Terkini Terdapat Dua Tawaran Peruntukan Saham Khas
Bumiputera di MITI iaitu ;
1. LEON FUAT BERHAD
Jumlah Saham Khas :31,000,000 unit saham
Harga Par : RM 0.50 seunit
Harga Tawaran : RM 0.60 seunit
Aktiviti Utama Syarikat: Trading and processing of
steel products specialising in rolled long and flat products.
Bakal Disenaraikan di Pasaran Utama
Bank Penasihat : Alliance Investment Bank Berhad
Tarikh Tutup Permohonan :
Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi
& Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya
pada 20 Februari 2013 (Rabu) jam 1:00 petang.
2. RANHILL ENERGY AND RESOURCES
BERHAD
Jumlah Saham Khas : 100,000,000 - 150,000,000 unit
Harga Par : RM1.00 seunit
Harga Tawaran : Akan dimaklumkan kemudian
Aktiviti Utama Syarikat :
Ranhill is a Malaysian conglomerate with interests
in 2 main sectors:
-
Energy :
Provide oil & gas engineering and related services,
and power generation
-
Environments :
Provide water supply services, operate water and
wastewater treatment plants, specialized services in the management and optimization
of water utility assets Ranhill condusts operations and provide services primarily
in Malaysia, and its international operations are centered in Asian markets
such as China, Thailand and South East Asia
Bakal Disenaraikan di Pasaran Utama
Bank Penasihat : Maybank Investment Bank Berhad
Tarikh Tutup Permohonan :
Penghantaran Borang Permohonan Saham bagi Individu, Syarikat, Koperasi
& Yayasan bersama dengan dokumen-dokumen berkaitan adalah selewat-lewatnya
pada 20 Februari 2013 (Rabu) jam 1:00 petang.
Catatan FY ;
Assalamualaikum...
Pertamanya maaf kerana lambat menulis post tawaran saham
ini memandangkan keadaan tidak mengizinkan FY untuk berbuat demikian
kebelakangan ini.
Nampaknya terdapat dua tawaran saham khas bumiputera di
MITI ini sepertimana yang di atas sana namun FY masih belum sempat bertanya
akan harga tawarannya memandangkan cuti menyambut Tahun Baru Cina belum lagi
berakhir. Inn Shaa Allah FY akan cuba mendapatkan maklumatnya seberapa segera.
Seperti biasa ianya amat sukar untuk mengetahui akan
kedudukan kewangan syarikat-syarikat ini memandangkan pada fasa ini
prospektusnya masih belum keluar lagi. Begitu juga FY tak tahu samaada syarikat-syarikat
yang tersebut di atas patuh syariah atau sebaliknya.
Kali ini kaedah permohonannya adalah secara manual iaitu
dengan cara menulis cover letter, mencetak dan mengisi orang permohonan, melampirkan
semua dokumen sokongan sebelum menghantarkannya kepada pihak MITI sebelum jam 1
petang hari Rabu 20 Februari 2013.
Borang permohonan bagi memohon saham-saham ini boleh
didapati dari laman web www.miti.gov.my
dan anda boleh menghubungi FY dengan menghantar emel di greng70@yahoo.com bagi mendapatkan contoh
cover letter andainya anda berminat untuk memohonnya.
Bagi yang ingin menggunakan perkhidmatan FY serta PRIBUMI,
pastikan dokumen anda sampai kepada FY sebelum atau pada hari Selasa 19 Februari
2013 ini.
Kepada yang menghantar melalui pos hantarkan kepada ;
Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank Berhad
Grd Floor, Quattro West
No.4, Lorong Persiaran Barat,
46200 Petaling Jaya
Selangor.
Tel - 012 654 0130
Memandangkan ianya wajib bagi pelabur untuk mempunyai
akaun CDS sebelum memohon saham-saham ini dan anda masih belum punyai akaun CDS
ini maka anda boleh menghubungi FY bagi tujuan membuka akaun tersebut.
Sekian dulu,
FY