IPO Baru: AirAsia X Berhad
Tarikh Penting :
Pembukaan Terbitan Awam (10 Jun 2013)
Penutupan penawaran runcit (19 Jun 2013)
Pengundian (24 Jun 2013)
Penyenaraian (10 Julai 2013)
Kaedah Permohonan :
Borang putih, Permohonan melalui ATM atau Permohonan
melalui Online Banking.
Pelabur-pelabur di MITI juga telah mendapat
tawaran saham mereka dan mereka perlu menandatangani surat akuterima pada 14
Jun serta membuat pembayaran pada 19 Jun ini.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan blok
saham melalui kaedah Book Building atau Private Placement Air Asia X dengan nilai
RM250 ribu ke atas bolehlah menghubungi FY – 016 666 7430
Harga
tawaran : RM1.45 sesaham
Manfaat :
Pelabur 10000 saham IPO = 1 percuma tiket AirAsia
X pergi balik ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X
Pelabur 100000 saham IPO = 3 percuma
AirAsia X Pulangan tiket ke mana-mana destinasi diterbangkan oleh AirAsia X
Nota FY ;
Semalam FY berkesempatan untuk menyertai
preview IPO Air Asia X ini yang disampaikan oleh Tan Sri Tony Fernandes sendiri
dan apa yang FY boleh katakan secara keseluruhannya ialah ini adalah saham yang
baik unutuk pelabur jangkamasa sederhana dan panjang. Ia merupakan growth stock
memandangkan ia tidak memberikan pulangan dividen dalam jangkamasa yang
terdekat.
Tony Fernandes membeli Air Asia pada harga
RM1 dan sekarang ia bernilai lebih RM10 Billion! Mereka membeli Tune Insurance
pada harga RM100 juta dan sekarang ia bernilai lebih RM1 billion. Perkara yang
sama juga berlaku kepada Thai Air Asia.
Ia menunjukkan yang dia mempunyai track
record yang baik.
Selain
itu mereka juga mengatakan yang syarikat ini syariah compliance mengikut kriteria
yang ditetapkan oleh SC.
Kalau kebanyakan IPO baru memperuntukkan
sebahagian besar sahamnya kepada Pelabur Institusi lantas menyebabkan begitu
sukar untuk pelabur individu untuk mendapatkan saham-saham IPO ini dengan lebih
langganan yang begitu banyak, kali ini peluang telah tersedia bilamana Air Asia
X membuat keputusan untuk memperuntukkan sebahagian besar saham IPO mereka
kepada pelabur runcit.
Jadi FY rekomen saham Air Asia X untuk
pelabur jangkamasa sederhana dan panjang.
Sekian dulu buat kali ini.
FY
greng70@yahoo.com
PS – Jemput ke Seminar Super Investor pada hari
Sabtu 6 Julai 2013 di Bangunan Lembaga Getah Asli Kuala Lumpur bersama FY untuk
mengetahui rahsia-rahsia pelaburan saham di Bursa Malaysia!
PSS – Alhamdulillah. Blog FY sudah melebihi
1,000,000 pengunjung!
No comments:
Post a Comment