Saturday, August 10, 2013

Pengisian Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari Raya menjelma lagi. Selain meraikan kejayaan sebulan berpuasa dan melakukan ibadah di bulan mulia bulan Ramadhan, kesempatan ini hendaklah kita ambil untuk menziarah dan menyambung silaturrahim yang mingkin telah begitu lama renggang. Hari raya juga membuka peluang yang luas untuk kita kembali menjernihkan hubungan yang keruh. nasihat FY ambillah peluang ini untuk menyihatkan kembali perhubungan serta meletakkan memori hitam itu dalam lipatan sejarah yang tak perlu dibuka lagi buat selamanya. Kehidupan ini pendek dan setiap kehidupan akan menemui kematian. Jadi janganlah tunggu lagi untuk memohon kemaafan atas kekhilafan semalam.

Disamping itu juga Hari Raya membuka peluang untuk kita memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah kita lakukan sepanjang tahun. menurut kata Ustaz yang pernah FY dengan syaratnya hendaklah kita mengatakan akan apakah kesilapan itu kepada orang yang kita buat salah itu. InsyaAllah peluang ini akan dapat kembali memutihkan perhubungan disamping menjernihkan hati.

Jadi di kesempatan ini FY serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali FY tak kiralah dimana jua anda berada. Ampun dan maaf FY pinta andai ada keterlanjuran dalam mengatur bicara, membuah kata atau apaunpun juga. FY tak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Teguran dan nasihat selama hari ini tak lain hanyalah untuk mengingati diri FY sendiri serta dengan niat untuk kebaikan kerana Allah Taala dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

FY doakan semoga kita semua sentiasa berbahagia dan berada dalam lindungan Allah Taala baik di dunia mahupun di akhirat nanti.

Seorang pujangga pernah bekata "Terdapat banyak ketidakadilan di dunia ini dan pastinya ada dunia lain yang mana keadilan dan kesaksamaan akan tercapai" dan percayalah bahawa hari itu adalah hari akhirat. Itu FY percaya dengan penuh keyakinan.

Sekian dahulu. Semoga hari raya tahun ini penuh kemeriahan kepada anda. Berhati-hati memandu dan semoga segalanya sejahtera untuk anda sekeluarga.

Wassalam.

FY mengundur diri. InsyaAllah kita ketemu lagi.

FY

No comments: