Saturday, March 2, 2013

Senarai Saham Terbitan Awam 2013


Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua yang bertamu di blog ini.

Nampaknya kita semua masih menanti pilihanraya yang bakal berlansung tak lama lagi dengan penuh harapan. Pada masa ini pasaran saham lengang menanti berakhirnya ketidaktentuan ini. Begitupun dlaam keadaan pasaran yang perlakan ini IPO atau saham awam terbitan baru tetap juga akan diterbitkan. Perniagaan perlu diteruskan. Setelah melihatkan kejayaan penyenaraian pelbagai saham dengan jayanya pada tahun 2012, tahun 2013 ini kita bakal melihat penyenaraian yang dengan jumlah modal pasaran yang lebih besar iaitu dalam lingkungan RM35 Billion.

FY berada dalam sesi penerangan IPO ini oleh Dr Nazri Khan di Johor Bahru dua minggu lepas dan sempat mengambil nota-nota penyenaraian yang bakal mengambil tempat tahun ini antaranya ;

1.      CAP
– Telah disenaraikan
2.      LEON FUAT
3.      RANHILL ENERGY
4.      TUNE INSURANCE
– Telah disenaraikan
5.      AIR ASIA X 
- Telah dibuka di MITI tetapi ditunda penyenaraiannya
6.      MALAKOFF
-      Tarikh Tutup permohonan di MITI pada 15 Mac 2013
7.      EQUINAS OFF SHORE ICON
8.      MATRIX CONCEPT
9.      UMW OnG
10.   KNM OSV
11.  ISKANDAR WATER FRONT
12.  AL MADINI ISKANDAR
13.   IOI PROPERTY
14.   MAGNUM
15.   CLIQ ENERGY
16.   TUNE AIR
17.  KLCC REITS
18.  PETRONAS L&G
19.   FELCRA
20.   TJ ENERGY
21.   WESPORT

*saham-saham bewarna hijau itu merupakan saham-saham yang baik pada FY sekilas pandang.

Jadi sediakanlah wang pelaburan anda untuk mendapatkan saham-saham ini baik melalui permohonan di MITI mahupun melalui permohonan IPO Awam.

Untuk tahun 2012, biarpun Astro dan Gabungan AQRS kurang memberansangkan tatkala disenaraikan namun demikian kebanyakan iaitu majoriti yang lain membawa keuntungan contohnya Bumi FGV, IHH, Gas Malaysia dan lain-lain lagi.

Dalam perniagaan untung dan rugi adalah satu lumrah, ia tak berbeza dengan pelaburan. Apa yang penting ialah secara keseluruhannya ia membawa keuntungan. 1 rugi 5 untung dan penghujungnya anda untung, itu yang penting.

Kepada anda yang belum pernah melabur dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham-saham ini baik di MITI mahupun IPO Awam melalui Bank.

Anda boleh menyertai Seminar Super Investor bersama FY dari masa ke semasa atau menghubungi FY secara terus di talian 012 654 0130 untuk bertanya mahupun untuk membuka akaun saham.

Kepada anda yang tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham di MITI anda boleh membeli buku Ebook Super Investor panduan lengkap Memohon IPO di MITI dengan harga promosi RM50 sahaja. Emel FY di greng70@yahoo.com untuk mendapatkannya. 

Kepada High Networth Clients yang inginkan peruntukan saham minima RM250,000.00 satu blok saham, anda boleh menghubungi FY di talian 012 654 0130. In Shaa Allah kalau tawaran blok saham itu  ada, FY akan mendapatkannya untuk anda.

Harap input ini membantu anda membuat perancangan awal untuk pelaburan IPO untuk tahun 2013.

Sekian dulu.

FY

No comments: