apa yang perlu anda buat ialah untuk mencarinya.
Kalau takpun datanglah ke Seminar Super Investor bersama FY yang diadakan 2
bulan sekali di Bangunan Getah Asli, Berdekatan dengan KLCC, Kuala Lumpur.
Dalam seminar ini semua akan diterangkan.
Memandang
ke hadapan kita ada penyenaraian Sona Petroleum sebuah syarikat SPAC atau
Special Purpose Aquisition Company sama seperti Hibiscus dan CLIQ yang membawa
pulangan yang baik setelah disenaraikan. Apapun dalam hal SPAC ini ia
terpulanglah kepada para pelabur untuk membelinya atau tidak. Ini kerana agak
sukar untuk membuat analisis terhadap syarikat yang belum punya perniagaan.
Kemudian
kita ada Air Asia X yang berkemungkinan akan disenaraikan pada bulan Julai
nanti. Pelabur saham IPO Air Asia X yang memegang sahamnya untuk satu jangkamasa
yang tertentu akan mendapat tiket kapalterbang ke luar negara. Harap bukanlah
hanya ke Indonesia tetapi ke Jepun contohnya maka pastinya ia akan berbaloi.
Langkah
Air Asia X untuk tidak memperuntukkan saham IPOnya kepada Cornerstone Investor
tetapi kepada Retail Investor pada FY merupakan satu langkah yang baik. Ini
pernah dilakukan oleh syarikat gergasi Google kalau tak silap FY satu ketika
dahulu.
Sebenarnya
FY pernah mencadangkan perihal ini kepada pihak tertinggi Suruhanjaya Sekuriti
memandangkan ramai pelabur yang memohon saham IPO Awam dewasa ini tidak
mendapat saham-saham itu kerana lebihan langganan yang ketara. Pelaburnya
banyak tetapi saham yang diperuntukannya sedikit.
Langkah
ini hakikatnya akan dapat meningkatkan penglibatan pelabur runcit dalam pasaran
saham Malaysia dan secara tak langsung mengubah landscape pelaburan saham dari apa yang ada sekarang. Inilah yang
berlaku dalam tahun 1990 an dahulu bilamana kebanyakan saham-saham IPO ini
diperuntukan kepada pelabur runcit dan bilamana ia disenaraikan berlumba-lumbalah
pelabur institusi mengejarnya lantas menyebabkan saham-saham tersebut naik
dengan tingginya.
Kita
ambil contoh saham IPO Bumi Armada. Bayangkanlah kalau ada 300 juta saham yang
dibahagikan kepada 300,000 pelabur runcit seorang 1000 units maka setiap
seorang dari 300,000 pelabur itu akan mendapat RM800.00 bila ia disenaraikan
kerana saham itu naik dengan premium sebanyak lebih kurang 80 sen pada hari
penyenaraiannya. Duit RM800 ini pula bolehlah dibelanjakan dan secara tak langsung
akan meningkatkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan consumer spending dan
seterusnya meningkatkan ekonomi negara. Bukankah ini lebih baik dari BRIM
kerana ia boleh dilakukan setiap kali ada penyenaraian IPO yang baru.
Masalahnya
buat masa ini kebanyakan peruntukan saham IPO baru ini diperuntukkan kepada
pelabur Institusi jadi pelabur runcit hanya ternganga kerana permohonan mereka
ditolak bilamana mereka membuat permohonan IPO Awam melalui ATM dan Online
Banking.
Kemudian
hanya terdapat lebih kurang 20,000 pelabur Bumiputera dan 60,000 pelabur Bukan
Bumiputera yang memohon IPO-IPO ini. Di sini FY ingin menyeru, bangkitlah wahai
pelabur Bumiputera kali ini Air Asia X memberi peluang pelaburan saham kepada
anda jadi janganlah lepaskan peluang ini. Buka akaun saham CDS anda dan buatlah
permohonan saham tersebut. Ia merupakan satu pelajaran dan pengalaman yang baik
dan InsyaAllah keuntungan bakal menanti anda.
Seterusnya
FY harap banyak syarikat-syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia
mengambil langkah yang sama demi pembangunan ekonomi pelabur runcit yang ramai
di luar sana. Ia pasti merancakkan pelaburan di Bursa Malaysia dan seterusnya
akan merancakkan ekonomi negara yang kita cintai ini.
Lagipun
dewasa ini Pelabur Cornerstone terdiri daripada Hedge Funds yang mahukan
keuntungan jangkamasa pendek melalui IPO-IPO ini memandangkan Malaysia
merupakan negara yang panas dengan IPO sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Setakat
ini sahaja buat kali ini.
Untuk
mengetahui lebih lanjut hadirilah Seminar Super Investor bersama FY pada hari
Sabtu 15 Jun ini di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur dari jam 9 pagi
hingga 5 petang. Layari www.seminarsaham.com.my
untuk tujuan pendaftaran.
Sekian
dahulu.
FY
016
666 7430