Monday, May 21, 2012

Saham Terbitan Awam dan MITI





Perbezaan IPO MITI dan IPO Awam

Assalamualaikum,

Nampaknya masih ramai yang keliru antara IPO Awam dan IPO MITI.

Untuk pengetahuan anda Peruntukkan khas saham Bumiputera di MITI akan keluar dahulu sebelum IPO Awam. Prospektus hanya akan keluar bilamana Peruntukkan saham IPO Awam dikeluarkan. Selalunya peruntukan saham di MITI jauh lebih banyak dari IPO Awam.

Untuk melanggan IPO MITI –

Kita kena membuat permohonan, mengisi borang online serta melampirkan dokumen sokongan untuk dihantar ke MITI.

Untuk melanggan IPO Awam –

Ia boleh dilakukan 3 cara ;

  1. Melalui online bank
  2. Melalui ATM
  3. Melalui Broker dengan mendapatkan borang permohonan untuk diisi.
Dalam apa keadaan sekalipun kita kena buka akaun CDS sebelum kita boleh melanggannya. Hubungi FY sekiranya anda ingin membuka akaun CDS ini.

FY harap artikel ini dapat menghilangkan kekeliruan anda. Kalau masih keliru jemput datang ke seminar Super Investor dimana FY akan menjadi penceramahnya. Di sana FY akan terangkan dengan lebih lanjut dan terperinci.


Sekian dulu.

Terima kasih.

FY

012 654 0130


No comments: