Showing posts with label belajar saham. Show all posts
Showing posts with label belajar saham. Show all posts

Monday, June 4, 2012

Cara Memohon IPO Awam / Felda Global Ventures Berhad melalui Maybank 2U.com


Salam ceria!

Di sini FY kongsikan cara bagaimana para pelabur memohon IPO Awam melalui online.

IPO Felda Global Venture Berhad ini sedang dibuka untuk langganan melalui Maybank2u. Anda boleh memohon untuk saham Tawaran Permulaan (IPO) Awam dan menyemak status permohonan anda dengan mudah dalam talian, di mana-mana jua anda berada.

Bil Terbitan Saham : 528
Nama Saham: Felda Global Ventures Holdings Berhad
Tarikh: 31 Mei 2012
Masa dibuka: 10:00 a.m
Tarikh Tutup: 12 Jun 2012
Masa ditutup : 5:00 petang hari
Harga Seunit : RM4.55

Nota: IPO hanya tersedia untuk langganan Internet disenaraikan di Maybank2u. Anda juga boleh memohon untuk saham pada ATM Maybank atau menyerahkan borang bercetak.

Ikuti langkah-langkah ini untuk melanggan :

Nota : Sebelum itu anda kena pastikan anda punya dana yang mencukupi kerana duit anda akan didebit keluar terus tanpa memerlukan permohonan “tag number”.

1. Login to Maybank2u and choose "Investment".
2. Next, select "eShare". This shows you the IPO (Initial Public Offering) list.
3. Select the IPO that you want and click "Apply".
4. Read the Terms and Conditions of the Application and Declaration eShare. You are advised to read and understand the prospectus and Important Notices BEFORE proceeding.
5. Select "I agree" to accept the terms and conditions of the Declaration.
6. Fill in the application form.
Disini anda perlu masukkan bangsa, jumlah saham yang ingin anda pohon beserta no akaun CDS anda. Bagi mereka yang belum punya akaun CDS, Hubungi FY!
7. Confirm your details and submit your application.
8. Print the transaction receipt for your reference.

Tahniah! Anda telah berjaya memohon saham IPO Awam melalui permohonan online.

Saranan FY belilah masa dekat dengan tarikh tutup IPO tersebut kerana taklah duit anda tersangkut lama nanti. Sebagai contoh untuk IPO Felda ini ;

Tarikh tutup        : 12 Jun 2012
Tarikh undian      : 15 Jun 2012

Maka bagi Maybank2U seandainya anda tidak berjaya maka duit anda akan dipulangkan lebih kurang pada 17 Jun 2012 nanti. Dalam ertikata lain sekiranya anda memohon pada 12 Jun duit anda cuma tersangkut selama 5 hari.

Bagi mereka yang mahu memohon 10,000 unit saham, FY sarankan anda memohon 11,000 unit saham kerana kebarangkalian untuk berjaya mendapatkan saham tersebut adalah lebih tinggi memandangkan ia bakal berada dalam bracket yang lain.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan. Ia sangat baik untuk beginner dalam pelaburan saham ini. InsyaAllah ia akan dijalankan dalam bulan Jun nanti. Kepada yang berminat sila layari ;





Tuesday, June 21, 2011

Perkara yang perlu diketahui sebelum melabur saham


5 MITOS PASARAN SAHAM

1.   Pasaran saham ialah kasino!

Tidak, pasaran saham BUKAN kasino. Melabur dalam saham pada dasarnya berbeza daripada berjudi. Membeli saham atau stok mewakili pemilikan dalam sesuatu syarikat dan memberikan hak kepada pembeli menuntut hak terhadap aset syarikat dan berkongsi keuntungan syarikat. Selalunya, pelabur berfikir bahawa membeli saham merupakan cara untuk mencuba nasib dan mendapat keuntungan dengan cepat. Tanggapan ini salah

2.   Hanya untuk orang kaya 

Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan dan mendapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat.

3.   Masa paling baik untuk melabur ialah ketika pasaran “bul” 

Ketika pasaran bul atau ketika pasaran sedang naik dan aktif, bukanlah satu-satunya masa paling baik untuk melabur. Berbekalkan maklumat yang baik dan pemilihan saham yang teliti, pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang baik pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika pasaran bul atau bear (apabila pasaran jatuh dan tidak aktif).

4.   Mustahil melabur tanpa “maklumat panas”

Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas. Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur. Pastikan dia mempunyai lesen yang sempurna.

5.   Beli saham harga murah ketika pasaran bulis

Membeli saham harga murah ketika pasaran bulis dengan harapan harganya akan naik ketika pasaran sedang bulis bukan merupakan strategi pelaburan yang berkesan. Strategi lebih baik ialah membeli saham syarikat yang mempunyai asas yang baik pada harga berpatutan. Ini kerana harga merupakan hanya satu bahagian daripada pelaburan saham. Jangan keliru dengan konsep pelaburan nilai. Ini bukan bermakna membeli saham apa sahaja syarikat yang harga pasarannya sedang menjunam, seperti kata pepatah lama Wall Street,“Siapa yang cuba menangkap pisau yang jatuh, pasti luka”. Pelaburan nilai ialah membeli saham syarikat berkualiti tinggi yang dinilai rendah oleh pasaran.

SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC), peneraju bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal di ASEAN, adalah cabang pendidikan dan pembangunan bagi Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan diperbadankan pada 2007.

Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan panduan pelaburan bijak.