Wednesday, March 21, 2012

Anda Rugi Di Pasaran Saham?



Salam sejahtera semua,

Dalam pasaran saham kita perlu tahu sebanyak mana ilmu yang mungkin. Antara kaedah analisa yang baik dan boleh membantu anda membuat call yang baik ialah ;


Analisa Fundamental
Kita kena tahu akan latar belakang syarikat tersebut, siapa pengarahnya, apa aktyiviti syarikat dan sebagainya.

Analisa Kewangan
Kita juga kena tahu akan kedudukan kewangannya EPS, PE, Mkt Cap dan sebagainya.

Analisa Teknikal
Kita kena tahu serba sedikit mengenai analisa Teknikal, mengenai Bollinger Band, RSI, MACD, CCD, Wedges, Pattern Formation dan sebagainya.

MK Experience
Kalau kita kurang faham akan analisa Teknikal maka FY sarankan anda subscribe kepada MK Experience kerana Sdr Mustapha Kamal telah membangunkan satu sistem intergration analisa teknikal ini yang memberikan call-call yang baik.

Analisa CSI
Kita juga kena tahu siapa jockey di sebalik syarikat itu yang menjaga harga saham sesuatu syarikat itu.

SSB
Dan kalau kita merupakan seorang client yang tak punya remisier dan menjalankan online trading maka saranan FY carilah seorang remisier dan minta dia masukkan anda dalam group SSB di Facebook kerana di sana ada ramai remisier dan dealer yang dengan sukarela akan membantu anda.

Ingatlah melabur tanpa ilmu akan hanya merugikan anda.

Sekian dulu.

FY

No comments: