Thursday, December 10, 2015

IPO RED SENA

Assalamulaikum...

Semasa FY menulis artikel ini, harga Red Sena ialah pada RM0.38.

Mereka mempunyai polisi untuk membayar balik 92% daripada IPO ditambah dengan faedah jika ia tidak memperoleh F & B yang berjenama dalam jangkamasa 3 tahun.

Harga IPO ialah RM0.50.
Oleh itu, 92% adalah RM0.46
Andaian faedah : 3% setahun

Contoh:

Senario terburuk (tiada pengambilalihan dalam 3 tahun)
Membeli 10000 unit saham Red Sena pada harga RM0.38, kos kasar ialah RM3800.00
Menerima RM0.46 tambah 3% kepentingan pengkompaunan, ~ 0,5027: RM5026.50
Anggaran ROI adalah 30.10%, purata 10.03% setahun.

Kes begini banyak berlaku di Amerika Syarikat dimana ianya menguntungkan bilamana SPAC tersebut tidak berjaya dalam pengambilanalihan dan wang pelabur dipulangkan kembali.

Ia pastinya menguntungkan lagipun pengambilalihan syarikat F&B adalah jauh lebih mudah dari pengambilalihan syarikat Oil n Gas. Sekiranya pengambilalihan pula berjaya pastinya harga saham Red Sena ini akan meningkat naik!

Untuk pengetahuan anda SPAC F&B yang paling berjaya ialah SPAC Burger King! Walaupun Red Sena tidak merancang untuk mengambil alih Rangkaian Restoran tetapi rancangan pengambilalihan syarikat F&B di rantau yang punya lebih 650 juta penduduk ini, dengan status halal dan sebagainya pastinya membawa kepada potensi yang besar. Berita pengambialihan mahupun berita status halal pastinya akan membawa sentimen positif kepada pelabur dan dengan itu akan membawa institusi seperti Tabung Haji dan Institusi yang mementingkan status syariah untuk melabur dalam syarikat ini nanti.

Selain itu juga, management team syarikat ini merupakan mereka-mereka yang berpengalaman luas dalam bidang F&B. Kebanyakan mereka merupakan pengarah dalam syarikat F&N juga Khong Guan. Kemudian Ian Yoong Kah Yin Pengarah Business Development, orang yang tak asing lagi dalam bidang pembrokeran dan kewangan dengan 29 tahun pengalaman dan terakhir sebagai Senior Vice President di CIMB.

Cornerstone Investor mereka juga hebat-hebat belaka dan yang terpenting ialah Creador yang diterajui oleh Brahmal Vasudevan seorang pelabur profilik yang hebat bila beliau berjaya meningkatkan pelaburan sebanyak RM60 juta kepada RM2 Billion dan pelaburan-pelaburan dalam syarikat seperti GHLSYS, BONIA, OLDTOWN, IFCAMSC mahupun pelaburan-pelaburan di India.

Semua ini bila digabungkan menunjukkan satu perkara. Red Sena adalah satu syarikat yang punya potensi yang besar.

Oleh itu, FY sarankan pembelian saham Red Sena pada harga diskaun sekarang asalkan ia kurang dari RM0.46 sen.

Sekian dulu buat kali ini.
Jadilah pelabur yang bijak dan pedagang yang berhemah!

FY
016 6667430