BERHATI-HATILAH DENGAN REMISIER PENIPU
Manusia selalu merasakan yang diri mereka serba sempurna.
Atas rasa kesempurnaan inilah mereka menghukum dan menilai orang lain.
Mengatakan itu dan ini. Mereka berkata mereka beriman kepada Allah Taala tapi
pada masa yang sama mereka punya perasaan hasad dengki dan irihati bilamana
melihat orang lain berjaya. Hakikatnya mereka masih tidak dapat mengalahkan
sifat mazmumah yang bersarang di dalam hati.
Hari ini FY mahu bercerita dan kepada mereka yang membaca
artikel ini dan terasa pedasnya, minta maaflah. Telah kian lama FY beri peluang
untuk anda menggunakan akal untuk berfikir dan hari ini FY akan menggunakan perantara
blog ini untuk bersuara dan memberi teguran.
Untuk pengetahuan anda semua, kehadiran FY dengan niat
Lillahitaala untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah tidak disenangi oleh
banyak pihak. Pihak yang lebih senior yang kononnya lebih lama berada dalam
pasaran. Kenapa mereka tidak berpuas hati dengan FY? Kata mereka FY menutup periuk
nasi mereka. FY menutup periuk nasi orang lain? Ish! Siapalah FY yang berkuasa
untuk berbuat demikian? FY bukan Tuhan. FY hanya manusia biasa yang tidak punya
apa-apa daya upaya melainkan dengan izin Allah Taala.
Dalam pasaran saham, sebenarnya tak semua remisier yang
punya sikap yang baik, tak semua remisier yang punya etika yang baik, tak semua
remisier yang punya akhlak yang baik.
·
Ada
remisier yang mata duitan.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu untuk mengenakan para pelanggannya.
·
Ada
remisier mengenakan caj 3 sen, 5 sen, 10 sen, 50% kepada saham MITI yang mereka
jamin dapat. Walhal kalau pelanggan itu punya cukup dokumen maka saham MITI itu
pastikan akan ditawarkan kepada mereka.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu dokumen pelanggan untuk mendapatkan saham MITI.
·
Ada
remisier yang sanggup memberi rasuah dalam pelbagai bentuk untuk mendapatkan
saham MITI.
·
Ada
remisier yang sanggup menipu cop pegawai bank, cop pegawai Tabung Haji, Cop Pegawai
PNB untuk menipu dokumen yang dihantar ke MITI.
·
Tak
cukup dengan ini mereka memaksa pelanggan untuk mengambil pinjaman share
financing yang menguntungkan mereka.
·
Kemudian
selepas menjual saham mereka menahan cek pelanggan lantas mengenakan pula 10%
hingga 25% lagi dalam bentuk profit sharing.
·
Hingga
ada yang mengadu pada FY keuntungan mereka yang berjumlah RM30,000.00 hanya tinggal
RM5,000.00. Selebihnya diambil oleh Remisier tersebut. Semua ini berlaku kerana
mereka tidak tahu dan tak punya ilmu dalam pasaran saham.
·
Ada
remisier yang menyalahgunakan akaun saham pelanggan.
·
Ada remisier
yang menipu mengatakan mereka punya kelayakan MSTA dan kelayakan lain hanya
untuk mengaburi mata para pelabur walhal mereka tak punyapun kelayakan
tersebut.
·
dan
banyak lagi.
Kepada anda para pelabur baru berhati-hatilah. Apa yang FY
paparkan ini adalah kisah benar. Pada FY cukup-cukuplah. Mereka-mereka ini
harus dibenteras. Mereka makan duit haram dengan cara memanipulasi orang yang
tidak tahu. Industri ini mesti dibersihkan dari orang-orang yang seperti ini. Cukup-cukuplah
dengan penipuan ini.
Namun demikian tak semua remisier begitu. Hanya segelintir
kecil dari mereka. Kebanyakan yang FY kenal punya hati yang baik dan
menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai remisier dengan telus. Kepada mereka
ini FY ucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda. Jesteru kepada mereka yang
FY sebut di atas ini berhati-hatilah. Setiap pergerakan anda FY akan
perhatikan. Percayalah yang anda takkan selamat sekiranya anda terus
menjalankan kerja-kerja maksiat itu.
FY
www.faizalyusup.net
PS – Kepada pelabur yang pernah ditipu anda boleh membuat
aduan dengan membuat panggilan telefon ke Jabatan Hal Ehwal Pelabur, Suruhanjaya
Sekuriti - 03 6204 8999. Mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
No comments:
Post a Comment