Thursday, February 2, 2012

Teknik saham yang berkesan



bro fy.. sy ada soalan.. sy newbie dalam saham. adakah kita boleh trade saham berdasarkan technical analysis. 

maksud sy tgk graf saja... xperlu rujuk mana report company.. contoh, berapa byk asset, untung dia dlm beberapa tahun..

harap bro fy dapat beri pandangan.. hehehhehehe

Salam bro...

Maaf lambat menjawab. FY dewasa ini sibuk belajar CFA, sibuk menginput jadi kurang kesempatan untuk mengoutput. Apapun ini jawapannya secara ringkas.

Sebenarnya Eugene Fama pernah membuat kajian pada tahun 1970 an dan dalam kajiannya pasaran dibahagikan kepada 3 golongan;

1. Technical Analyst
2. Fundamental dan Financial Analyst dan
3. Insider.

Apapun menurut kajiannya Technical Analyst adalah golongan yang paling lemah, diikuti oleh Fundamentalist yang sederhana dan Insider yang paling kukuh kebarangkaliannya untuk membuat keuntungan di pasaran saham. Kalau ada kesempatan FY akan tulis dengan panjang lebar mengenai hal ini. 

Begitupun Insider juga tidak dapat memonopoli maklumat untuk membuat keuntungan yang berterusan. Mungkin dalam satu dua stok.

Di Malaysia FY bagi satu lagi golongan.

4. Sindiket Saham yang juga tinggi kebarangkaliannya untuk membuat keuntungan kerana mereka yang mereka / mencipta informasi dan mereka pergerakan harga saham kerana mereka telah corner / menguasai apungan sesuatu saham itu.

Jadi, sebagai pelabur yang bijaksana kita kena buat semua analisa yang FY nyatakan tadi kerana dengan berbuat demikian kebarangkali keuntungan kita menjadi lebih tinggi dan pada masa yang sama ia mengurangkan risiko kerugian. Lagipun lagi banyak maklumat yang kita tahu mengenai sesuatu saham itu pastinya akan membawa kebaikan pada kita.

Harap jawapan FY membantu.

Sekian dulu.

FY 

No comments: