Assalamualaikum...
Pasaran
saham jatuh menjunam hari ini. KLCI jatuh 23.69 mata kepada 1778.88 mata.
Kejatuhan yang secara langsung mengikut kejatuhan Dow Jones melebihi 300 mata
hari sebelumnya. Kejatuhan ini dikatakan disebabkan oleh beberapa perkembangan,
isu tapering di USA iaitu pengurangan bajet pembelian Bond Kerajaan, isu di
China, isu nilai matawang di Australia, Turkey dan Argentina dan sebagainya.
Semua
ini merupakan sentimen negatif kepada pasaran saham serantau dan ini
termasuklah Bursa Malaysia. Pada FY koreksi (correction) pasaran telah lama dinantikan
memandangkan kenaikan pasaran yang berterusan sejak sekian lama tidak dapat
diteruskan lagi. Pasaran perlu bernafas dan berehat dan technical correction
ini sebenarnya bagus kepada pasaran.
FY
telah bertemu dengan keadaan banyak kali dan ia bukanlah satu masalah.
InsyaAllah pasaran akan kembali ceria nanti.
Sebenarnya
pasaran begini boleh menyebabkan ramai pelabur mengalami kerugian kalau kita
tak tahu apa yang kita laburkan. Ia merupakan satu ujian ketahanan. Pelabur
yang dapat bertahan adalah pelabur yang baik dan berhemah.
Kali
ini FY ingin berkongsi serba sedikit pengalaman FY dalam bidang pelaburan saham
ini dengan harap ada satu dua perkara yang anda baca di sini boleh membawa
manfaat kepada anda.
Setelah
mendapat diploma Analisa Pelaburan dari UITM pada tahun 1991 FY meneruskan
pengajian dalam bidang yang sama di peringkat ijazah di University of Nebraska
Lincoln. Menjelang tahun 1996 FY telahpun memasuki pasaran. FY mendapat lesen
pada tahun 1997 dan di sini bermulalah langkah FY “berperang” dengan Bursa
Malaysia. Sepanjang 17 tahun dalam pasaran saham ini pelbagai suka duka pahit
maung telah dilalui dan yuran pelajarannya amat mahal. Yuran dalam bentuk
kerugian dalam pasaran saham adalah perkara biasa.
Pada
masa itu terdapat ramai pemegang lesen yang seangkatan dengan FY. Katalah 2000
orang yang permulaannya sama dengan FY baik dia melayu mahupun bukan. Pada
ketika ini terdapat ramai juga Remisier Cina yang dalam pasaran saham ini.
Naik
turun pasaran saham adalah perkara lumrah dalam mana-mana pasaran saham. Mereka
yang dapat bertahan adalah mereka yang tidak berputus asa. Bila jatuh mereka
akan bangkit mengambil iktibar dan meneruskan perjalanan kehidupan.
Namun
demikian ujian besar krisis kewangan 1997-1998 telah membunuh ramai trader,
investor dan remisier yang melabur dalam pasaran saham. Pasaran yang telah
mencecah 1300 mata jatuh menjunam hingga ke paras 268 mata pada satu ketika. Ia
menyebabkan ramai yang kecundang tak kiralah betapa expertnya mereka dalam
pasaran saham. Pada ketika ini separuh telah meninggalkan pasaran mencari
kerjaya yang lain mahupun kembali kepada kerja asal mereka sebelum mereka
menjadi remisier. Ada yang kembali kerja bank, kilang, menjadi pekebun kelapa
sawit, nangka dan pisang, membuka perniagaan, memandu teksi, menjual insuran
dan saham amanah serta banyak lagi.
Kemudian
pasaran saham berada dalam momentum menaik selepas tahun 1999. Menjelang tahun
2006 dalam pasaran yang menaik ramai pelabur-pelabur baru dan lama telah kembali
ke pasaran saham.
Tanpa
disedari krisis tahun 2007-2008 disebabkan oleh isu Sub Prime di Amerika
Syarikat sekali lagi membawa impak yang serupa. Pasaran jatuh dari 1300 mata
hingga ke 800 mata. Pasaran hilang 500 mata pada masa ini. Kali ini lebih ramai
trader, remisier dan investor yang mengambil keputusan berundur memandangkan
kerugian yang tidak lagi dapat ditanggung. Sejak tahun 1996 itu hinggalah kini
jumlah remisier dan dealer, ini termasuklah investor dan trader telah serik
lantas meninggalkan pasaran. Yang masih tinggal boleh dikira dengan jari dan FY
adalah salah seorang yang tinggal dan masih tidak berputus asa.
FY
masih di sini kerana memegang sebuah kisah motivasi 95% pendaki gunung
kecundang tanpa mereka sedari sebenarnya mereka hanya tinggal 5% sahaja
pendakian yang perlu dijalankan. Kepada 5% yang meneruskan perjalanan maka
mereka akan sampai ke puncak jaya. Itu FY percaya dengan penuh keyakinan.
Ada
dua sebab kenapa segelintir dari kami masih berada di sini. Pertamanya kerana
terpaksa. Terpaksa meneruskan kerjaya kerana faktor umur yang tidak mengizinkan
kami ke tempat lain. Sebab yang satu lagi ialah ganjaran besar yang dikecapi
oleh mereka yang tidak berputus asa ini hasil dari ketabahan selama ini.
Alhamdulillah FY adalah salah seorang yang berada dalam rangkuman yang kedua
ini.
Terus
terang pelaburan saham bukanlah mudah. Ia sukar dan terlalu banyak yang perlu
dipelajari dan dilalui sebelum kita akan dapat memahami apatah lagi
menguasainya. Setahun dua sebenarnya masih belum memadai. Bayangkanlah para
remisier Cina yang handal ramai juga kecundang inikan pula kita pelabur baru
dalam pasaran.
Percayalah
apa yang FY katakan ini. Sejarah akan berulang dan ramai pelabur baru dalam yang
memasuki pasaran dewasa ini akan mengalami semua ini. Apapun FY percaya belajar
dan mengambil iktibar dari pengalaman orang lain juga adalah salah satu jalan
pintas untuk belajar. Apa yang penting ialah untuk belajar dengan orang yang
betul. Kalau tidak dugaan kerugian dalam pasaran saham ini bakal menjadi
makanan ruji diri anda.
Oleh
itu berhati-hatilah. Sebagai penutup artikel ini FY ingin mengambil kata-kata
seorang sahabat seorang pelabur berpengalaman – “Be humble to the market or the market will humbled you.”
Sekian
dulu.
FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Perkhidmatan kami ;
- Seminar Super Investor
- Seminar SuperTech Investor
- Seminar SuperTrader
- Membuka akaun CDS
- Memulakan portfolio pelaburan saham
- Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
Like Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
PS – FY ada menjalankan seminar
saham dari masa ke semasa. Layari www.seminarsaham.com.my
untuk mengetahui akan tarikh-tarikh seminar yang akan datang.
No comments:
Post a Comment