Monday, March 3, 2014

PANDUAN MEMBELI SAHAM CAP AYAM


“Elakkan membeli saham syarikat yang rugi kerana ada banyak lagi syarikat yang untung untuk kita buat pelaburan…”

Faizal Yusup



Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog FY ini.

Alhamdullillah Seminar Super Investor Sabtu lalu berjalan dengan lancar dan semoga ia membawa manfaat kepada para pesertanya. Seterusnya kepada mereka yang ingin menjadi Trader, ingin belajar indikator-indikator analisa teknikal mahupun ingin belajar mendapat signal beli dan jual dengan cara menganalisa carta pergerakan harga saham maka jemputlah datang ke Seminar SuperTech Investor pula. Seminar bersama Sifu Zuhri Zain MSTA dan Nabil Fiikri MSTA pastinya akan membawa manfaat yang banyak kepada anda.

Ia akan diadakan pada hari Sabtu 15 Mac 2014. Hubungi Sifu Zuhri Zain di talian 012 6290407 untuk tujuan pendaftaran.

Apapun ramai pelabur baru malah pelabur lama yang membeli saham dengan sangkaan yang semua saham itu sama sahaja dan bagi kebanyakan, mereka suka membeli saham-saham murah dibawah harga RM0.50. Katanya leverage kerana beli saham murah dapat beli banyak dan kalau beli banyak kalau harga saham itu naik maka banyaklah keuntungannya.

Di sini biarlah FY terangkan mengenai saham-saham di bawah 50 sen ini. Saham-saham ini juga dikenali sebagai saham 3rd liner, saham penny, saham berjajaran kecil atau pada FY saham Cap Ayam.

Kenapa harga saham penny ini murah?

Ia murah sebab kemungkinan besar saham ini tidak bagus, saham syarikat yang mengalami kerugian, sebab itulah harganya murah. Silap-silap ia jatuh dan terus jatuh dan akhirnya mendapat status Practice Note 17 atau PN17 atau status G3 yang mana ia akan dinyahsenaraikan atau delisted. Maka dalam hal ini pelaburan modal anda akan menjadi 0!

Siapakah pelabur-pelabur yang terlibat melabur dan ber”main”dalam saham-saham Penny ini?

Saham seperti ini tidak disertai oleh para pelabur jangkamasa panjang atau Investor, tidak disertai oleh Institusi Asing mahupun Tempatan. Pembelinya terdiri dari golongan PDT, Day Trader, Trader, Kontra Players, Sindiket Saham dan Newbie. Keuntungan hanya akan dijana kepada Sindiket dan Trader-Trader yang berpengalaman, yang hilang duit ialah Trader yang tidak berpengalaman juga para Newbie. FY pernah terangkan mengenai PDT dan Sindiket dalam artikel-artikel sebelum ini.

Bagaimana nak tahu saham Penny ini ada sidiket yang menjaganya?

Ia mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menganalisa carta sepanjang sejarah pergerakan harga syarikat tersebut. Kalau terdapat “spike” iaitu kenaikan harga saham yang berkali ganda dan kemudian ia turun umpama terjunan bungee jumping maka elakkanlah saham-saham sebegini. Harga saham ini boleh naik dari harga 20 sen hingga ke RM2.00 dan kemudian jatuh balik ke harga asalnya. Mereka yang terbeli pada harga yang tinggi itu pastinya akan mengalami kerugian yang nyata.



Begitupun ada di kalangan saham-saham penny ini yang baik yang mana syarikatnya menjana keuntungan. Kita hanya perlu membuat sedikit penyelidikan bagi menentukan senarai saham-saham penny yang baik ini. Kalau tidak, kalau andamasih berdegil ingin membeli saham-sahamcap ayam ini, saranan FY belajarlah analisa CSI iaitu dengan membuat siasatan yang menyeluruh tentang saham yang bakal anda beli itu. Maknanya carilah siapa yang menjaga dan memelihara harga saham-saham tersebut atau belajarlah Analisa Teknikal supaya anda masuk dan keluar pada masa yang baik dan menguntungkan.

Oleh sebab yang sama, bagi mendapatkan pelaburan dari para pelabur runcit maka syarikat mengeluarkan saham-saham warrant yang lebih murah dari harga saham ibunya untuk kita buat pelaburan. Bilamana harga saham ibunya naik maka saham warrant ini akan naik juga. Leveraga dalam saham-saham sebegini pastinya membawa kepada keuntungan yang berlipat kali ganda.

Saham Warrant yang FY maksudkan di sini ialah saham Warrant yang diterbitkan oleh syarikat saham tersebut dan bukannya Call Warrant yang diterbitkan oleh pihak ketiga. Call Warrant hendaklah dielakkan melainkan anda faham propektusnya.

Kesimpulannya kita kena tahu apa yang kita buat, kita kena tahu apa yang kita laburkan. Tanpa ilmu ia pastinya kan merugikan pihak anda.

Sekian dulu,

FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.

No comments: