Assalamualaikum...
"Seorang pelayar yang baik bukan seorang pelayar yang mampu belayar hanya di lautan tenang tetapi mampu juga belayar dalam lautan ganas!"
Begitu juga keadaanya dengan seorang Investor atau Trader saham yang baik.
Semasa momentum pasaran menaik ia menyeronokkan dan menggembirakan ramai Investor dan Trader dalam pasaran saham. Maka ramailah yang menunjukkan keuntungan-keuntungan yang mereka jana dalam pasaran saham ini.
Namun demikian dua kali kejatuhan Bursa Malaysia baru-baru ini sedikit sebanyak menentukan kejaguhan seseorang Trader mahupun Investor tersebut. Terus terang bagi trader baru yang berangan untuk menjana pendapatan harian mahupun mahu menjadi jutawan dalam pasaran saham hanya tinggal angan-angan. Bursa Malaysia menjadi tempat yang mudarat. Kerugian menjadi dugaan. FY dah cukup lama dan cukup masak dengan semua ini.
Dewasa ini Seminar, kursus dan grup saham di media sosial tumbuh bagai cendawan dengan tema melabur saham itu mudah, boleh menjana keuntungan setiap hari, boleh buat duit tanpa modal dan pelbagai gula-gula lain yang ditawarkan.
Yang peliknya para sifu seminar baru setahun jagung dalam Bursa Malaysia, kalau di FB profil sebenar pun tak nampak, berselindung di sebaik avatar yang pelbagai. Itu pun ramai yang percaya.
Tak apalah, bila pasaran merudum maka pada masa itulah sifu dan para pelabur akan diuji. Pergolakan pasaran akan menjadi penentu.
Bila kerugian maka para sifu akan berkata, ia salah pelabur kerana tidak ikut tunjuk ajar Sifu, kerugian adalah perkara biasa, kena belajar dan terus belajar, kena masuk seminar yang seterusnya dan sebagainya. Kenapa sifu tu tak bantu pulihkan portfolio yang rugi tu yer? Owh! yang itu kena pergi seminar lain yang lebih advance pula? Hawhawhaw... Lantaklah...
Kepada yang melabur dengan ilmu dan tahu akan asas pemilihan saham yang betul maka InsyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan. Dengan masa saha-saham itu asti akan membawa keberuntungan kepada anda dalam bentuk dividen mahupun kenaikan harga saham tersebut.
Nak belajar dengan FY akan caranya, nak minta FY bantu pulihkan portfolio saham yang rugi, Hubungi FY yer...
Sekian buat masa ini..
FY
0166667430
www.faizalyusup.net
No comments:
Post a Comment