Assalamualaikum...
Hari ini FY menulis dari Hotel Oceania, Kota Kinabalu, Sabah, lokasi seminar Super Investor minggu ini. Kepada pelabur dan trader saham Bursa Malaysia yang ingin menimba satu dua ilmu rahsia menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia baik melalui Primary Market iaitu saham-saham IPO yang bakal disenaraikan mahupun Secondary Market iaitu saham-saham yang telah tersenarai di Bursa Malaysia jemputlah hadir. InsyaAllah seminar ini pasti akan mengutungkan anda.
Anda boleh mendaftar di www.seminarsaham.com.my sekiranya ingin hadir.
Terkini Kejohanan Bolasepak Piala Dunia sedang berlangsung dan banyak juga kejutan yang berlaku dengan kekalahan beberapa pasukan pilihan. Apapun selalunya kejohanan bolesepak Piala Dunia akan diikuti dengan penurunan Bursa-Bursa Saham sedunia kerana duit keluar dari pasaran saham untuk dijadikan modal pertaruhan di Piala Dunia namun kali ini ia berbeza kerana nampaknya pasaran saham semakin hari semakin mengukuh. Bursa Malaysia juga nampak sihat.
Dari segi Primary Market saham Seven Eleven yang disenaraikan naik begitu tinggi dan memberikan pulangan yang baik kepada pelaburnya.
25 hb Jun ini Icon Offshore anak syarikat Ekuinas akan disenaraikan. Ini diikuti pula dengan Boustead Plantation Berhad pada 26 hb Jun kemudian saham Econpile pada 30 hb penghujung bulan ini. Terus terang FY yakin kesemua syarikat ini juga akan memberikan pulangan pelaburan yang baik.
Dalam Secondary Market pula saham-saham penny stock dan saham-saham berjajaran kecil nampak begitu aktif. Rotational Play kenaikan dari satu saham kepada satu saham yang lain bergerak dengan begitu cepat. FY percaya trader yang juga terpaksa bergerak secepat pergerakan duit itu bagi menjana keuntungan. Kalau ditunggu silap-silap saham itu akan turun kembali. Pengecualian diberikan kepada saham yang Fudamental kerana nilai dan harga sahamnya akan terus-terusan naik.
Selalu FY jelaskan kalau kita membeli buah di pasar malam kita akan memilih yang elok dan baik, kalau kita memilih isteri kita juga akan berbuat demikian atau apapun juga kita akan selagi daya memilih yang baik, bermutu dan bernilai. Jadi pemilihan saham juga sebenarnya begitu. Elaklah membeli saham-saham yang mana syarikatnya mengalami kerugian, mempunyai hutang yang banyak, mengalami masalah tadbir urus dan sebagainya. Pilihlah saham yang punya nilai yang baik dan lebih baik lagi saham yang undervalue.
Kalau tak tahu bagaimana untuk membuat analisis ini jemputlah ke Seminar Super Investor kerana semua ini akan FY kongsikan.
Sekian dulu buat kali ini. Buat mereka yang mendapat saham Icon Offshore, Boustead dan Econpile baik dari syarikat dalam bentuk Pink Form, IPO Awam, IPO di MITI mahupun Private Placement FY ucapkan tahniah kerana InsyaAllah anda akan mendapat keuntungan darinya.
Sekian dulu.
FY
016 6667430
No comments:
Post a Comment