Thursday, May 31, 2012

Harga Indikatif IHH Healthcare



Salam semua,

FY ada berita baik bagi pelabur-pelabur Bumiputera.

Peruntukan saham IPO MITI IHH HEALTHCARE BERHAD dibuka semula di MITI dan syarat yang terdahulu telah dibatalkan. Oleh itu ia terbuka untuk langganan.


HARGA INDIKATIFNYA IALAH RM2.85.

a) Jumlah Saham Khas        :       360,000,000 unit
b) Aktiviti Utama Syarikat    :       IHH and its subsidiaries are principally engaged in the provision of private healthcare services and education
c) Penyenaraian Saham       :       Disenaraikan di Pasaran Utama, Bursa
                                      Malaysia Securities Berhad
d) Bank Penasihat       :       CIMB Investment Bank Berhad
e) Tarikh Tutup Permohonan :       5 Jun 2012

Harga indikatifnya hanya akan diketahui pada 1 hb Jun nanti.

FY rekomen saham ini untuk dipohon.

Oleh itu kepada mereka yang ingin melanggan mereka boleh berbuat demikian dan hubungi FY sekiranya anda inginkan perkhidmatan FY dalam membuat permohonan tersebut.

FY bagi pihak Persatuan Remisier Bumiputera hanya mengenakan caj 1 sen sesaham bagi membantu anda memohon saham ini. Caj ini hanya perlu dibayar tatkala anda mendapat tawaran kelak.

Di sini FY menyediakan perkhidmatan untuk permohonan IPO MITI ini.

Perkhidmatan ini merangkumi ;

  1. Permohonan online secara terus di MITI serta mendapatkan salinan borang untuk di hantar ke MITI.
  2. Perkhidmatan membuka akaun CDS. Ini kerana anda WAJIB mempunyai akaun CDS untuk membuat permohonan.
(Anda perlu membawa IC dan buku atau penyata bank bagi membuka akaun CDS.)

Untuk permohonan ke MITI, apa yang perlu anda lakukan ialah menyiapkan ;
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan penyata bank selama 3 bulan yang disahkan oleh pegawai bank atau, dan
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku ASB, ASW yang disahkan pegawai ASB, ASW dll atau serta
  • Salinan muka surat depan dan 3 mukasurat terakhir buku Tabung Haji atau lain-lain penyata kewangan yang disahkan.

Andainya semua duit anda berada dalam ASB maka salinan ASB yang disahkan itu sudah memadai.

Setelah semua lampiran itu siap, FY akan menghantarnya ke MITI nanti sebelum tarikh tutupnya.

Semua ini akan mengambil masa lebih kurang satu jam.

Kepada mereka yang berminat untuk memulakan pelaburan dalam IPO MITI ini maka jemputlah datang ke pejabat FY di ;

Kenanga Investment Bank berhad
G Floor, Quattro West
Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor.

Bangunan tersebut terletak berdekatan dengan pintu belakang PJ Hilton berdekatan dengan Hotel Singgahsana.

Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

Sekian harap maklum.

FY

012 654 0130
Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera
AJK Biro Penerangan
greng70@yahoo.com


PS – FY akan menjalankan SEMINAR SEHARI SUPER INVESTOR yang penuh dengan pengisian pelaburan termasuklah pengisian mengenai IPO MITI ini. Ia akan dijalankan pada 16 hb Jun nanti. Kepada yang berminat layari laman web berikut –



No comments: