Tuesday, October 23, 2012

Peserta Seminar Saham Super Investor

Assalamualaikum,

Seminar Saham Super Investor bersama FY anjuran Advance Forward Training and Consultants nampaknya mula bertapak, melangkah dari satu fasa ke satu fasa yang lebih baik serta mula dikenali di kalangan pelabur Bumiputera memandangkan peserta datang dari seluruh pelusuk tanah air, dari Perlis hingga ke Sabah, dari Kelantan hingga ke Johor Bahru.

Seminar ini juga disertai dan disokong oleh Pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan dan En. Khalid bin Mohamed juga telah menyampaikan sepatah dua kata mengenai zakat pelaburan saham disamping menyumbangkan risalah zakat untuk setiap peserta.


 En. Khalid sedang beraksi

Lebih menggembirakan Seminar kali ini juga disertai oleh Sifu Ridzuan Ibrahim Sifu dalam bidang Analisa Teknikal yang tidak ketinggalan memberikan amanat yang amat berharga kepada peserta Seminar kali ini.


Sifu Ridzuan Ibrahim sedang beraksi   

Alhamdulillah, kepada para peserta, FY ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi hadir, semoga perkongsian dan pencerahan di dalam seminar itu dapat dijadikan panduan dalam perjalanan pelaburan saham di Bursa Saham yang penuh liku itu. Harapan FY juga semoga para peserta bakal menjadi pelabur yang bijak. Bijak mencari ilmu pelaburan, bijak membuat keputusan pelaburan dan sebagainya. 


Seminar FY yang seterusnya InsyaAllah akan diadakan pada bulan Januari 2012 nanti. Apapun selepas ini pihak Advance Forward akan menjalankan Seminar Saham Supertech Investor yang dikhususkan kepada para pelabur yang ingin mempelajari kaedah analisa teknikal di pelaburan saham mahupun FCPO. Seminar ini akan dikendalikan oleh Sifu Shamsul Bahari MSTA juga Sifu Ridzuan Ibrahim InsyaAllah ia akan diadakan pada penghujung bulan November atau awal bulan Disember nanti.

Nantikan kehadiran kami nanti.


Sekian dulu.

No comments: