Saturday, March 31, 2012

Blue Form Felda Global Ventures Holdings Bhd


Kebelakangan ini FY sering ditanya mengenai apakah itu borang biru dalam penyenaraian sesuatu saham?

Kemudian FY terbaca pula mengenainya dalam blog dan website yang yang menceritakan tentangnya namun hakikatnya kisah borang biru itu begitu melencong dari definasinya yang sebenar. Nampaknya begitu ramai orang melayu kita yang tak tahu atau langsung buta pengetahuannya mengenai saham. Tak apalah di sini akan FY terangkan sedikit sebanyak mengenainya.

Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

  1. Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham Terbitan Awamnya.
  2. Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkan khas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah Jambu, Boran Biru selalunya diberikan secara percuma.
  3. Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah pelaburan minima RM 250,000.00.
  4. Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang dipilih oleh pihak MITI.
  5. Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

Dalam hal ini sesekali ada syarikat yang bermurah hati dan menawarkan Borang Biru kepada kakitangan syarikat mereka. Setakat yang FY ingat, kakitangan syarikat Maxis dan Bursa mendapat Borang Biru ini. Tidak seperti Borang Merah Jambu yang perlu dibayar mengikut harga tawarannya, Borang Biru pula diberikan secara percuma atau dengan diskaun harga yang besar.

Dalam kes Borang Biru yang diberikan kepada kakitangan Bursa Malaysia yang disenaraikan pada 18 Mac 2005, kakitangan Bursa Malaysia diberi pilihan sama ada untuk menerima habuan berbentuk tunai atau peruntukan saham Borang Biru secara percuma pada harga tawaran RM 3.00 sesaham. Untuk pengetahuan anda semua, saham Bursa Malaysia naik ke peringkat tertinggi pada harga RM 15.00 iaitu kenaikan sebanyak 400%.

Kepada warga Felda khususnya, lebih-lebih lagi para peneroka yang mungkin akan mendapat peruntukan saham Borang Biru ini, FY menyarankan anda semua menerimanya kerana ia pasti akan menguntungkan pihak anda. Bagaimanapun anda perlu membuka akaun CDS iaitu akaun untuk menyimpan saham tersebut sebelum ia diurusniagakan. Anda boleh membuka akaun saham ini di mana-mana syarikat Broker atau anda boleh juga menghubungi FY untuk membukanya sekiranya anda tidak pasti. Nombor telefon FY ialah 012-6540130.

Kepada warga Felda yang mendapat peruntukan Borang Biru ini atau yang menerimanya tetapi tidak mempunyai akaun CDS maka ia tidak akan berharga dan anda juga yang akan rugi. Kepada mereka yang tidak mengambil dan menerima borang peruntukan Borang Biru ini, maka peruntukan tersebut akan diberikan kepada orang lain samada pihak institusi mahupun diperuntukan kepada pelabur awam.

Oleh yang demikian, bukalah akaun CDS yang cuma mengenakan sebanyak RM10.00 sahaja dimana-mana syarikat Broker yang berdekatan.

BAGAIMANAKAH BENTUKNYA BORANG BIRU ITU?
Allotment Form atau Borang Peruntukan Saham ini sama sahaja bentuknya walaupun apapun juga warnanya. Di dalam borang itu kenalah isikan ruang nama dan alamat penuh, nombor kad pengenalan, jumlah saham yang dipohon atau yang diperuntukan, nombor akaun CDS dan beberapa perkara lain. Itu sahaja. Bagi pelabur yang pernah memohon saham terbitan awam atau IPO dengan mengisi borang berwarna putih maka begitulah bentuk borangnya cuma warnanya sahaja yang membezakannya.
  
KENAPA BORANG PERUNTUKAN SAHAM ITU BERWARNA WARNI?

Borang-borang itu mempunyai warna hijau, biru, putih dan merah jambu tiada tujuan lain melainkan ia memudahkan Issuing House untuk membahagi-bahagi dan mengetahui pelabur mana dapat peruntukan saham yang mana. Itu sahaja tujuannya.

SUDAHKAH BORANG BIRU UNTUK FELDA GLOBAL VENTURES DIKELUARKAN?

Sehingga saat FY menulis artikel ini tiada apa-apa borang saham yang dikeluarkan memandangkan permohonan penyenaraian FGVH masih belum mendapat kelulusan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Oleh itu kalau ada yang mengatakan mereka telah mendapat borang biru atau mana-mana borang sekalipun maka FY yakin itu tidak benar sama sekali dan besar kemungkinan ada ditipu.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada FY andaikata penerangan ini masih tidak difahami.

Sekian dulu,

FY
www.faizalyusup.net


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.


1 comment:

uLaTbUKu.cOm said...

salam, kami warga felda keratong 6 akan mengisi blue form pada minggu depan tetapi masaalahnya kami tidak lagi membuat akaun CDS. bagaimana caranya untuk membuka akaun CDS kerana kami kurang arif masaalah saham ini. saya mohon tunjuk ajar dari tuan. boleh hubungi saya 010-9093010 @ 09-4471016