Kebelakangan ini FY sering ditanya mengenai apakah itu borang
biru dalam penyenaraian sesuatu saham?
Kemudian FY terbaca pula mengenainya dalam blog dan website
yang yang menceritakan tentangnya namun hakikatnya kisah borang biru itu begitu
melencong dari definasinya yang sebenar. Nampaknya begitu ramai orang melayu
kita yang tak tahu atau langsung buta pengetahuannya mengenai saham. Tak apalah
di sini akan FY terangkan sedikit sebanyak mengenainya.
Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham
dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;
- Peruntukan Pink Form atau
Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah
syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham
Terbitan Awamnya.
- Kadang-kadang peruntukan
Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun
orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza
dengan Borang Merah Jambu, Boran Biru selalunya diberikan secara percuma.
- Green Form atau Borang
Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah
pelaburan minima RM 250,000.00.
- Seterusnya peruntukan
saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.
- Akhir sekali White Form
atau Borang Putih untuk pelabur awam.
Dalam hal ini sesekali ada syarikat yang bermurah hati dan
menawarkan Borang Biru kepada kakitangan syarikat mereka. Setakat yang FY
ingat, kakitangan syarikat Maxis dan Bursa mendapat Borang Biru ini. Tidak seperti
Borang Merah Jambu yang perlu dibayar mengikut harga tawarannya, Borang Biru
pula diberikan secara percuma atau dengan diskaun harga yang besar.
Dalam kes Borang Biru yang diberikan kepada kakitangan Bursa
Malaysia yang disenaraikan pada 18 Mac 2005, kakitangan Bursa Malaysia diberi
pilihan sama ada untuk menerima habuan berbentuk tunai atau peruntukan saham
Borang Biru secara percuma pada harga tawaran RM 3.00 sesaham. Untuk
pengetahuan anda semua, saham Bursa Malaysia naik ke peringkat tertinggi pada
harga RM 15.00 iaitu kenaikan sebanyak 400%.
Kepada warga Felda khususnya, lebih-lebih lagi para peneroka
yang mungkin akan mendapat peruntukan saham Borang Biru ini, FY menyarankan
anda semua menerimanya kerana ia pasti akan menguntungkan pihak anda. Bagaimanapun
anda perlu membuka akaun CDS iaitu akaun untuk menyimpan saham tersebut sebelum
ia diurusniagakan. Anda boleh membuka akaun saham ini di mana-mana syarikat
Broker atau anda boleh juga menghubungi FY untuk membukanya sekiranya anda
tidak pasti. Nombor telefon FY ialah 012-6540130.
Kepada warga Felda yang mendapat peruntukan Borang Biru ini
atau yang menerimanya tetapi tidak mempunyai akaun CDS maka ia tidak akan
berharga dan anda juga yang akan rugi. Kepada mereka yang tidak mengambil dan menerima
borang peruntukan Borang Biru ini, maka peruntukan tersebut akan diberikan
kepada orang lain samada pihak institusi mahupun diperuntukan kepada pelabur
awam.
Oleh yang demikian, bukalah akaun CDS yang cuma mengenakan
sebanyak RM10.00 sahaja dimana-mana syarikat Broker yang berdekatan.
BAGAIMANAKAH BENTUKNYA BORANG BIRU ITU?
Allotment Form atau Borang Peruntukan Saham ini sama sahaja
bentuknya walaupun apapun juga warnanya. Di dalam borang itu kenalah isikan
ruang nama dan alamat penuh, nombor kad pengenalan, jumlah saham yang dipohon
atau yang diperuntukan, nombor akaun CDS dan beberapa perkara lain. Itu sahaja.
Bagi pelabur yang pernah memohon saham terbitan awam atau IPO dengan mengisi
borang berwarna putih maka begitulah bentuk borangnya cuma warnanya sahaja yang
membezakannya.
KENAPA BORANG PERUNTUKAN SAHAM ITU BERWARNA WARNI?
Borang-borang itu mempunyai warna hijau, biru, putih dan
merah jambu tiada tujuan lain melainkan ia memudahkan Issuing House untuk
membahagi-bahagi dan mengetahui pelabur mana dapat peruntukan saham yang mana.
Itu sahaja tujuannya.
SUDAHKAH BORANG BIRU UNTUK FELDA GLOBAL VENTURES DIKELUARKAN?
Sehingga saat FY menulis artikel ini tiada apa-apa borang saham
yang dikeluarkan memandangkan permohonan penyenaraian FGVH masih belum mendapat
kelulusan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Oleh itu kalau ada yang mengatakan
mereka telah mendapat borang biru atau mana-mana borang sekalipun maka FY yakin
itu tidak benar sama sekali dan besar kemungkinan ada ditipu.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada FY andaikata
penerangan ini masih tidak difahami.
Sekian dulu,
FY
www.faizalyusup.net
Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.
Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.
1 comment:
salam, kami warga felda keratong 6 akan mengisi blue form pada minggu depan tetapi masaalahnya kami tidak lagi membuat akaun CDS. bagaimana caranya untuk membuka akaun CDS kerana kami kurang arif masaalah saham ini. saya mohon tunjuk ajar dari tuan. boleh hubungi saya 010-9093010 @ 09-4471016
Post a Comment