PENGUMUMAN
KEPUTUSAN
PERUNTUKKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA - WESTPORT
i.
WESTPORTS HOLDINGS BERHAD
-
Dimaklumkan bahawa keputusan peruntukkan saham bagi syarikat Westports Holdings
Berhad boleh disemak bermula 5/09/2013 dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang di
talian seperti berikut : 03-8880 5090/5063/5077/5025/5068/5042
-
Surat peruntukkan telah dihantar melalui pos kepada pelabur yang berjaya. Walau
bagaimanapun, salinan surat peruntukkan boleh diperolehi di MITI Putrajaya
bermula 5/09/2013 dari jam 2.00 petang – 5.00 petang.
-
Dokumen pembayaran dan Surat Akuterima boleh dimuat turun di website MITI
http://www.miti.gov.my/ Online Applications & Forms Bumiputera Special
Shares
FY
Nota
FY – Kali ini satu lagi isu timbul. Beberapa pelabur pelanggan FY telah
mendapat SMS dari pihak Maybank yang menawarkan pinjaman beberapa hari sebelum keputusan
peruntukan saham ini keluar. Bagaimana pihak Maybank boleh mendapat register senarai
pelabur-pelabur yang ditawarkan peruntukan menjadi tandatanya. Mereka juga
mendapat no hp peribadi pelabur-pelabur kami.
Pertamanya
senarai ini sepatutnya private and confidential dan pastinya ia tidak boleh
digunapakai oleh pihak lain lebih-lebih lagi untuk tujuan komersial malangnya
inilah yang berlaku. Malaysia Boleh!
Keduanya
inilah yang terpaksa dilalui oleh para remisier seperti kami. Institusi
kewangan menggunakan kekuatan mereka untuk mengambil bahagian dalam sector peruncitan/retail
hinggakan para remisier menjadi terpinggir.
Sekarang
FY sedang menunggu pula kepada siapa pihak MITI akan peruntukkan saham-saham
excess/lebihan UMW OnG mahupun saham-saham Westport yang tidak dilanggan itu.
Pada
FY memperuntukan 1 lot saham kepada sejuta orang adalah lebih baik dari
memperuntukkan sejuta saham kepada satu orang.
Sekian
dulu.
Sekiranya anda ingin memohon IPO di MITI
ini dan tak tahu bagaimana, datanglah ke Seminar saham Super Investor bersama
FY Sabtu ini. Daftar di www.seminarsaham.com.my
No comments:
Post a Comment