PERKHIDMATAN REMISIER SAHAM DI BURSA MALAYSIA
Selain menyimpan di Bank dan melabur dalam simpanan amanah,
rumah dan tanah, anda sebenarnya juga boleh melabur saham di Bursa Malaysia. Melabur
dalam syarikat-syarikat kukuh dalam negara yang disenaraikan. Pertumbuhan dan
kemajuan syarikat-syarikat ini pula akan memberikan pulangan yang baik kepada
pelaburan anda.
Di negara ini masih ramai orang kita yang belum mempunyai
akaun CDS iaitu akaun pelaburan saham. Akaun yang perlu dibuka di syarikat-syarikat
broker saham bagi menjalankan urusniaga jual beli saham-saham yang disenaraikan
di Bursa Malaysia. Sebenarnya dalam 28 juta penduduk Malaysia hanya 300,000
sahaja akaun CDS yang aktif. Oleh itu anda mungkin salah seorang daripada
rakyat Malaysia yang belum melabur saham dan belum punya akaun CDS ini.
Ada mungkin punya akaun bank, punya akaun amanah saham, punya
Insuran dan punya kad kredit tapi belum tentu ada punya akaun CDS. Akaun saham
yang boleh dibuka dengan yuran sebanyak RM10.00 sahaja.
Ia sebenarnya amat berguna bila anda ingin memohon saham IPO atau
saham terbitan awam, peruntukan saham Blue Form, Pink Form atau ESOS yang
diberikan kepada kakitangan syarikat, memohon saham di MITI dan sebagainya.
Dalam semua hal ini anda perlukan akaun saham CDS.
Mungkin anda tak punya langsung pengalaman dan pengetahuan
mengenai bidang saham ini tapi tak mengapa kerana dalam hal ini Remisier iaitu
wakil peniaga saham yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Securities
Commission boleh membantu anda. Saya Faizal Yusup @ FY juga seorang remisier
dan boleh memberikan perkhidmatan seperti ;
- Membantu membuka akaun
CDS, Trading, Margin, Online mahupun Global.
- Membantu dalam peruntukan
saham ESOS.
- Membantu dalam peruntukan
saham Blue Form dan Pink Form.
- Membantu dalam permohonan
peruntukan khas saham bumiputera di MITI.
- Membantu mendapatkan
pinjaman saham-saham dimana perlu.
- Membantu anda memahami produk-produk
dalam pasaran saham di Bursa Malaysia.
- Membantu memahami selok
belok pasaran saham di Bursa Malaysia
- Memberikan tutorial mengenai
pasaran saham baik dengan kaedah Fundamental, Financial, Technical, Kaedah-kaedah
yang lain dan
- Banyak perkhidmatan yang
lain lagi.
Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di
atas maka anda disarankan membuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh
menghubungi FY di nombor talian 012-654 0130 atau datang sendiri ke pejabat FY
di Kenanga Investment Bank berhad, G Floor, Quattro West, Lorong
Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya. Selangor.
Memulakan pelaburan saham umpama bermain bungee jumping, ia
menakutkan pada mulanya untuk terjun tetapi kalau kita dah terjun berkali-kali
maka ia akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun FY akan cuba sedaya upaya untuk
membantu anda.
Apapun risiko pelaburan saham sama sahaja umpama risiko
perniagaan, bukan semua pelaburan membawa keuntungan kerana adakalanya kerugian
juga boleh berlaku.
Sekian dulu.
FY
No Lesen – CMSRL/A3951/2007
012-6540130
No comments:
Post a Comment