Showing posts with label Peruntukan saham khas bumiputera. Show all posts
Showing posts with label Peruntukan saham khas bumiputera. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Saham - Satu Penjelasan


FY nampak ada yang tidak berapa faham akan perihal saham IPO MITI ini dan perbezaannya dengan saham IPO yang dipohon melalui bank dengan menyediakan Bank Draft atau membuat pembayaran melalui ATM juga beberapa soalan lain. Jadi di sini FY akan cuba menerangkannya secara ringkas semoga ia membawa kefahaman kepada sesiapa juga membacanya.

Saham IPO atau Initial Public Offer atau Saham Terbitan Awam ini ialah saham syarikat yang mahu menyenaraikan syarikatnya di Papan Bursa Malaysia. Mereka menjual sebahagian daripada saham syarikat mereka kepada pelabur baik institusi mahupun pelabur runcit bagi mendapatkan duit bagi mengembangkan perniagaan dan mungkin juga untuk tujuan yang lain.

Apapun saham terbitan awam ini akan dibahagikan kepada 3 atau 4 bahagian ;

1. Pertamanya kepada kakitangan syarikat atau lebih dikenali sebagai Pink Form, borang merah jambu - borang yang mana permohonan saham itu PASTI dapat. Selalunya ia dalam lingkungan 10% dari peruntukan saham tersebut.

2. Keduanya kepada Pelabur Institusi dan ini diuruskan oleh Bank Penasihat yang dilantik syarikat tersebut. Selalunya ia dalam lingkungan 60 % daripada peruntukan saham tersebut.

3. Kemudian saham itu diperuntukkan pula kepada pihak MITI untuk diagihkan kepada Pelabur Bumiputera. Dalam hal ini ada juga syarikat yang disenaraikan tidak melalui MITI, ini kerana mereka telahpun punya profil atau kuota pelabur Bumiputera yang mencukupi. Contohnya Smartag, Mclean, XOX dan yang terbaru Eversendai tidak melalui MITI. Bagi yang kurang maka MITI lah tempatnya. Kira-kira 10 % peruntukan dikhaskan kepada MITI. Cara permohonannya ialah dengan memohon iaitu menulis surat kepada MITI dan menyediakan borang-borang yang diperlukan. Pada ketika ini akaun CDS, mahupun penyediaan Bank Draf tidak diperlukan.

Nota - PNB, Tabung Haji adalah antara institusi yang berada dalam kelompok saham peruntukan khas MITI ini. Mereka dikenali sebagai Tier 1 yang mana MITI memberi keutamaan kepada mereka. Selalunya kalau mereka memohon mereka akan memohon dengan jumlah yang banyak maka tinggallah saki baki untuk para pelabur kecil dan runcit.

*Kalau dahulu 30% pegangan saham Bumiputera merupakan satu kemestian sebelum satu-satu syarikat itu disenaraikan namun sekarang atas alasan liberalisasi semua ini tiada lagi.

4. Setelah melalui ketiga-tiga proses ini barulah IPO itu pergi kepada Public atau orang awam. Pelabur awam adalah tempat peruntukan saham yang terakhir dan ia juga berada dalam lingkungan 10% sahaja dengan hanya kira-kira 2% diperuntukkan kepada Bumiputera. Inilah sebabnya ia begitu sukar untuk mendapatkan peruntukan saham melalui undian ini kerana jumlah peruntukannya yang kecil. Saham ini dipohon samaada melalui ATM atau dengan menyediakan Bank Draf juga dengan memberikan no akaun CDS kepada samaada MIH atau MIDF bergantung kepada di mana saham itu diperuntukkan. Ia akan menjalani undian dan kalau gagal duit itu akan dipulangkan semula.

*Satu tip - Kalau hendak membelinya saham IPO Public ini, belilah pada jumlah yang banyak contohnya 11 lots, 21 lots, 51 lots, 101 lots dan sebagainya kerana ia akan diundi dalam kotak yang berasingan dan pastinya kotak 100 lots ke atas lebih kurang isinya kalau dibandingkan dengan kotak 10 lots ke bawah. Jadi peluang untuk diundi lebih tinggi. namun demikian jumlah yang bakal diperuntukkan terpulang kepada mereka.

IPO Public ini merupakan tempat yang terakhir sebelum ia masuk untuk disenaraikan. Ia perlu bagi mendapatkan spread seramai minimum 1000 pelanggan bagi menunjukkan yang profil syarikat itu seimbang yang mana pelaburnya terdiri daripada pelabur-pelabur dari pelbagai peringkat baik institusi mahupun individu.

Akhir sekali setelah semua ini diselesaikan dan pembayaran telah dibuat dan saham telah diagihkan maka syarikat itu akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak berapa lama kemudian.

FY harap penjelasan ini menjawab pelbagai soalan yang bermain di fikiran anda akan apakah perbezaan saham MITI dengan saham IPO ini.

Sekian dahulu buat kali ini.

Kalau anda ada apa-apa soalan mengenai pelaburan saham ini, hubungi FY. InsyaAllah FY akan cuba menjawabnya.

Monday, May 16, 2011

Bumi Armada Berhad, Old Town Coffee Berhad, IPO MITI, Peruntukan saham khas Bumiputera

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

1.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MITI sedang menawarkan peruntukan saham khas Bumiputera bagi syarikat-syarikat dan butiran peruntukan saham adalah seperti berikut:

BUMI ARMADA BERHAD

a) Jumlah saham  khas : Antara 168,386,500 hingga 336,773.000 unit
b) Harga par : RM0.20 seunit
c) Harga tawaran : Harga Indikatif akan dimaklumkan oleh CIMB Investment Bank kepada MITI pada 30 Mei 2011. Harga Muktamd akan diumumkan pada 12 Julai 2011.
d) Aktiviti utama syarikat : Bumi Armada is an investment holding company while its subsidiaries are principally involved in the provision of Marine transportation, floating production, stirage and oggloading operations, vessel construction, and engineering and maintenance services to offshore oil and gas companies.
e) Penyenaraian saham : Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad.
f) Bank penasihat : CIMB Investment Bank
g) Tarikh Tutup Permohonan : 7 JUN 2011 (SELASA)

Nota
·         Sebarang pelawaan kepada pelabur-pelabur untuk membeli saham-saham adalah tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti bagi Initial Public offering.

·         Sekiranya nilai permohonan langganan kurang daripada RM250,000 syarikat hendaklah menyediakan bukti bertulis bagi mematuhi jadual 6 dan 7. Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 iaitu pemilikan jumlah aset bersih di dalam akaun terbaru yang telah diaudit melebihi RM3 juta.

OLDTOWN BERHAD

a) Jumlah saham khas : 36,250,000 unit
b) Harga par : RM1.00 seunit
c) Harga tawaran : RM1.25 seunit (indikatif)
d) Aktiviti utama syarikat : Kafe Operasi, memproses dan menjual kopi “3 dalam 1”.
e) Penyenaraian saham : Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad
f) Bank penasihat : Aminvestment Bank Bhd
j) Tarikh Tutup Permohonan : 7 JUN 2011 (SELASA)

3.  Sekiranya pelanggan-pelanggan anda berminat untuk melanggan, boleh mengemukakan permohonan saham khas Bumiputera sebagai Pelabur dan dihantar samada dengan serahan tangan, kurier atau pos bersama dengan:

a) PERMOHONAN INDIVIDU
i)  Surat iringan (cover letter) dengan menyatakan dengan jelas nama syarikat yang menawarkan saham serta jumlah unit yang ingin dipohon;
ii)  Borang Profil Individu (borang boleh dimuat turun di www.miti.gov.my);
iii)  Salinan penyata bank terkini 3 bulan terakhir yang disahkan oleh bank;
iv)  Surat sokongan pembiayaan peruntukan dari mana-mana institusi kewangan yang ditandatangani sekurang-kurangnya oleh pengurus cawangan atau pengurus kanan portfolio yang relevan (mestilah dinyatakan nama pemohon, nama syarikat yang menawarkan saham, jumlah unit dan peratus pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan); dan
v) Lain-lain bukti kemampuan kewangan dan aset seperti Simpanan ASB, Tabung Haji, Sijil Simpanan Premium, Kemudahan Overdraft dan Simpanan Tetap.

b) PERMOHONAN SYARIKAT
i)  Surat iringan (cover letter) dengan menyatakan dengan jelas nama syarikat yang menawarkan saham serta jumlah unit yang ingin dipohon;
ii)  Borang Profil Syarikat (borang boleh dimuat turun di www.miti.gov.my);
iii)  Form 24 dan 49 terkini yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
iv) Laporan kewangan syarikat yang terkini dan disahkan oleh Setiausaha Syarikat;
v) Resolusi dari Ahli Lembaga Pengarah syarikat untuk melanggan saham tersebut;
vi) Salinan penyata bank terkini 3 bulan terakhir yang disahkan oleh bank;
vii)  Surat sokongan pembiayaan peruntukan dari mana-mana institusi kewangan yang ditandatangani sekurang-kurangnya oleh pengurus cawangan atau pengurus kanan portfolio yang relevan (mestilah hinyatakan nama pemohon, nama syarikat yang menawarkan saham, jumlah unit dan peratus pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak institusi kewangan); dan
viii) Lain-lain bukti kemampuan kewangan dan aset seperti Kemudahan Overdraft dan Simpanan Tetap.

4.  Hantarkan alamat emel anda kepada FY di greng70@yahoo.com bagi mendapatkan Borang Profil Individu dan Syarikat untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar kepada:
Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank Berhad
Quattro West, Ground Floor
No 4. Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.
Tel : 012 654 0130 Faks : 03 7620 2655

atau

Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)
Bilik 26, Tingkat 5, Tower Satu,
RHB Centre, Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.
Tel : 03-92815195 Faks : 03-92815087

atau jika anda ingin hantar terus kepada

Pengarah
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera
Bahagian Pembangunan Keusahawanan Bumiputera, MITI Putrajaya
Aras 7, Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Presint 2
65652 Putrajaya.

5. Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan memerlukan keterangan lanjut, bolehlah menghubungi pihak AJK PRIBUMI di talian di bawah ini atau emel greng70@yahoo.com

Faizal Yusup 012-6540130

Sekian, terima kasih.