Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Semoga anda semua dalam lindungan Allah Taala hendakNya.
Nampaknya
catatan FY semalam menimbulkan banyak kontroversi, banyak komen yang membina
mahupun yang mengkritik. Bagus juga tu sebab ini bermakna blog FY ini ada pembacanya.
Alhamdulillah.
Bagusnya
bukan apa. Sama seperti kejadian 911 maka ramai orang kafir yang pergi mencari
Al Quran demi untuk memahami Islam dan akhirnya memeluk Islam. Jadi dalam hal
ini InsyaAllah nanti ramailah yang mencari siapa FY dan akhirnya akan tahu
kisah sebenarnya. Ini kerana manusia sifatnya tak puas hati sehinggalah mereka
bertemu dengan jawapannya. Terus terang semua ini merupakan satu perkembangan
yang bagus.
Bagi
yang nak kenal FY lebih lanjut, FY mudah dicari dalam internet malah dalam
negara ini. Anda boleh membaca blog ini dari mula kalau anda jenis rajin membacalah.
Iqra’ – bacalah. Itu merupakan antara saranan awal Allah Taala. Jadi bacalah
yer. Tak kenal maka tak cinta kata orang tua-tua kita.
Kemudian
anda juga boleh mencari FY di youtube. FY ada lebih kurang 65 video yang telah
dimuat turun di youtube. Cari sahaja kata kunci Faizal Yusup. Kalau anda
seorang yang malas membaca maka di youtube anda tak perlu membaca, hanya klik
dan dengar. Harapan FY anda mendengarnya dengan hati yang terbuka dan bersifat
positif.
Kalau
masih tak jumpa anda juga boleh membeli buku-buku yang pernah FY tulis. Ada 11
semuanya. Buku motivasi ada 4. Anda yang Baru, Berubah Sebelum Rebah, Keluar
dari Tempurung adalah antara tajuk-tajuk yang boleh anda beli. Tak apa kalau
tak ada duit sebab FY ada berikan buku karya FY secara PERCUMA di
www.manrempit.blogspot.com.
FY
rasa lebih baik orang yang memberi komen itu mengenali FY terlebih dahulu jadi
budibicara mereka akan lebih bersifat akal dari nafsu. Main tembak jer tanpa
siasatan yang mendalam adalah sesuatu yang tidak adil rasanya. Apapun itu hak
anda.
Memandangkan
blog ini rumah FY jadi sebenarnya FY boleh delete sahaja komen-komen yang
negatif yang bersifat biawak terjelir bak kata salah seoang pengomen itu tapi
tak apalah FY bersangka baik dan menerima teguran-teguran itu dengan hati yang
terbuka. Lagipun bukan kudis mahupun luka pun FY dengan teguran-teguran yang
membina mahupun tidak itu. Pengomen hanyalah makhluk Allah Taala perantara
dugaan. Jadi terima kasih FY ucapkan kerana mengomen.
Banyak
juga komen dari orang-rang yang tanpa nama mahupun yang punya nama samaran. Biasalah
orang melayu kita memang pemalu dan mungkin juga kurang berkeyakinan untuk ke depan.
Jadi FY rasa tak perlulah FY jawab komen-komen tetamu-tetamu yang tak diundang
itu. Hehehe...
Apapun
di awal penglibatan FY dalam bidang saham ini FY juga banyak melakukan
kesilapan demi kesilapan. Belajar dari sifu yang salah lantas membawa kepada kerugian
demi kerugian beratus ribu ringgit di tahun 1997, di tahun 2007 dahulu disebabkan
merudumnya pasaran saham namun itu semua sebahagian dari pembelajaran untuk FY
bangkit dan memperbaiki diri. Belajar dan terus belajar. FY hanya manusia
biasa, bukan Tuhan malah bukan malaikat. Kalau difikirkan tiada anak kecil yang
lahir boleh berdiri dan berjalan tanpa jatuh malah luka. Itu fitrah kehidupan.
Kita jatuh namun apa yang penting ialah untuk kita bangkit dan cuba lagi.
Bertatih hingga kita boleh berjalan dan berlari. Itupun kita yang dewasa ini juga
sekali sekala tergelincir dan jatuh. Sekali lagi FY tegaskan apa yang penting
ialah untuk kita bingkas bangkit serta ambil pelajaran dari kejatuhan itu.
Pelajaran-pelajaran
inilah yang menyebabkan kita matang dan faham bidang saham ini. Lantas
kefahaman dan pelajaran-pelajaran dari pengalaman inilah yang menyebabkan FY
keluar ke khalayak umum menjalankan seminar bagi menyampaikan apa yang FY tahu
kepada pelabur-pelabur yang ada di luar sana agar tidak melakukan kesilapan
yang serupa. Kepada yang berhati terbuka bukankah lebih baik belajar dan
mengambil pengalaman dari orang yang telah merasai semua ini? Kalau FY katakan
ada lubang di sesuatu tempat bukankah lebih baik tuan-tuan dan puan-puan elak
dari terjerumus di dalamnya. Apapun adakalanya manusia lebih suka untuk melalui
pengalaman terjatuh dalam lubang itu sendiri dan merasa sakitnya, itu
terpulanglah kepada pihak anda. PILIHAN DI TANGAN ANDA.
FY
keluar dan menjalankan seminar setelah mempelajari dan memahami selok belok
pasaran saham serta telah punya ilmu pengetahuan yang memadai disamping
pengalaman yang berharga untuk dikongsikan. Mungkin umpama mangga yang cantik
isinya tapi tak elok kulit luarnya. Dibandingkan dengan mangga cantik kulit
luarnya tapi busuk dan berulat isinya. Kalau itu yang anda ingin pilih dan
makan, sekali lagi PILIHAN DI TANGAN ANDA.
Seterusnya
berbalik kepada isu soalan-soalan yang FY sertakan dalam artikel yang
lalu.Soalan soalan itu adalah soalan basic pelaburan saham yang diketahui
jawapannya oleh para dealer dan remisier. Ia umpama soalan basic hukum hakam
ugama.
Contohnya
·
Apakah
sebutan Dua kalimah syahadah
·
Bagaimana
membaca Al Fatihah
·
Berapakah
Rukun Iman?
·
Berapakah
Rukun Islam?
·
Apakah
tugas Malaikat Mikail?
·
Berapa
kali kita wajib solat sehari semalam?
·
Berapa
orangkah kita boleh kahwin dalam Islam?
·
Bolehkah
kita makan babi?
·
Kalau
kita jumpa duit di tengah jalan bolehkah kita mengambilnya dan mengatakan
yangia hak kita?
·
Bolehkah
kita mencuri?
·
Bolehkah
kita merogol dan sebagainya?
Kalau
seorang ahli ugama nampak seorang ustaz yang menjalankan ajaran sesat yang
megatakan boleh kahwin lebih dari empat, boleh minum arak, boleh mengambil duit
hak orang lain dan sebagainya takkan dia berdiam diri sahaja?
Iman
di tahap rendah kita boleh tak redha dalam hati, iman tinggi sikit bersuara
menggunakan lidah, iman yang tertinggi ialah untuk mengambil tindakan.
Sama
dengan analogi di atas itu bila FY melihat dan mendengar ;
·
Ada
mentor yang mengajak orang ramai MAIN SAHAM
·
Ada
mentor yang mengatakan kita boleh dapat loan dari kerajaan untuk membeli saham
MITI
·
Ada
pelabur-pelabur yang merungut telah membayar sehingga RM13,000 untuk
seminar-seminar saham tetapi masih tak tahu apa-apa,
·
Bila
ada pelabur yang lesap duitnya RM100,000.00 selepas memberinya kepada mentor
saham,
·
Bila
ada pelabur-pelabur yang hilang duitnya kerana melabur saham yang dinyah
senarai atas saranan mentornya serta
·
Banyak
komplen serta rungutan lain yang FY terima hanya kerana FY mudah dicari bila di
google,
Takkanlah
FY hanya berdiam diri dan tak redha dalam hati? FY diamanahkan dengan jawatan
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, FY diamanahkan dengan blog saham
yang dikunjungi ramai. Jadi pastinya FY akan bersuara. Terima atau tidak itu
PILIHAN ANDA. Seorang Islam yang punya sifat BERSANGKA BAIK dalam hatinya pasti
akan melihatnya dari sudut yang positif dan begitulah juga sebaliknya.
Apa
yang FY tahu ialah hukuman Allah lebih berat kepada orang yang TAHU daripada
orang yang TAK TAHU. Jadi FY yang tahu inilah yaang bertanggungjawab untuk
menegur dan memberi nasihat.
Di
sebalik semua ini FY yakin ada kebanyakan yang singgah di blog ini ada
mengambil ilmu pengetahuan dari blog perantara bernama FY ini. Ambillah ia
percuma. Anda sebenarnya tak perlu datang ke seminar saham FY pun kerana ilmu
pengetahuan yang anda kehendaki dalam seminar itu ada dalam blog ini secara
PERCUMA. Apa yang perlu anda lakukan ialah untuk membaca artikel-artikel di
dalamnya.
Seminar
saham FY itu ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman serta membantu para
pelabur untuk menjadi pelabur yang bijak dan berhemah dengan sedikit bayaran.
Ilmu pengetahuan motivasi dan ugama FY sampaikan secara percuma atas alasan
Ilmu itu tak boleh diperdagangkan dengan nilai yang sedikit tak kiralah berapa
harganya.
Beginilah,
carilah orang yang kenal FY secara dekat atau pergilah tengok video-video FY di
youtube. Kalau anda bertemu dengan pengisian ilmu pengetahuan yang selama ini
umpama hijab yang menutupi akal fikiran dan hati anda, fikir semula. Fikir
semula kenapa anda dijodohkan Allah dengan makhluk bernama FY ini... Fikir
semula kenapa anda dijodohkan dengan blog ini.
Sekian
buat kali ini.
Fikir-fikirkanlah..
Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala
kelemahan adalah atas kekurangan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya
pinta.
Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih
meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.
Ikhlas dari,
Faizal Yusup
www.faizalyusup.net
No comments:
Post a Comment