Tuesday, June 19, 2012

Meeting PRIBUMI dengan Dato' Ranjit Singh, Pengerusi SC.

Salam sejahtera.

Semalam pada 18 Jun 2012, FY selaku Naib Presiden PRIBUMI bersama para AJK yang lain bermesyuarat dengan Dato' Ranjit Singh Executive Chairman Securities yang baru bagi membincangkan hala tuju industri pasaran modal negara ini menuju ke hadapan. Ia bermula pada jam 3:00 petang dan berakhir pada jam 5:30 petang. 

Pelbagai isu yang diketengahkan antaranya ;

  • Isu BDREF
  • Isu yang membabitkan Remisier, Dealer juga masalah yang melibatkan Broker
  • Isu Brokerage
  • Isu penubuhan Islamic Broker Pribumi
  • Isu Pasaran yang lemah
  • Isu meningkatkan penglibatan pelabur runcit
  • Isu Struktur IPO dan banyak lagi.
Nampaknya Dato' Ranjit Singh sudi memberikan kerjasama yang baik dengan PRIBUMI dan ia merupakan langkah pertama yang baik bagi kami untuk bekerjasama membangunkan pasaran modal amnya dan meningkatkan ekonomi rakyat negara ini secara khususnya.

Marilah kita sama-sama berdoa agar tindakan-tindakan yang bakal diambil kelak akan membawa manfaat yang banyak kepada kita semua terutamanya mereka yang melabur saham di Bursa Malaysia. InsyaAllah.


FY berdiri nombor 3 dari kanan.

Sekian dulu buat kali ini.

FY

No comments: