Kebelakangan
ini FY banyak menerima aduan dari pelabur malah terbaca di blog dan media sosial
mengenai kenyataan yang sebegini ;
- - Kita hanya perlukan 10% duit untuk mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
- - Kita boleh dapat loan / pinjaman dari pihak MITI untuk bagi mendapatkan saham-saham IPO di MITI.
- - Atau yang lebih kurang dengan kenyataan-kenyataan ini.
Bagi
mengelakkan kesalahfahaman kepada pelabur maka dalam isu ini biarlah FY membuat
penjelasan mengenainya bagi mengelakkan kekeliruan.
Sebenarnya
sama seperti memohon IPO Awam anda perlukan ada duitnya terlebih dahulu sebelum
anda memohonnya. Kalau memohon IPO Awam, Bank Draf atau duit tersebut akan terus
didebit daripada akaun anda tetapi dalam permohonan IPO di MITI anda perlu buktikan kedudukan kewangan berdasarkan permohonan yang anda buat.
Ini bermana
sekiranya anda memohon sejumlah saham bernilai RM100,000.00 maka anda perlu tunjukkan
kedudukan duit dalam akaun sebanyak itu baik dalam Akaun Bank, ASB, Tabung Haji
dan sebagainya.
Pihak MITI
juga akan menawarkan saham berdasarkan kedudukan kewangannya anda itu.
Sekiranya
anda memohon saham bernilai RM100,000.00 sedangkan anda hanya punya duit
sekadar 10% atau RM10,000.00 maka jumlah saham yang diperuntukkan hanyalah
sekadar RM10,000.00 sahaja. Ini berdasarkan pengalaman para pelanggan FY juga
pelanggan Persatuan remisier Bumiputera yang memohon dari pihak MITI selama
ini.
Dalam
ertikata lain TIADA DUIT TIADA SAHAM yang akan diperuntukkan.
Namun
demikian terdapat pengecualian di sini. Bilamana penawaran saham tersebut
melebihi permintaannya sebagai contoh saham PETRONAS CHEMICAL dahulu dengan
tawaran melebihi 900 juta saham pada harga melebihi RM6 maka ramai pelabur
bakal mendapat saham melebihi dari apa yang mereka pohon. Namun ini
jarang-jarang berlaku.
Kemudian,
bila anda telah menerima tawaran dari pihak MITI katalah saham ABC BERHAD
bernilai RM100,000.00 dan anda tidak mahu mengeluarkan duit RM100,000.00 itu
dari akaun bank/ ASB/ Tabung Haji anda, maka anda bolehlah buat pinjaman share financing dari bank-bank
pelaburan.
Bawa surat
tawaran dan pergilah ke Investment Bank, dan InsyaAllah mereka akan memberikan
pinjaman antara 60 hingga 90% bergantung kepada saham yang ditawarkan kepada
pihak anda. Dalam hal ini anda perlukan modal antara 10 hingga 40% atau antara RM10,000.00 hingga RM40,000.00 bagi
mencukupkan pembayaran tawaran saham IPO MITI anda.
Setakat yang
FY tahu hanya pada masa penyenaraian Felda Global Ventures sahaja para pelabur
mendapat pinjaman 100% dari beberapa Bank Pelaburan yang terlibat dengan
penyenaraiannya.
Ada juga
Syarikat Broker yang boleh memberi pinjaman 100% untuk IPO di MITI ini tetapi
mereka akan meminta profit sharing
50:50, 60:40, 70:30 antara pelabur dan syarikat dengan syarat-syarat lain
antaranya saham itu mesti dijual pada hari pertama disenaraikan dan sebagainya.
FY harap
huraian ini cukup jelas bagi menerangkan akan isu ini.
Sekian dulu
buat kali ini.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
Like Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
No comments:
Post a Comment