Saturday, January 25, 2014

PANDUAN MENDAFTAR / MEMOHON IPO DI MITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi melayari blog ini.

Salah satu cabang pelaburan saham yang pada FY wajib diketahui oleh semua pelabur Bumiputera ialah pelaburan melalui permohonan IPO atau Saham Terbitan Awam di MITI. Hakikatnya adalah lebih baik untuk pelabur Bumiputera memohon saham IPO di MITI kalau dibandingkan dengan memohonnya melalui kaedah IPO Awam baik melalui Online Banking, menghantar borang, mahupun melalui ATM kepada pihak Issuing House memandangkan kebarangkalian untuk mendapatkan saham-saham IPO baru ini adalah jauh lebih tinggi peratusannya di MITI.

Ini kerana peratusan IPO yang diperuntukkan kepada Bumiputera hanyalah sekitar 12.5% jadi hanya 1 hingga 2.5% diperuntukkan kepada Awam itupun dibahagi pula 50:50 antara Bumi dan Non Bumi dan antara 10 hingga 11% pula diperuntukkan kepada pelabur bumiputera di MITI. Dengan ini jelaslah memohon di IPO di MITI adalah lebih baik walaupun kaedah permohonannya mungkin agak sulit kalau dibandingkan dengan kaedah permohonan IPO Awam.  

Sebenarnya pihak MITI telah dua tiga kali menukar kaedah permohonan IPO ini memandangkan telah banyak penipuan dan manipulasi yang berlaku sebelum ini. FY rasa tak perlulah FY huraikan dengan panjang lebar mengenai hal ini dalam artikel kali ini. Dari kaedah manual, ditukar kepada kaedah online sepertimana yang pernah FY tulis dalam Ebook yang terdahulu. Namun kali ini sekali lagi pelabur di MITI perlu mendaftar nama dan profil mereka sebagai rujukan pihak MITI bagi memastikan yang pelabur tersebut ada pelabur yang genuine

Apapun di sini FY akan huraikan langkah-langkah mendaftar nama anda sebagai pelabur di MITI.

Layari sahamonline.miti.gov.my dan anda akan sampai ke page berikut ;


Clik pada butang - PELABUR BARU, SILA DAFTAR SEKARANG dan masukkan pilihan samaada anda pelabur Individu, Koperasi mahupun Syarikat. Tekan butang - DAFTAR. Bagi pelabur Individu page berikut ini pula akan terpapar ;


Jadi isikan butir-butir peribadi anda dalam kesemua ruang-ruang yang disediakan. Soalan yang punya asterix berwarna merah itu wajib dipenuhkan.


Isikan alamat tempat anda bekerja, alamat emel dan sebagainya.


Isikan no CDS, kalau anda belum ada nombor CDS maka anda boleh meletakkan no dummy. Kalau anda ingin membuka CDS dengan FY anda boleh menghubungi Staff FY En Yasin di talian 019 334 6570 untuk mendaftar di Kenanga Investment Bank Berhad. FY akan secara automatik menjadi remisier tuan-tuan dan puan-puan. Kemudian isikan maklumat suami atau isteri anda.

Setelah itu anda perlu muat naik salinan kad pengenalan. Apa yang perlu dalam hal ini ialah anda perlu scan Kad Pengenalan anda depan dan belakang kemudian COPY PASTE ke dalam applikasi PAINT dan SAVE dalam bentuk fail JPEG. Pastikan ia jelas dan bewarna sepertimana di bawah ini.


Sahkan pengakuan dan  kemudian tekan pada butang - HANTAR.


Selepas itu anda akan mendapat satu emel di mana terdapat KATA LALUAN yang akan diberikan. Anda boleh menggunakan kata lalaun tersebut atau menukar kata laluan tersebut mengikut selera anda. Selepas itu anda perlu cetak borang permohonan PDF, isikan dan lampirkan bersama segala penyata kewangan yang disahkan pegawai yang berkenaan serta salinan kad pengenalan yang jelas hitam putih / bewarna kepada pihak MITI melalui POS. Dokumen ini akan dijadikan dokumen rujukan asas oleh pihak MITI bagi mengetahui kesahihan status pelabur mahupun status permohonan nanti.




Itu sahaja. Anda sudah selesai. Pihak MITI akan memberitahu melalui Emel samaada permohonan anda telah berjaya atau sebaliknya.

Selepas itu bilamana ada tawaran saham IPO di MITI pihak MITI akan memberitahu melalui emel samada anda ingin memohonnnya ataupun tidak.

Dalam setiap permohonan nanti anda perlu mencetak borang di atas ini, melengkapkannya dan menghantar semua penyata beserta salinan IC kepada pihak MTI.

Begitulah kaedahnya.

InsyaAllah FY akan mengemaskini Ebook panduan lengkap memohon IPO di MITI ini untuk kemudahan anda kelak.

Sekian sahaja buat kali ini.

Semoga ia membawa menfaat kepada anda.



FY
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia


Perkhidmatan kami ;
  • Seminar Super Investor
  • Seminar SuperTech Investor
  • Seminar SuperTrader
  • Membuka akaun CDS
  • Memulakan portfolio pelaburan saham
  • Ebook - Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
Follow FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
Add FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii

No comments: