Sunday, November 1, 2015

ANAKKU PULANG DARI KOTA, ANAKKU BELIKAN KERETA...

Assalamualaikum...

Hari ni dalam blog ini FY nak cerita sikit tentang kisah FY. Kisah seorang anak pengawal keselamatan yang menjadi seorang remisier dan baru-baru ini dengan ini Allah Taala menghadiahkan sebuah kereta Honda City buat ibunya. Kenapa bukan kepada bapanya? Sebabnya bapa FY telah meninggal dunia tanggal 9 Mei 2001 semasa umurnya 53 tahun.

Well, kalau nak cerita perjalanan hidup FY ini panjang ceritanya. Tinggal di rumah setinggan di Pantai Dalam semasa kecil, tak cukup makan minum, keperluan dan pakaian itu semua perkara biasa. Perkara kecil. Alah bisa dek biasa. Bagi mencukupkan keperluan kami adik beradik maka ibu FY bekerja di kedai dobi dan di malam hari dia mengambil upah menjahit pakaian.

Gedek! gedek! Gedek! gedek! Bunyi mesin jahitnya berbunyi hingga adakalanya jam 4 pagi menyiapkan baju kurung yang orang tempah. Rumah kami tak pernah berkemas kerana kain perca berada di sana sini kecuali pagi hari raya. Masa itulah sahaja ia elok tersusun.

Apapun dalam rumah kami, pelajaran diutamakan. Kata ibu FY, "Kita tak ada harta,  bapa kamu tak kaya, kita tak punya apa-apa, jadi pelajaranlah yang akan menjadi modal kita". Kata-kata inilah yang FY pegang selama ini.

Jadi, walau dalam kesusahan dan kesempitan modal FY berjaya menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di Amerika Syarikat di bawah tajaan MARA dalam bidang kewangan.

Segulung Ijazah sebenarnya tak menjanjikan apa-apa. Hakikatnya ia tidak menjanjikan kejayaan dan kekayaan. Yang pening ialah untuk berusaha dengan gigih, punya sifat dan sikap yang betul serta bersandar kepada Allah Taala atas segalanya.

18 tahun dalam pasaran saham dalam misi mencari rahsianya bukanlah mudah. Pahit getir kerugian yang mencecah ratusan ribu ringgit amat sukar untuk diatasi. FY percaya kalau kita tak cukup kuat kita akan mengalah dan meninggalkan pasaran saham. Ramai yang sudah kalah dan mengalah tapi FY ni jenis bebal agaknya dan mungkin juga FY bukan jenis yang berputus asa. Ujian kematian bapa, FY masuk ICU kerana sakit jantung, 2 orang anak FY yang menghidap penyakit jantung berlubang, ujian bebanan kewangan, kemalangan, patah tangan dan sebagainya menyulami perjalanan kehidupan.

Tapi Allah Taala Maha Kaya, Maha Mengetahui. Pencarian FY akhirnya mula membuahkan hasil. Menjelang umur 40 tahun, segalanya berubah. Yang susah jadi senang, yang tak faham jadi faham, yang tersorok kini terbuka terbentang luas di depan mata. Alhamdulillah. Kesenangan mengambil alih kesusahan. Apapun FY tahu ujian kesusahan lebih senang dari ujian kesenangan jadi dalam ujian kesenangan ini FY perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah Taala.

Dan atas sebab itulah menyedari yang ibu FY amat memerlukan kereta baru bagi menggantikan kereta lamanya yang semakin usang, FY mengambil keputusan untuk membeli kereta tersebut buatnya. Lagipun FY tahu yang inilah saranan Islam, untuk berbakti kepada kedua ibubapa dan ganjaran yang dijanjikan Allah Taala amat banyak kepada anak yang mengembirakan orang tuanya. 


FY harap kisah ini bakal membawa iktibar kepada kawan-kawan di luar sana atau sesiapa sahaja yang dijodohkan dengan kisah ini untuk terus-terusan berusaha tanpa putus asa, untuk berbakti kepada kedua ibubapa, untuk bersabar dengan dugaan atau apa-apa juga iktibar yang boleh diambil dari cerita FY ini.

Dan kalau anda ingin belajar melabur saham dan mendapatkan rahsia bagaimana FY boleh menjana pendapatan dari pelaburan saham, jemputlah datang ke Seminar Super Investor yang FY jalankan pada hari Sabtu 7 November ini. Di sini langkah untuk anda juga berjaya dalam pelaburan saham bermula. Di sini FY akan kongsikan rahsia-rahsianya. FY bukan Along! FY cuma nak tolong!

Untuk keterangan lanjut mengenai seminar ini layari; 


Sekian dulu.

Ikhlas dari,

FY
0166667430


No comments: