Wednesday, August 28, 2013

IPO MITI CARING PHARMACY GROUP BERHAD


IPO MITI - CARING PHARMACY GROUP BERHAD


a) Jumlah Saham Khas : 4,200,000 unit
b) Harga Par : RM 1.00 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat :
- Caring is principally an investment holding and their subsidiaries are principally involved in the  operation of community pharmacy including retailing of pharmaceutical, healthcare and personal care products.
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : Kenanga Investment Bank Berhad
g) Tarikh Tutup Permohonan : 04 September 2013 (Rabu) jam 5.00 petang.


FY
016 666 7430

Kepada yang berminat untuk melanggan saham ini tapi tak tahu bagaimana caranya, datanglah ke seminar saham Super Investor bersama FY pada hari Sabtu 7 September ini. Daftar di www.seminarsaham.com.my. Disamping itu juga anda boleh membuka akaun saham CDS secara percuma di sana nanti.


Kalau tak sempat Seminar Super Investor seterusnya  akan diadakan pada hari Sabtu 26 Oktober 2013.


Tuesday, August 27, 2013

Surat Aku Terima dan Dokumen Arahan Pembayaran IPO MITI UMW OG

Assalamualaikum...

Pengumuman: Surat Akuterima dan Arahan pembayaran untuk MITI UMW Oil & Gas Corporation telah dikeluarkan di website MITI. Tarikh akhir pembayaran adalah pada 7 Oktober.

Ini linknya ;

Di dalam surat tawaran dinyatakan samaada anda perlu membayarnya di CIMB Investment Bank atau Maybank Investment Bank, jadi nasihat FY sila pastikan dimana anda perlu membayarnya. Kalau dinyatakan dalam surat tawaran anda perlu membayar di Maybank Investment maka anda hanya perlu download dan mencetak arahan pembayaran Maybank sahaja.

Sekian dulu.

FY
greng70@yahoo.com
012 654 0130

PS - Kepada mereka yang ingin memohon saham IPO di MITI ini dan tak tahu bagaimana. Datanglah ke Seminar saham Super Investor bersama FY pada 7 September nanti. InsyaAllah. Daftar di www.seminarsaham.com.my

 

Tuesday, August 20, 2013

Kisah IPO MITI UMW OG yang anda perlu tahu...

Salam Aidilfitri...

Kepada pelabur yang memohon saham IPO MITI UMW OG berkemungkinan besar telahpun mendapat keputusan permohonannya melalui surat tawaran yang telah diposkan kepada pihak anda. Namun terdapat beberapa masalah yang perlu diselesaikan.

1. Tiada borang Aku Terima yang dilampirkan bersama.
2. Tiada borang Payment Instruction bagi tujuan membayar langganan saham-saham tersebut.
3. Tiada borang DIF atau Delivery Instruction Form bagi mengarahkan Bank Penasihat untuk memasukkan saham-saham tersebut ke dalam akaun CDS tuan-tuan dan puan-puan.
4. Borang tersebut tiada dalam Website MITI untuk diupload apatah lagi dicetak.
5. Website MITI pula masih diperbaiki dan diselenggara sejak berbulan yang lalu.

Apa nak jadi? 
FY pun tak tahu. 
Mungkin ada agenda lain dibelakangnya? 
Pun FY tak tahu.

Mungkin tuan puan boleh tanya kepada pihak MITI sendiri. 
No Tel mereka - 03 88805089. Itupun kalau mereka angkat gagang telefon tu.

Terakhir FY dengar ia dilanjutkan ke bulan Oktober pula. Entahlah.

IPO MITI ini sebenarnya boleh dijadikan umpama BRIM kepada semua pelabur Bumiputera dan secara tak langsung meningkatkan ekonomi Bumiputera di negara ini.

Katalah saham FGV ada 3 Billion dan diberikan kepada 3 juta pelabur Bumiputera 1000 unit seorang maka setiap pelabur akan mendapat RM700.00 setiap seorang pada hari penyenaraiannya tapi mungkin ia lebih senang untuk memperuntukkannya kepada 1000 orang sejuta saham seorang. Yang kaya bertambah kaya yang miskin tak dapat apa-apa macam peminta sedekah di tepi jalan. Entahlah.

Kemudian sebagai Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera FY dan rakan-rakan bertemu dengan Pengarah Seksyen IPO MITI ini dalam usaha mendapatkan peruntukan saham ini bagi pihak pelanggan kami yang ramai namun ia ditolak mentah-mentah. Surat rasmi juga telah dihantar namun tiada jawapan. Yang peliknya ada beberapa pelabur yang mendapat sehingga 5 juta saham SEORANG! Hanya kerana mereka mengenali orang besar dalam MITI. Pelik-pelik. Industri ini kecil sahaja dan terus terang setiap pergerakan pasti akan diketahui juga. Entahlah.

Agaknya kepentingan ORANG PERSEORANGAN lebih penting dari kepentingan RAMAI. Entahlah.

Apapun ini hanyalah luahan pendapat FY salah seorang rakyat Malaysia yang mengundi dalam pilihanraya yang lalu.

Mungkin secara amnya tidak ada sesiapa yang mendengarnya tetapi khusus kepada mereka yang terlibat FY harap lakukanlah sesuatu yang boleh membawa perubahan ke arah kebaikan. Ingatlah hidup ini bukan sekadar di dunia yang fana ini.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kalau ada salah dan silap.
Sekian FY mengundur diri.

FY

Jemput ke seminar Motivasi Anda Yang Baru FY percuma pada 12 Oktober. Ajak kawan-kawan sekali. Bagi nama penuh dan alamat emel kepada Puan Azila Ismail 012 2511 755 untuk tujuan pendaftaran.

Layari www.seminarsaham.com.my andai anda ingin belajar untuk menjadi pelabur saham yang bijak.

Terima kasih kerana sudi membaca.

IPO MITI TITIJAYA LAND BERHAD

IPO MITI TITIJAYA LAND BERHAD

a) Jumlah Saham Khas : 34,000,000 unit
b) Harga Par : RM 0.50 seunit
c) Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
d) Aktiviti Utama Syarikat : Property Development
e) Penyenaraian Saham : Disenaraikan di Pasaran Utama
f) Bank Penasihat : ALLIANCE INVESTMENT BANK BERHAD
g) Tarikh Tutup : 30 Ogos 2013
(Jumaat) jam 12.00 tengahari.

Hubungi FY di talian 012 654 0130 / 016 666 7430 sekiranya anda berminat untuk membuka akaun CDS dan untuk melanggannya.

FY

PS - Jemput ke Seminar Super Investor bersama FY pada 7 September 2013 untuk mengetahui cara melanggan saham IPO di MITI ini mahupun belajar menjadi pelabur bijak. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar.

Saturday, August 10, 2013

Pengisian Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Raya menjelma lagi. Selain meraikan kejayaan sebulan berpuasa dan melakukan ibadah di bulan mulia bulan Ramadhan, kesempatan ini hendaklah kita ambil untuk menziarah dan menyambung silaturrahim yang mingkin telah begitu lama renggang. Hari raya juga membuka peluang yang luas untuk kita kembali menjernihkan hubungan yang keruh. nasihat FY ambillah peluang ini untuk menyihatkan kembali perhubungan serta meletakkan memori hitam itu dalam lipatan sejarah yang tak perlu dibuka lagi buat selamanya. Kehidupan ini pendek dan setiap kehidupan akan menemui kematian. Jadi janganlah tunggu lagi untuk memohon kemaafan atas kekhilafan semalam.

Disamping itu juga Hari Raya membuka peluang untuk kita memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah kita lakukan sepanjang tahun. menurut kata Ustaz yang pernah FY dengan syaratnya hendaklah kita mengatakan akan apakah kesilapan itu kepada orang yang kita buat salah itu. InsyaAllah peluang ini akan dapat kembali memutihkan perhubungan disamping menjernihkan hati.

Jadi di kesempatan ini FY serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali FY tak kiralah dimana jua anda berada. Ampun dan maaf FY pinta andai ada keterlanjuran dalam mengatur bicara, membuah kata atau apaunpun juga. FY tak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Teguran dan nasihat selama hari ini tak lain hanyalah untuk mengingati diri FY sendiri serta dengan niat untuk kebaikan kerana Allah Taala dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

FY doakan semoga kita semua sentiasa berbahagia dan berada dalam lindungan Allah Taala baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Seorang pujangga pernah bekata "Terdapat banyak ketidakadilan di dunia ini dan pastinya ada dunia lain yang mana keadilan dan kesaksamaan akan tercapai" dan percayalah bahawa hari itu adalah hari akhirat. Itu FY percaya dengan penuh keyakinan.

Sekian dahulu. Semoga hari raya tahun ini penuh kemeriahan kepada anda. Berhati-hati memandu dan semoga segalanya sejahtera untuk anda sekeluarga.

Wassalam.

FY mengundur diri. InsyaAllah kita ketemu lagi.

FY

Sunday, August 4, 2013

MEMBONGKAR RAHSIA MENJANA KEUNTUNGAN DI BURSA MALAYSIA BAH 2

Assalamualaikum serta salam ceria di hujung minggu yang indah ini.

Kepada yang beragama Islam, bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Dalam bulan yang mulia ini FY harap ia merupakan bulan yang mana kita dapat menjalankan ibadah dengan pengisian sebaiknya.

Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio salah seorang pelanggan FY bagi portfolio pelaburan bulan Julai 2013. Pelanggan ini juga merupakan salah seorang peserta seminar Super Investor yang pernah FY jalankan.

Sebenarnya ada banyak seminar di luar sana. Ada yang genuine / benar malangnya banyak yang tak genuine. Banyak yang tak punya isi tapi menjalankan seminar hanya dengan tujuan mengaut keuntungan. Namun ini adalah kisah biasa di akhir zaman ini. Kepada anda di luar sana FY sarankan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dan membuang duit yang begitu sukar dicari kepada penganjur seminar-seminar yang sebegini.

Pada FY biarlah kita ambil kurang dari apa yang kita berikan, InsyaAllah selebihnya akan dikira Allah sebagai amal jariah daripada kita mengambil yang bukan hak iaitu mengambil lebih dari apa yang kita berikan. Caj seminar mahal tapi isinya begitu basic. Nasihat ini juga FY panjangkan kepada penulis buku mahupun Ebook. Janganlah buat begitu, Ia sebenarnya menjadikan diri kita sama dengan seorang pencuri.

Kemudian banyak juga penganjur skim cepat kaya di luar sana dengan pelbagai bentuk dan rupa yang menjanjikan pelbagai janji-janji manis namun akhirnya duit tuan-puan yang melayang. Pelaburan saham di Bursa Malaysia yang disahkan kerajaan tak pula dicuba, pelaburan yang tak sah pula yang kita utamakan. FY harap tuan-puan berhati-hati dan pastikan kesahihan pelaburan tersebut sebelum mengambil tindakan mengeluarkan duit dari wallet untuk melabur.

Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio saham salah seorang pelanggan FY dalam pelaburan di Bursa Malaysia. Alhamdulillah dalam bulan Feb hingga kini pasaran saham berada dalam keadaan yang sihat dan ini memudahkan penjanaan keuntungan dari pelaburan saham ini. Harapan FY agar pasaran akan terus sihat dimasa-masa mendatang. Pada FY pasaran yang sihat ialah bilamana volume dagangan pasaran berada pada purata 1.5 billion saham sehari.

Portfolio salah seorang pelanggan FY untuk bulan Juali 2013
Kepada anda di luar sana yang ingin mendapatkan pendapatan pasif (Pendapatan Pasif - Menggunakan duit untuk menjana pendapatan) sebegini anda bolehlah membuka akaun saham CDS dengan FY di Kenanga Investment Bank Berhad dan InsyaAllah FY boleh membimbing anda dalam memulakan portfolio pelaburan saham anda. 

Anda boleh datang ke pejabat FY letaknya di Bangunan Quattro West bersebelahan Petaling Jaya Hilton andai anda ingin membuka akaun tersebut 

atau 

Anda juga boleh SMS nama dan alamat penuh kepada En Yasin di talian 019 334 6570 bagi mendapatkan borang bagi membuka akaun tersebut.

Selain menyarankan tuan-puan membuka akuan saham dengan FY, FY juga menyarankan tuan-puan belajar melabur saham dan menjadi pelabur atau trader yang bijak melalui seminar-seminar yang FY anjurkan. Seminar Super Investor akan diadakan pada Sabtu 7 September 2013. Personal Coaching Advance Technical Analysis pada hari Ahad 8 September dan Seminar Super Trader yang akan menyusul nanti. Semua seminar dan kursus ini disusun dengan matlamat akhirnya membawa pendapatan pasif kepada pihak anda. 


Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.
Add kami di Facebook - www.facebook.com/SeminarSuperInvestor 
untuk mengetahui mengenai seminar dan program yang kami jalankan.
Atau anda boleh subscribe blog www.faizalyusup.net untuk mengetahui perkembangan terkini pelaburan saham di Bursa Malaysia. 

Sebenarnya masih ramai yang melabur dan mengalami kerugian dan masih ramai yang tak yakin dengan apa yang FY paparkan. Jadi di sini sekali lagi FY ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mengatakan yang apa yang anda lihat dan baca ini benar dan FY boleh buktikan tanpa masalah. FY hanya ingin membantu dalam merealisasikan impian untuk meningkatkan ekonomi ummah.

Kepada mereka yang tak puas hati dengan FY dengan cara FY, dengan apapun juga sempena Hari Raya Aidilfitri ini FY minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana FY tak ada niat nak menyinggung mana-mana pihak sekalipun. Orang kata tak kenal maka tak cinta, saranan FY bukalah hati ambillah masa untuk mengenali, fokus kepada kebaikan dan jangan sesekali fokus kepada keburukan kerana ia akan hanya membawa kepada kerosakan.

FY juga akan menganjurkan Seminar Promosi selama Sehari yang dinamakan Seminar Motivasi Anda Yang Baru secara percuma siap dengan jamuan makan dan minum InsyaAllah pada bulan Oktober nanti. Kepada yang berminat untuk hadir anda bolehlah SMS nama penuh dan alamat emel kepada Puan Azila di talian 012 2511755 untuk mendaftar. Ia PERCUMA!

Apapun semoga ada manfaat dalam artikel kali ini dan semoga ia membuka mata hati anda di luar sana untuk menilai kebenarannya. InsyaAllah.

Sekian. FY mengundur diri.

FY




Thursday, August 1, 2013

Harga Indikatif UMW OG - RM2.80

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Dow Jones naik ke peringkat yang tertinggi ditutup pada 15628.02 naik 128.48 mata dan InsyaAllah ia akan membawa kepada sentimen positif kepada Bursa Malaysia dalam jangkamasa yang terdekat ini.

Disini FY ingin memaklumkan bahawa harga indikatif untuk IPO UMW OG ialah RM2.80.

Seminar Super Investor seterusnya ialah pada hari Sabtu 7 September 2013. Yuran yang dikenakan ialah RM490.00. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendaftar untuk menjadi pelabur bijak!

Personal Coaching Advance Technical Analysis pula akan diadakan pada hari Ahad 8 September 2013.
Hubungi Zuhri Zain adi talian 012 629 0407 untuk mendaftar.

FY juga merancang untuk mengadakan Seminar Motivasi Anda Yang Baru InsyaAllah pada hari Sabtu 12 Oktober 2013 nanti. SMS nama dan emel anda kepada Puan Azila Ismail di talian 0122511755 sekiranya anda berminat untuk menyertainya. Ia PERCUMA! Makanan juga disediakan. Jangan lepaskan peluang untuk berubah menjadi anda yang baru!

Sekian dulu.

FY