Thursday, June 25, 2015

KETIKA ITU, KETIKA INI...

KETIKA ITU, KETIKA INI…

Perhatikan seorang pakcik.
Keluar dari sebuah kereta mewah.
Pakai jam dan pakaian yang serba mahal.

“Kayalah pakcik itu.” Bisik hatiku…

Perhatikan seorang pemuda.
Menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai jam dan suit yang serba mahal.

“Anak orang kaya ni.” Kata hatiku…

Aku hanya seorang kanak-kanak anak seorang pengawal keselamatan ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad ketika itu.
Aku hanya seorang pekerja 7 Eleven di Seapark ketika itu.
Aku hanya seorang pekerja Mc Donalds di Jalan Silang ketika itu.
Aku hanya seorang cleaner di Subang Aiport ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar Diploma Investment Analysis UITM Shah Alam ketika itu.
Aku hanya seorang despatch sebuah syarikat di Petaling Jaya ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda bidang Kewangan dan Pelaburan di Lincoln, Nebraska ketika itu.
Aku hanya seorang eksekutif di Affin Bank ketika itu.
Aku hanya seorang dealer di sebuah syarikat broker ketika itu.

Aku keluar dari sebuah kereta mewah.
Aku punya sebuah motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai jam dan pakaian yang serba mahal.

Aku hanya seorang remisier ketika ini.
Aku tetap Aku!
Kepada Allah Taala aku bersyukur...
Inilah roda kehidupan…

Adakalanya aku diperhatikan oleh seorang kanak-kanak kecil, seorang pelajar sekolah menengah, seorang pekerja 7 Eleven, Mc Donalds, seorang kerani, seorang despatch, seorang siswa, seorang eksekutif bank, seorang dealer dan sebagainya.

Pesanku hanya satu. Kalau aku boleh kamupun boleh! Percayalah kepada kebolehan diri sendiri! InsyaAllah.

Nukilan
FY   

No comments: