Thursday, April 5, 2012

Apa itu Akaun CDS? Akaun CDS untuk Borang Biru, MITI.


APA ITU AKAUN CDS?

Sekiranya anda mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, Pink Form, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidak berharga kerana ia tak boleh dijual.

Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalah tempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa Malaysia Depository.

Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakil peniaga yang dikenali sebagai Dealer’s Representative atau Remisier yang berlesen.

FY adalah salah seorang remisier yang berlesen dengan Suruhanjaya sekuriti. (SC)

Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah langkahnya ;

1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk dihubungi.

2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos laju.

3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami. 

5. Kembalikan kepada alamat berikut ; 

Faizal Yusup
Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

atau

Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton.

Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara PERCUMA.


Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburan anda, perlukan khidmat nasihat saham dan sebagainya bukalah akaun saham dengan FY. Membuka akaun CDS cuma RM10 sahaja. Terus terang tip saham dan kemasukan ke dalam Kelab Pelaburan hanya FY berikan kepada pelanggan FY sahaja.

Hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank Berhad di talian 012 654 0130 atau Emel kepada greng70@yahoo.com. InsyaAllah FY sedia membantu.


Sekian.

No comments: