Kalau kita ada RM1000.00 maka kalau kita membeli telefon bimbit maka akan berlaku susutnilai dimana dalam masa setahun nilainya mungkin akan berkurangan kepada RM500.00. Dalam erti lain kita kerugian sebanyak RM500.00 atau 50% daripada pembelian kita itu.
Kalau  kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan di bawah bantal pula ia akan  tetap RM1,000.00 atau mungkin ia akan hilang kerana dicuri atau rumah  kita terbakar macam cerita P Ramlee tu.
Kalau  kita gunakan RM1000.00 untuk disimpan dalam nbank maka dengan kadaar  faedah sebanyak 3% maka duit anda akan menjadi 1030.00 hujung tahun  nanti.
Kalau  kita gunakan RM1000.00 itu untuk dilaburkan dalam ASB maka dengan  dividen sebanyak 8% maka duit kita akab menjadi RM1080.00 hujung tahun  nanti.
Dan  kalau kita gunakan RM1000.00 itu untuk melabur sahak di Bursa Malaysia  maka kalau anda memilih saham yang baik dan kukuh maka anda boleh  mendapat keuntungan jauh melebihi 8% dalam ertikata lain anda boleh  mengukuhkan kewangan anda dengan jauh lebih cepat dengan melabur di  Bursa Malaysia.
Katalah  kita mendapat 15% setahun maka dalam tak sampai 10 tahun kita akan  dapat menggandakan wang kita itu. Pelaburan saham adalah cara bagaimana  semua orang kaya di dunia ini menggumpul dan mengukuhkan kewangan  mereka.
Kalau  anda berminat untuk menggandakan wang anda dengan melabur saham di  Bursa Malaysia tetapi tak tahu bagaimana untuk melakukannya. Tak tahu  bagaimana untuk memilih saham mana yang terbaik, Hubungi FY. FY sedia  membantu anda.
Selamat melabur! Jadilah pelabur yang bijak.
Sekian dulu.

1 comment:
antara saham amanah dgn pembelian saham terus yang mana lbh baik saudara?
Post a Comment