Assalamualaikum serta salam ceria di hujung minggu yang indah ini.
Kepada yang beragama Islam, bulan Ramadhan semakin meninggalkan kita. Dalam bulan yang mulia ini FY harap ia merupakan bulan yang mana kita dapat menjalankan ibadah dengan pengisian sebaiknya.
Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio salah seorang pelanggan FY bagi portfolio pelaburan bulan Julai 2013. Pelanggan ini juga merupakan salah seorang peserta seminar Super Investor yang pernah FY jalankan.
Sebenarnya ada banyak seminar di luar sana. Ada yang genuine / benar malangnya banyak yang tak genuine. Banyak yang tak punya isi tapi menjalankan seminar hanya dengan tujuan mengaut keuntungan. Namun ini adalah kisah biasa di akhir zaman ini. Kepada anda di luar sana FY sarankan agar anda berhati-hati agar tidak terjebak dan membuang duit yang begitu sukar dicari kepada penganjur seminar-seminar yang sebegini.
Pada FY biarlah kita ambil kurang dari apa yang kita berikan, InsyaAllah selebihnya akan dikira Allah sebagai amal jariah daripada kita mengambil yang bukan hak iaitu mengambil lebih dari apa yang kita berikan. Caj seminar mahal tapi isinya begitu basic. Nasihat ini juga FY panjangkan kepada penulis buku mahupun Ebook. Janganlah buat begitu, Ia sebenarnya menjadikan diri kita sama dengan seorang pencuri.
Kemudian banyak juga penganjur skim cepat kaya di luar sana dengan pelbagai bentuk dan rupa yang menjanjikan pelbagai janji-janji manis namun akhirnya duit tuan-puan yang melayang. Pelaburan saham di Bursa Malaysia yang disahkan kerajaan tak pula dicuba, pelaburan yang tak sah pula yang kita utamakan. FY harap tuan-puan berhati-hati dan pastikan kesahihan pelaburan tersebut sebelum mengambil tindakan mengeluarkan duit dari wallet untuk melabur.
Di sini sekali lagi FY sertakan portfolio saham salah seorang pelanggan FY dalam pelaburan di Bursa Malaysia. Alhamdulillah dalam bulan Feb hingga kini pasaran saham berada dalam keadaan yang sihat dan ini memudahkan penjanaan keuntungan dari pelaburan saham ini. Harapan FY agar pasaran akan terus sihat dimasa-masa mendatang. Pada FY pasaran yang sihat ialah bilamana volume dagangan pasaran berada pada purata 1.5 billion saham sehari.
Portfolio salah seorang pelanggan FY untuk bulan Juali 2013 |
Kepada anda di luar sana yang ingin mendapatkan pendapatan pasif (Pendapatan Pasif - Menggunakan duit untuk menjana pendapatan) sebegini
anda bolehlah membuka akaun saham CDS dengan FY di Kenanga Investment
Bank Berhad dan InsyaAllah FY boleh membimbing anda dalam memulakan
portfolio pelaburan saham anda.
Anda boleh datang ke pejabat FY letaknya di Bangunan Quattro
West bersebelahan Petaling Jaya Hilton andai anda ingin membuka akaun
tersebut
atau
Anda juga boleh SMS nama dan alamat penuh kepada En Yasin di talian 019 334
6570 bagi mendapatkan borang bagi membuka akaun tersebut.
Selain menyarankan tuan-puan membuka akuan saham dengan FY, FY juga menyarankan tuan-puan belajar melabur saham dan menjadi pelabur atau trader yang bijak melalui seminar-seminar yang FY anjurkan. Seminar Super Investor akan diadakan pada Sabtu 7 September 2013. Personal Coaching Advance Technical Analysis pada hari Ahad 8 September dan Seminar Super Trader yang akan menyusul nanti. Semua seminar dan kursus ini disusun dengan matlamat akhirnya membawa pendapatan pasif kepada pihak anda.
Layari www.seminarsaham.com.my untuk tujuan pendaftaran.
Add FY di Facebook - http://www.facebook.com/faizal.yusupii
Add kami di Facebook - www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
untuk mengetahui mengenai seminar dan program yang kami jalankan.
Atau anda boleh subscribe blog www.faizalyusup.net untuk mengetahui perkembangan terkini pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Sebenarnya masih ramai yang melabur dan mengalami kerugian dan masih ramai yang tak yakin dengan apa yang FY paparkan. Jadi di sini sekali lagi FY ingin mengambil sedikit kesempatan untuk mengatakan yang apa yang anda lihat dan baca ini benar dan FY boleh buktikan tanpa masalah. FY hanya ingin membantu dalam merealisasikan impian untuk meningkatkan ekonomi ummah.
Kepada mereka yang tak puas hati dengan FY dengan cara FY, dengan apapun juga sempena Hari Raya Aidilfitri ini FY minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana FY tak ada niat nak menyinggung mana-mana pihak sekalipun. Orang kata tak kenal maka tak cinta, saranan FY bukalah hati ambillah masa untuk mengenali, fokus kepada kebaikan dan jangan sesekali fokus kepada keburukan kerana ia akan hanya membawa kepada kerosakan.
FY juga akan menganjurkan Seminar Promosi selama Sehari yang dinamakan Seminar Motivasi Anda Yang Baru secara percuma siap dengan jamuan makan dan minum InsyaAllah pada bulan Oktober nanti. Kepada yang berminat untuk hadir anda bolehlah SMS nama penuh dan alamat emel kepada Puan Azila di talian 012 2511755 untuk mendaftar. Ia PERCUMA!
Apapun semoga ada manfaat dalam artikel kali ini dan semoga ia membuka mata hati anda di luar sana untuk menilai kebenarannya. InsyaAllah.
Sekian. FY mengundur diri.
FY
No comments:
Post a Comment