Thursday, July 9, 2015

KOMEN FY MENGENAI KEDUDUKAN PASARAN SAHAM DEWASA INI...


Assalamualaikum...

Pasaran saham dan trend menurun dewasa ini oleh sebab sentimen pasaran yang negatif. Penurunan harga minyak, penurunan nilai ringgit Malaysia, permasalahan Eurozone lebih-lebih lagi di Greece yang gagal membayar hutang IMF, permasalahan kejatuhan pasaran saham serantau seperti Hong Kong dan China dan sentimen yang palng teruk ialah mengenai permasalahan politik dalaman negara ini.

Nilai ringgit yang merosot menyebabkan pelabur asing keluar meninggalkan pasaran Bursa Malaysia hari demi hari. Ini kerana kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan mereka rugi dua kali, rugi dalam pelaburan saham dan rugi kerana kemerosotan nilai ringgit. Mereka hanya akan kembali bilamana terdapat reversal kepada nilai ringgit tersebut.

Kejatuhan ringgit pastinya merugikan para pengimpot tetapi akan menguntungkan pada pengeksport. Ini kerana mereka yang menerima USD akan mendapat jumlah ringgit yang lebih banyak. Pada masa yang sama ia juga akan menaikkan beberapa sektor negara antaranya sektor pelancongan kerana melancong ke dalam negara ini akan menjadi lebih murah.

Semalam, pasaran Hong Kong dan China jatuh teruk tetapi apa yang pelik pada FY ialah pasaran Bursa Malaysia tidak jatuh malah menaik. Hari ini 10 Julai 2015 semasa FY menulis artikel ini Bursa Malaysia masih mengukuh 14 mata lagi 1715.94.

Pada FY mungkin pasaran Bursa Malaysia sudahpun berada pada fasa oversold dan pengeluaran pelabur asing dalam pasaran sudah semakin kering. Apa yang tinggal dalam pasaran hanyalah modal-modal tempatan. Lagipun lebih 50% dari jumlah pasaran modal negara ini terdiri dari modal dalam negeri. Kejatuhan ini pastinya akan membolehkan EPF contohnya untuk terus membeli saham-saham kukuh pada harga diskaun. Pada FY sekiranya institusi tempatan mula menjual beramai-ramai maka barulah pasaran saham akan jatuh lebih teruk.

Ketahanan pasaran saham ini jelas menunjukkan kukuhnya ekonomi negara ini dan atas sebab inilah Fitch Ratings memberikan credit rating stable terhadap negara ini. Polisi fiskal kerajaan untuk memperkenalkan lebih banyak cukai, mengurangkan subsidi, meningkatkan consumer spending nampaknya membantu dalam hal ini walaupun pada FY ia membebankan rakyat negara ini. Negara ini kukuh fundamentalnya kerana ia negara yang punya banyak sumber bahan mentah. Sumber yang boleh dijual kepada orang lain lantas membawa hasil ke dalam negara ini. Banyak syarikat yang peladangan dan syarikat pengekspot yang membawa keuntungan demi keuntungan ke dalam negara ini sebenarnya. Namun demikian anda kena faham, keuntungan dan kekayaan ini berada di tangan private sector dan bukannya di tangan kerajaan. Kerajaan hanya mengenakan cukai terhadap syarikat-syarikat ini. Dan duit inilah antara sumber yang akan digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir negara. Alkisah pentadbiran perbelanjaan kerajaan FY tak nak komen di sini.

Tentang situasi Bursa Malaysia nampaknya terkawal. Tidak seperti tahun 97 dan 2007 keadaannya nampak jauh berbeza. Lagipun pelaburan mengambil masa. Ketahuilah lagi pendek masa pelaburan kita maka lagi tinggilah risikonya. Warren Buffet dengan strategi pelaburan nilai mengambil masa yang lama untuk menimbunkan saham-saham pegangannya. Baru-baru ini FY membaca tentang kisah Remisier King Peter Lim dari Singapura yang memegang sahamnya antara 3 hingga 15 tahun. Saham Wilmar dengan pelaburan USD10 juta akhirnya dijual dangan nilai USD1.5 billion sedekad kemudian. Pelaburan perlukan kesabaran dan bukan hanya melihat saham tersebut untuk satu jangkamasa yang singkat. Syarikat perlu masa untuk membesar dan kemajuan syarikat ini akan dicerminkan dengan kenaikan harga saham-sahamnya.

Apa yang penting ialah untuk kita tahu syarikat mana yang kukuh dan berpotensi untuk kita laburkan duit kita itu. Tersilap percaturan dalam hal ini maka kerugianlah yang bakal mengundang.

Senario politik yang tidak tentu dewasa ini merupakan sentimen yang paling penting untuk kita lihat dalam masa 6 bulan akan datang ini. Ia akan mengambalikan keyakinan pelabur untuk kembali ke negara ini. Andai ia dapat diselesaikan maka FY yakin pasaran saham akan kembali sihat memandangkan Malaysia punya asas ekonomi yang utuh.

Selamat melabur dan jadilah pelabur yang bijak dan berhemah!

FY

Thursday, June 25, 2015

KETIKA ITU, KETIKA INI...

KETIKA ITU, KETIKA INI…

Perhatikan seorang pakcik.
Keluar dari sebuah kereta mewah.
Pakai jam dan pakaian yang serba mahal.

“Kayalah pakcik itu.” Bisik hatiku…

Perhatikan seorang pemuda.
Menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai jam dan suit yang serba mahal.

“Anak orang kaya ni.” Kata hatiku…

Aku hanya seorang kanak-kanak anak seorang pengawal keselamatan ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad ketika itu.
Aku hanya seorang pekerja 7 Eleven di Seapark ketika itu.
Aku hanya seorang pekerja Mc Donalds di Jalan Silang ketika itu.
Aku hanya seorang cleaner di Subang Aiport ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar Diploma Investment Analysis UITM Shah Alam ketika itu.
Aku hanya seorang despatch sebuah syarikat di Petaling Jaya ketika itu.
Aku hanya seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda bidang Kewangan dan Pelaburan di Lincoln, Nebraska ketika itu.
Aku hanya seorang eksekutif di Affin Bank ketika itu.
Aku hanya seorang dealer di sebuah syarikat broker ketika itu.

Aku keluar dari sebuah kereta mewah.
Aku punya sebuah motorsikal berkuasa tinggi.
Pakai jam dan pakaian yang serba mahal.

Aku hanya seorang remisier ketika ini.
Aku tetap Aku!
Kepada Allah Taala aku bersyukur...
Inilah roda kehidupan…

Adakalanya aku diperhatikan oleh seorang kanak-kanak kecil, seorang pelajar sekolah menengah, seorang pekerja 7 Eleven, Mc Donalds, seorang kerani, seorang despatch, seorang siswa, seorang eksekutif bank, seorang dealer dan sebagainya.

Pesanku hanya satu. Kalau aku boleh kamupun boleh! Percayalah kepada kebolehan diri sendiri! InsyaAllah.

Nukilan
FY   

Thursday, June 18, 2015

IPO DI MITI - SUNWAY CONSTRUCTION GROUP BERHAD


SUNWAY CONSTRUCTION GROUP BERHAD

Keputusan peruntukan saham syarikat SUNWAY CONSTRUCTION GROUP BERHAD boleh disemak melalui Sistem Saham Online bermula 18 Jun 2015 (Khamis) bermula jam 4.30 petang melalui capaian di alamat http://sahamonline.miti.gov.my
Perincian keterangan dan dokumen yang perlu dimuat turun boleh di dapati di http://sahamonline.miti.gov.my

#personalcoachingsahamFY

Thursday, May 28, 2015

TIPS RAHSIA MEJEMPUT REZEKI FY

Assalamualaikum...

Banyak juga iktibar yang FY dapat ambil dari percutian di Jakarta tempohari. Antaranya ialah mengenai rezeki. Ini kerana di sana FY nampak pelbagai kesukaran yang terpaksa dialami manusia yang sama bangsa dan sama ugama dengan diri FY bagi mencari sesuap nasi. Apa juga yang boleh ditukarkan kepada duit pasti akan mereka usahakan. Menjual kotak, botol, plastik, besi terpakai, menjaga parking motorsikal dan kereta, servis porter membantu mengangkat barang di pusat membeli belah, servis umpama teksi menggunakan motosikal dan sebagainya.

Namun begitu usaha mencari rezeki begitu pada FY adalah jauh lebih mulia dari meminta sedekah.

Pada masa yang sama ramai yang hidup secara setinggan di tepi sungai, tepi jalan keretapi di bawah jambatan mahupun dimana-mana ruang yang begitu padat di kota yang penduduknya melebihi 12 juta orang itu. Pastinya persaingan, ruang dan peluang mencari rezeki menjadi sukar. Pun begitu andai Allah Taala berkehendak FY yakin semua manusia di muka bumi ini bolah sahaja Allah Taala jadikan kaya dan berjaya. Namun itulah antara set dugaan yang perlu kita lalui sebagai makhluk Allah bernama manusia.

Adakah kita bakal menghadapi dugaan ini dengan sebagai insan yang bersifat ehsan atau adakah kita bakal menjadi manusia tetapi sifatnya seperti binatang yang mengikut naluri dan nafsu untuk mencari rezeki tanpa melihat hukum halal dan haramnya.

Alhamdulillah FY lahir dalam negara yang bertuah ini dimana ruang dan peluang itu jauh lebih mudah dan terbuka. Maka mereka yang punya prinsip diri yang betul dengan izin Allah Taala boleh sahaja berjaya di bumi bertuah ini.

Rezeki sebenarnya bukan hanya bermaksud duit sahaja dalam konteks ini tetapi ia merangkumi satu aspek yang lebih meluas. Kelapangan, kebijaksanaan, iman dan ilmu, anak yang soleh, kesihatan tubuh badan dan sebagainya.

Jadi, FY mengambil keputusan untuk mula menulis serba sedikit tip-tip menjemput rezeki dalam ruang ini dan ruang Facebook semoga sedikit sebanyak ia bakal membawa manfaat kepada anda yang dijodohkan dengannya nanti. InsyaAllah...

1.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Jaga hubungan dengan Allah Taala... Selalu berdoa... Sentiasa berhubungan... Lagipun semuanya dariNya...

2.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Buat baik pada ibu bapa... Selalu mencari peluang untuk buat baik pada mereka... Minta doa mereka doakan akan kejayaan dan keberkatan, minta keizinan mereka dalam apa juga yang ingin kita lakukan... sayangi mereka penuhi permintaan mereka selagi terdaya...

3.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Bertakwalah... Allah janji rezeki dari tempat yang tak dijangka. Bertawakkallah... Allah janji akan mencukupkan. Bersyukurlah... Allah janji memperbanyakkan...

4.   Tip Rahsia Menjemput Rezeki by FY - Kurangkan tidur dan mulakan hari awal pagi... Orang yang banyak tidur akan melihat dunia dalam jangkamasa yang singkat...

Bersambung...

Kepada yang ingin mencari pendapatan sampingan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia jemputlah datang ke Seminar Saham Super Investor Sabtu ini 30 Mei 2015, di Bangunan Lembaga Getah Asli. Seminar sehari itu bermula dari jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang dan yurannya cuma RM490.00 sahaja.

Selain FY, 2  lagi penceramah hebat yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam Bursa Malaysia akan FY bawa untuk berkongsi ilmu-ilmu serta rahsia-rahsia menjana keuntungan dalam Bursa Malaysia. Zuhri Zain MSTA(UK) pakar chartist kaedah analisa teknikal juga Nabil Fikri MSTA (UK) Regional Technical Analyst untuk CIMB Invesment Bank, seorang penganalisa saham yang hebat!

Daftar sekarang dan sertai seminar saham Super Investor ini kerana selepas ini pihak kami akan berehat selama beberapa bulan sebelum menjalankan seminar yang seterusnya.


Atau

Hubungi Puan Azila Ismail di talian 0166641755.


Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah kita bertemu lagi.

FY
0166667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker

Investsmart SC

Thursday, May 7, 2015

MENJADI TRADER ATAU INVESTOR DI BURSA MALAYSIA

6 langkah mudah menjadi trader atau Investor yang berjaya di Bursa Malaysia ;

1. Lawati http://faizalyusup.my atau www.faizalyusup.net dan baca artikel-artikel saham percuma di situ.

2. Download ebook setebal 134 mukasurat secara percuma di laman http://faizalyusup.my tersebut.

3. Datang Seminar Super Investor​ untuk memahami pelaburan di Bursa Malaysia secara keseluruhan.
  • Di sini akaun CDS untuk tujuan pelaburan saham akan dibuka, begitu juga dengan akaun trading dan akaun online.
  • Pelbagai rahsia menjana keuntungan melabur di Bursa Malaysia akan dibentangkan. Layari www.seminarsaham.com.my untuk mengetahui tarikh seminar yang seterusnya.

4. Datang ke Woksyop Analisa Teknikal untuk belajar TIMING beli dan jual dengan kaedah analisa carta pergerakan harga saham. Hubungi Zuhri Zain MSTA 012 6290407 untuk mengetahui tarikh woksyop yang seterusnya.

5. Datang ke Personal Coaching untuk belajar STOCK SELECTION dengan kaedah IMANTAP. Hubungi Abdullah Ramzi 017 3730513 untuk menempah slot Personal Coaching anda.

6. Jadi ahli WhatsApp FY dan kami akan pantau semua jual beli anda sehingga anda menjadi pelabur yang berhemah dan trader yang bijak!

Itu sahaja langkah-langkahnya. Ia akan mengambil masa namun ia pasti berbaloi!

FY
Berlesen dengan Bursa Malaysia dan punya pengalaman lebih 18 tahun dalam Bursa Malaysia.
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad 
Naib Presiden 
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker 
Roadshow Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti


#SeminarSuperInvestors
#FYSuperInvestorsClub


Monday, May 4, 2015

CARA MEMOHON SAHAM IPO MELALUI MAYBANK2U.COM

GARISPANDUAN  LENGKAP MEMOHON SAHAM TERBITAN AWAM ATAU INITIAL PUBLIC OFFER YANG DIPERUNTUKKAN UNTUK PELABUR AWAM MELALUI KAEDAH ONLINE BANKING.

Sebenarnya anda boleh menggunakan mana-mana online banking mana-mana bank komersial yang menyediakan perkhidmatan ini dan di sini FY menunjukkan langkah-langkahnya dengan menggunakan platform Maybank2U.

KEPERLUAN ;
  • ·     No akaun CDS, kalau belum ada anda boleh hubungi staff FY En Yasin di talian 0193346570 pada waktu pejabat untuk membukanya.
  • ·        Duit simpanan yang mencukupi.

Sebagai langkah pertama log in masuk dalam platform online banking anda dan anda akan dapat melihat paparan berikut. Di sini tekan butang INVESTMENT.




Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang berikut ;
Di sini tekan butang ESHARE untuk ke langkah yang seterusnya.




Di sini anda akan dapat melihat saham-saham yang sedang ditawarkan. Dalam contoh ini saham MALAKOFF sedang ditawarkan sedia untuk dipohon dengan tarikh tutup pada jam 5 petang 28 April 2015 dengan harga tawaran sebanyak RM1.80.

Buat pilihan dan tekan butang APPLY.



Dari situ anda akan dibawa ke paparan yang seterusnya.
Tandakan yang anda telah membaca prospektus saham ini dan tekan butang ACCEPT.



Seterusnya anda akan dibawa ke paparan yang berikut ini ;


Pilih akaun bank anda, bangsa, jumlah unit saham yang ingin dipohon dan 15 digit no akaun CDS anda. Pastikan anda punya jumlah wang simpanan yang mencukupi. Ini kerana duit anda akan terus didebitkan sebaik permohonan selesai.

Dalam contoh berikut pelabur memohon sebanyak 110 x 100 unit saham iaitu menjadikan jumlahnya 11,000 unit. Setelah semuanya mengkap tekan butang CONTINUE.


Anda akan sampai ke paparan yang seterusnya ini. Paparan ini adalah bagi tujuan PENGESAHAN. Bila semua betul makan tekan butang CONTINUE bagi meneruskan permohonan anda. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan kembali semula ke paparan yang sebelumnya dengan menekan butang GO BACK.




Bila semuanya lengkap dan dengan menekan butang CONTINUE tadi paparan seterusnya akan menunjukkan yang permohonan anda telah berjaya!

Duit simpanan anda telahpun didebitkan dan hanya baki jumlah duit simpanan anda yang akan dinyatakan di sini.

Simpan penyata berikut ini dan cetak sekiranya perlu sebagai bukti permohonan anda.





Jadi begitulah langkah-langkah permohonan saham IPO Awam melalui online banking. Selamat mencuba, selamat melabur di Bursa Malaysia dan selamat menjadi pelabur yang bijak.

Persoalannya sekarang bagaimana pemilihan dijalankan, apakah Fair Value saham IPO yang sedang ditawarkan, apakah status syariahnya, apakah kaedah lain yang boleh digunakan, apakah rahsia bagi mendapatkan saham-saham ini, bilakah masa yang terbaik untuk menjualnya?

Semua jawapan bagi persoalan ini ada dihuraikan dalam Seminar Super Investor yang FY jalankan dari masa ke semasa. FY juga akan menulis panduan lengkap permohonan saham IPO Awam ini dalam Ebook Rahsia Menjana Keuntungan Melalui Pelaburan Saham IPO Awam yang akan diterbitkan tak lama lagi.

Sekian dulu buat kali ini,

FY
016 666 7430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti

Download Ebook Investlah setebal 134 mukasurat secara percuma karya FY di http://faizalyusup.my

Mulakan langkah pertama pelaburan saham dengan menghadiri Seminar Saham Super Investor pada 30 Mei ini di ;

Tuesday, April 28, 2015

USAHA MENJADI TRADER DAN INVESTOR DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Cerita bergambar - Bagaimana seorang Investor yang berhemah dan Trader yang bijak dilahirkan atau perjalanan seorang pelabur zero menjadi pelabur hero!

Langkah 1 - Datang ke Seminar Saham Super Investor dimana tinjauan akan peluang-peluang dan rahsia menjana keuntungan dalam pelaburan saham akan dihuraikan. Pelaburan dalam IPO Awam, IPO di MITI, Analisa Asas, Analisa Kewangan dan Analisa Teknikal akan dibentangkan. Disamping itu strategi-strategi pelaburan dalam pasaran terbuka di Bursa Malaysia juga akan diperjelaskan.
Pembukaan akaun CDS, Akaun Trading, Akaun Online dan Akaun Global akan diberikan secara percuma. Produk-produk yang ada dalam Bursa Malaysia, Kategori Saham dan Pelabur akan diberi pencerahan. Cara jual beli saham baik mengunakan khidmat Remisier mahupun secara online juga akan dihuraikan dengan teliti dan lengkap.
Inilah antara ribuan peserta yang telah hadir dari jauh dan dekat mengambil langkah pertama memasuki gerbang pelaburan saham di Bursa Malaysia.
Langkah 2 - Peserta seterusnya perlu melangkah ke Woksyop Analisa Teknikal iaitu pembelajaran menganalisa pergerakan harga saham bagi mendapatkan signal Buy atau Sell pada masa yang tepat. Huraian mengenai indikator-indikator pasaran, Trend Pasaran, Psikologi pelabur, Asset Allocation, Risk Reward Ratio dan banyak lagi akan dijelaskan. 
Langkah 3 - Pelabur seterusnya perlu melangkah ke Sesi Personal Coaching. Ia adalah langkah terakhir sebelum pelabur terjun dalam pasaran saham. Terjun dengan mata yang terbuka dan dengan ilmu penuh di dada penuh keyakinan. Di sini kaedah pemilihan Stok IMANTAP akan diutarakan. Kaedah pemilihan ini akan menapis saham-saham yang berpotensi dan bakal menguntungkan juga berkongsi tentang kaedah mengelakkan kerugian. 

Dalam sesi Personal Coaching itu juga perihal TIMING untuk membeli dan menjual saham baik pada Support atau Resistance, perbandingan antara satu satu kategori saham daripada yang lain akan disampaikan.
Seterusnya sesi-sesi ulangkaji dan menajamkan transaksi pelaburan anda serta khidmat nasihat yang berterusan akan dijalankan sehingga anda menjadi pelabur yang bijak, boleh berdikari dan berjaya menjana keuntungan dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Bantuan khidmat nasihat ini juga dijalankan dalam Facebook juga WhatsApp saban hari.

Begitulah langkah-langkah dari permulaan perjalanan anda untuk menjadi pelabur yang berjaya di Bursa Malaysia ini. Jadi, jangan tunggu lagi, jangan paku punggung anda di atas kerusi. Jangan jadi silent reader bertahun-tahun dalam blog FY ini. Ingatlah tindakan anda hari ini mungkin akan mengubah kehidupan anda di masa depan. Bertindaklah sekarang! Mulakan langkah pertama dengan menghadiri Seminar Saham Super Investor yang akan diadakan pada hari Sabtu 30 Mei di Bangunan Lembaga Getah Asli, Kuala Lumpur, bersebelahan KLCC.

Sekian dulu.

FY
0166667430
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Investsmart anjuran Suruhanjaya Sekuriti.

Layari website FY yang terbaru http://faizalyusup.my dan dapatkan ebook Investlah karya FY setebal 134 mukasurat di sana. Apa tunggu lagi?